Pages

Showing posts with label Dispensing lab. Show all posts
Showing posts with label Dispensing lab. Show all posts

Wednesday, 3 June 2015

TIPS| Pemilihan kaca mata yang betul

Sebenarnya tak ramai yang tahu tentang teknik pemilihan kaca mata yang betul. Aku tak salahkan diorang pun kalau diorang tak tahu. Sebab aku pun kalau tak belajar ni dalam silibus optometri aku sendiri pun tak tahu. Gigih aku hafal jenis jenis bentuk muka dan bentuk spect semata mata nak kejar A exam. Haha. Nampak sangat belajar untuk exam. Haishhhh. 

Beberapa minggu lepas masa tugas aku untuk menjaga kedai cermin mata UiVision Care, UiTM ada seorang gadis cantik melawat kedai nak tengok tengok spect katanya. Matanya rabun tahap mild, with associate complained. tapi tak pakai spect sebab dia mengadu mukanya nampak buruk dengan spect. Sebenarnya walaupun rabun tahap mild pun kalau dah ada associated complained dinasihatkan untuk pakai spect sebab boleh mengurangkan masalah yang beliau hadapi. 

"Eh kenapa awak cakap muka nampak buruk pulak? Ada orang mengata awak ke?"
"Takla. Saya yg rasa sendiri. Hihi."
"Oh. Ingatkan ada orang mengata awak. Selalunya awak pilih cermin mata yang macam mana? Cuba tunjuk dekat saya."
"Yang macam ni." Sambil tunjuk frame plastic yg agak besar dan berbentuk sedikit bulat kebawah.

Oh patutla. Muka beliau agak ke arah round to oval shape macam tu la... kalau frame yang saiz besar agak tidak sesuai dengan muka beliau. 

not so good to choose it. *ibu jari kebawah*
Selepas beberapa kali suggestion yang membina untuk beliau akhirnya beliau tertarik untuk buat spect on the spott. Seee. Good consultation, with good suggestion make others berpuas hati. Pilihan yang tepat iaitu beliau pilih metal frame with square shape. Sangat ngamm dengan wajah beliau. *Tunjuk ibu jari*


Selesai satu dilema seorang hamba Allah berkenaan kaca mata pada hari tersebut. Senyum. :))


Jenis bentuk muka manusia.
Beberapa hari lepas aku ada jumpa satu animation bernas mengenai pemilihan spect. Dengan laju terus disave ke tab dan diupdate terus ke blog untuk dishare ke pengetahuan umum. Sharing is caring, rightt?? *kenyit mata sikit.* haha. 







Pemilihan pemilihan bentuk spect diatas boleh diaplikasikan untuk semua jenis spect sama ada spect rabun jauh, rabun dekat, rabun astigmatism, rabun tua, mahupun untuk sunglass UV protection. 


Kalau macam GBM yang berpengalaman hampir 10 tahun berkaca mata ni memang pemilihan spect tak pernah lari bentuk. Selalu ambil yang square shape sebab muka aku bulat getel macam telur ayam. Kembang jugak la seposen dua bila ada customer datang nak buat spect cakap...


"Spect awak cantik la. Nampak terletak je dekat muka. Berkenan betul saya. Ada tak spect macam awak kat sini?"


Senyum sampai telinga!
Astaghfirullahalazim... jangan riak GBM. Riak itu daripada Syaitonirojimmmm.

Sahabat itu ibarat pilih frame. Semua nampak cantik.. tapi tak semua cantik dengan kau. Kau silap pilih, boleh jadi kau kelihatan jelik dengannya. - GBM *pernah update dekat SINI.
aku confius mana aku dapat idea buat perumpamaan sebegitu. haha. *tepuk dahi*


P/s: Oh ya. Untuk pemilihan kaca mata juga perlu ditengok kesesuaian dari segi ukuran. Muka yang kecik ukurannya kecik dan begitulah sebaliknya. Next entry nanti kalau rajin aku cerita, k. :))


Sekian,

Thursday, 18 April 2013

Spectacle 2- Half-frame


Alhamdulillah selesai sudah spect ke-2 untuk semester kali ini. Sama seperti minggu yang lalu. Spect ke-2 ini juga di prescribe untuk yang berusia 40 and above. Yang mempunyai multi vision problem- distance&near. Cuma yang bezanya minggu lepas kami guna trifocal lens. Minggu ni kami guna bifocal lens.


Konsep lens yang digunakan untuk task yang lalu. 




Bifocal lens- Task untuk spect ke-2


Seronok buat spect untuk orang-orang tua ni. Opss. Silap! Seronok buat spect untuk orang-orang yang lebih dewasa ni. Susah tu memang susah jugaklah kalau tak belajar. Bila lecturer dah ajar rasa macam...

 'Eyh, senang la pulak buat spect orang dewasa ni.'

Cettt. Bunyi macam orang berlagak la pulak. Padahal spect nye senget kemain. Padah berlagak. Padan muka.

Sebelah kiri lens near add tersenget. T_T
Madam cakap,
Lens sebelah kiri awak senget kebawah, so saya terpaksa potong markah awak. 


So, kenalah potong markah separuh daripada satu. Terpaksa buat muka pasrah. Dah memang salah aku. Aku pergi guna sackel untuk pemegang lens yang longgar. Terpaksa. Kes malas nak tunggu. kawan-kawan semua dah siap cop sackel yang cun-cun, segak-segak. Yang dah hilang seri tinggal macam tu je... kejamkan betol.


Takpe. senget-senget pun tetap cumel. Senget tak sampai 5degree pun. orang takkan perasan pun. hehe. =p


Tulisan buruk nampak teruk,
Spect pula senget menget,
Bila niat dihati ikhlas belajar,
Kesemuanya diterima pasrah. 


*Amboi. teruk benor pantunnye hahh. Tengok dek Ahmad Fedtri Yahya mahu menggeleng panjang beliau karang. Haha


Sekian,

Thursday, 4 April 2013

Spectacle 1 done

2 minggu lepas dalam hanya 1 hari kami satu kelas berjaya menyiapkan sebijik spect. Alhamdulillah. Kalau semester lepas kami bermain-main dengan spect ala-ala remaja vogue (boleh lihat sini).. Ber-cyl, ber-sphere. Semester kali ni lebih advance. Kami belajar prescribe spect untuk warga emas. Emas takdelah emas sangat pon. Umur 40 keatas cenggitu ada yang dah pakai pun spect ni. Iaitu spect Multifocal. Spect 2 dalam 1. Boleh guna untuk penglihatan jauh dan dekat hanya menggunakan satu spect. Tak perlu lagi susah-susah untuk bertukar-tukar spect untuk membaca dan memandu. 1 spect sudah memadai. =))

Spect 1

Inilah spect pertama aku untuk permulaan semester kali ini. Yang nampak macam conteng-conteng dakwat kuning tu sebenarnya marker untuk setiap bahagian spect. Yang bulat dekat atas tu nanti senang nak check distance power untuk patient. Addition power untuk near memang dah dilabelkan siap-siap atas permukaan lens. After finishing..dah complete potong lens, chamfer.. boleh cuci balik dakwat-dakwat tersebut. Jangan risau. Optometrist tak sekejam itu untuk memberi kepada patient spect yang berconteng-contengan sebegitu. Tak semena mena rupa yang tampan dah jadi kurang tampan, mata yang sepatutnya makin elok jadi makin teruk, kepala yang sihat tak semena-mena menjadi pening. 
Kepuasan pelanggan perlu diutamakan. Tanpa pelanggan siapalah pekedai. kan? 

Sesuai dipakai untuk 40 and above =))

Sekian,

Thursday, 17 January 2013

Spect ke-4.. berjaya disiapkan!


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah... 
(*entry ini sepatutnya dipublish bulan disember yang lalu lagi.. tapi disebabkan busy dengan musim exam. jadilah ia sekarang baru dipublishkan.)


Madam: Hari ini saya bagi yang kelas kamu set spect baru. Hari ini kita buat untuk rimless frame. 
Kami: Yeayyy!
******
GBM: Cantiknya spect ni. Madam, kenapa saya tak pernah jumpa pun spect cantik cenggini kat kedai.
Madam: Kamu tu kalu dah nama dapat pegang spect free semua cakap tak pernah jumpa. 
GBM: Mana ada madam.. Spect ni memang cantik lah.. -.-"



Cantik kan? Ini merupakan spect rimless yang tercantik yang belum pernah aku jumpa sebelum ni.


Cantik tu memang cantik nak siapkan spect ni sampai jadi hasilnya macam yang kat atas ni.. MasyaAllah.. sentap molek.. dalam bilik aircone se dingin 20 darjah celcius pon boleh menitik peluh didahi tau. Tersangatlah memerlukan penelitian+kemahiran+kecekapan yang sangat tinggi. Kini barulah terjawab persoalan aku, kenapa madam tak jadikan spect rimless sebagai spect pertama kitorang. 

Mana nak tebuk lubang, nak alignkan nose pad kasi spect bila pakai tidak tunggang terbalik, nak adjust temporal frame mesti dilakukan sebelum dipasangkan lens. Berhadapan dengan probabiliti untuk lens tu patah sememangkan setinggi 90%. Kecut perut jugak ah.. 

Alhamdulillah dipengakhirannya aku berjaya jugak menghasilkan spect secantik yang diatas tu. Spect asal tak sempat nak snap. Kalau tak mesti lagi cun dari yang diatas. Kesian kat uollss tak dapat nak tengok. muehehe..  



Antara spect-spect yang pernah dihasilkan dan juga yang pernah di updatekan sepanjang semester 3; 



Spect 3: Metal Half frame

Spect 4: Rimless frame

p/s: spect ke-3 je aku tak update. Malas nak story kes benggang dengan diri sendiri sebab banyak buat silap. Lepas tu spect tu yang paling tak jadik. Memang double bengang. =((

Sekian, 

Wednesday, 31 October 2012

My second handmade spectacle

Kalau minggu yang sebelumnya kami dikehendaki menyempurnakan full plastic frame, minggu yang selepasnya pula kami jugak dikehendaki melakukan task yang sama. Tapi.. frame nya mestilah dah tak sama dah.. Kalau tak macam mana kami nak memahirkan skill kami kan. Terer spec plastic je.. tapi spec lain tak.. Mentang-mentang zaman sekarang orang memasyurkan spec plastic. Isyk-isyk.. Tak-mo-tak-mo-tak-mo. Hidup pentingkan diri sendiri ni rugi tau.. Kalau berbisnes pasti tak dapat untung. Rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Tak semua orang sukakan spec berframekan plastik. Ingat tu.. Contohnya tersegam indah iaitu si penaip entry ni. Hihihi. Aku memang suka tengok orang pakai frame plastik.. tapi diri masih tak mampu untuk memakainya.. Tak sesuai dengan muka mehhh.. Terpaksalah sang metal half frame menjadi peneman. Setakat ni masih mencari kalau-kalau terdapat full plastic frame yang sesuai dengan wajahku ini akan ku beli dan pakaikan jua demi keselesaan penglihatan anugerahNYA yang tak ternilai ini. InsyaAllah. 

Spec pertama.
Seperti yang tersedia maklum dalam entry yang lalu di sini.. Alhamdulillah spec pertama sudah selamat dihantar dan disemak langsung oleh lecturer ku. Alhamdulillah.. Lega.. Oh ya.. Baru aku sedar... Spec ni aku sendiri yang siapkan tapi entah kenapa bijakkkk sangat aku masa tu.. Langsung tak terdetik nak sarungkan dan matchkan dengan wajah aku.. Ya Allah.. Cerdiknya GBM ni.. Tetiba rasa macam sedikit hampa apabila mengenangkan peristiwa bersejarah ini tidak direkodkan dengan sebaik. *PANGGGG.. Tahniah GBM. TAHNIAH! 

Tadaaa.. Inilah spec kedua aku.. Hihi.. cantik tak? Fuh.. penat aku buat spec ni. Memang dipenuhi ranjau dugaan betol. Aku tak tahulah silap aku ke silap mesin tu.. Former yang dipotong boleh berlubang sehinggakan lopongnya jelas kelihatan. Inanillahiwainnaillahirajium. Dalam hati lantas berdoa.. Rabbi yassir wala tuwassir. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kami. Nasib baik lecturer tu baik hati beri aku peluang kedua untuk memperbaikki diri untuk lebih berhati-hati atas segala yang dilakukan. Alhamdulillah... Untuk kali kedua, barulah former tersebut tersegam cantik, termuat elok dalam frame. Pengajaran taken: JANGAN CEPAT BERPUTUS ASA. =)

Selesai sudah 2 ketoii spect.. Kini hanya tinggal 3 ketoii spect yang perlu diperjuangkan. Half frame, rimless frame. And the last one is depend on our lecturer. Mudah-mudahan semuanya berjalan dengan baik. Rabbi yassir wala tuwassir. Aminn =)


Ingat nak taruk nama Gadis Berkaca Mata.. Tapi takut nanti orang confius dan mula bermonolog kasar.. "Eeee.. Ada ke mak bapak dye kasi nama macam tu.. Mesti lahir-lahir anak dye ni terus dipakaikannya spect.. tu pasai nama lagutuh.."  
Terus tak jadi. Diubahnya fikiran.. mengenangkan betapa hebat jasa ibubapaku yang berpenat lelah memikirkan nama berserta maksud yang baik untuk anaknya bagi memastikan ulama' yang dilahirkan dapat berbakti atas nama agamanya.  Terima kasih mak ayah, nama yang sangat cantik persis orangnya. =)

Nor Shazana..
"Cahaya kecergasan"ku.

Sekian,

Sunday, 14 October 2012

First spectacle made by ME!

Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdullillah...

Fuh, FINALLY akhirnya berjaya jugak aku menyiapkan task yang pertama kalinya.. begitu... MENARIK dan MENCABAR!

Untuk semester kali ini kami pelajar tahun 2 dikehendaki menyiapkan spec sebanyak 5 ketoi.. dan lecturer akan menilai atas setiap ketelitian dan kekemasan atas setiap spec yang dihasilkan. Pada akhir semester nanti the highest 4 spec will be taken. Minggu lepas telah bermulanya kisah tersebut dimana kami masing-masing perlu memotong former dan memotong lens sesuai dengan spec yang telah diberi. Untuk tugasan pertama, spec ber'frame'kan full plastic diberikan kepada setiap pelajar. Maka... 'gerrrrrrr....kreeeeeengggg..kreeeekkk..' bermulalah sesi permotongan tersebut..

Haruslah merah.. My febret wavelength. =)


 Amacam? Cantik tak? hihihi.. Sebenarnya spec aku ni takdelah menjadi sangat sebab lens sebelah kiri aku terover corrected plak.. sampai longgar skit-skit nak terlondeh dari frame. Tapi lecturer aku cakap.."Takpe, ni sebab awak first time buat.. nanti dah lama-lama mesti okey. "


Prasan tak yang frame seketoi kat bawah yang ada lubang banyak-banyak tu? Yang tu nama beliau adalah former. Beliau ini sangat penting sebelum proses pemotongan lens terjadi. Sebab beliau ini bertindak sebagai acuan kepada lens yang hendak dipotong. Former ini perlu dipotong dengan baik dan TELITI. Salah satu faktor yang selalu terjadi kecacatan pada lens adalah disebabkan former anda yang tidak dipotong dengan baik. 

Minggu sebelum minggu pemotongan lens tu kami bertungkus lumus memotong si former ni lah. Selagi benda ini tidak di siapkan selagi itulah yang namanya spec tidak akan terhasil.

Spec dilatari oleh bakal-bakal optometrist Malaysia. Wow. TERBAIK!

Minggu ni iaitu besok yang bersamaan dengan hari isnin 15 oktober kami bakal menyiapkan spec full metal frame pulak. InsyaAllah..  
"Rabbi yassir wala tu 'assir, rabbi tammim bil khoir"Maksud: "Ya Tuhan, permudahkanlah urusanku, permudahkanlah jangan disulitkan"





*******************


p/s:  sekarang OPTIMIST UiTM Kampus Puncak Alam sangat busy dengan pilihanraya. Hari Jumaat ini keputusan undian bakal diumumkan. InsyaAllah. Will be update soon. InsyaAllah. =)

Sekian,