Pages

Showing posts with label Salam Aidilfitri. Show all posts
Showing posts with label Salam Aidilfitri. Show all posts

Sunday, 10 August 2014

Sahabat 7 tahun

Pejam celik pejam celik dah hampir 7 tahun lamanya kita menyulam cinta. Daripada budak sekolah ke budak universiti. Daripada single ke berkahwin. Daripada perangai keanak-anakan sampai ke ada anak... Alhamdulillah, daripada hari ke hari hubungan ini makin bertambah erat.

Dikala dirasakan kita berjauhan dek jarak yang terpisah, Allah terbitkan rasa rindu dalam hati hati kita. Lantas teknologi mula bermain langkah. Jari mula menari kencang atas keyboard yang serba licin. Apa lagi.. Whatsappp la! hihi

Alhamdulillah, jemputan tidak putus putus diterima daripada mereka sepanjang syawal ini. Tapi disebabkan lesen aku dah secara sah masuk mezium, terpaksalah menagih simpati daripada gadis gadis ribena, mana mana yang berkelapangan untuk menumpangkan diri ini. sobsobsob. *muka simpati.

4 Syawal masyaAllah, banyak sangat jemputan rumah terbuka. Rumah teacher, rumah zie, rumah mimi, rumah teacher, rumah zie, rumah mimi.. Eyh macam sama je? Haha. memang pun. kes penyakit tua. Lupe dah rumah sape lagi. Tapi disebabkan 4 Syawal family belah ayah ada buat family day terpaksa awal awal menyusun 10 jari memohon ampun tidak dapat datang beraya.

5 Syawal si farah ada inform dekat group whatsapp ada buat makan makan. Tumpang Adayu pergi beraya rumah farah lepas orang selesai solat Jumaat. Farah ada masakkan speggeti kuah merah dan kuah putih. I dont know the exact name of the speggeti. Differentiate it by it colour je la yang mampu. haha. Salahkan lidah melayu sebab tu tak tahu nama speggeti. Padahal bila mak minta daun kasturi nak bakar ikan pergi ambil daun kari. Terbaik GBM. Terbaik. Terharu si emak sambil geleng geleng kepala melihat keletah si anak gadis masuk dapur. Haisyyhh.

Gambar 3 Syawal masa si Farah datang beraya dekat rumah gua. 
Disebabkan si Farah ni fanatik benor dengan warna pink, aku raikan kegemaran dia dengan berpakaian serba pink. Masa dia datang rumah aku, aku pakai pink, masa pergi rumah dia pun pakai baju kurung pink. Sweet kan saya, farah? Awak cakap saya jarang romantik dengan awak.. padahal saya selalu je cuba terbitkan rasa romantik setiap kali kita jumpa. Awak je yang tak pernah perasan.. 
Ok, sekarang mohon si farah untuk toching! haha

Credit: FB Farah.
Cantik sangat dia edit, habis semua gambar blur dia masukkan skali.
haha. 


Lepas beraya rumah si farah singgah beraya rumah ibu wani, jengguk anak teruna yang selalu menggoda cikna dan cikdayu dengan mata boolat dia tu. Kebetulan masa beraya rumah farah terserempak dengan ibu irah. Tu yang ajak ibu irah (yang pakai tudung putih) join skali trip pergi rumah ibu wani. Ibu irah bawa anak gadis dia, si baby nayli. Baby nayli dah nak masuk 8 bulan dah. Masa para ibu ibu bertukar tukar baby, aku dengan dayu saling berpandangan...

Dayu : Kita tengok jela orang yang ada baby kan...
GBM: Takpe dayu, tengok dan belajar. Nanti dapat baby sendiri takdelah kalut sangat. haha. 

Teringat pula masa majlis baitul muslim diorang. Pernah diupdate dientry ini Hari Bahagia. Baru semalam rasanya menghadiri majlis diorang. Sekarang masing masing dah ada anak. Dah bergelar Ibu. Selamat bercinta sehingga ke syurga buat kalian dan pasangan. =))


6 Syawal si adayu ni pula buat open house. Awalnya ingat dah tak dapat pergi beraya rumah dayu, sebab sebelah pagi tu sepupu kahwin. Ingatkan meleret sampai ke petang eventnye rupanya sampai tengah hari je. Alhamdulillah, boleh keluar menyambung silaturrahim dengan kawan kawan lagi. Kali ini si Farah pula menawarkan untuk jadi driver tak berbayar. hihi. Seronoknya kalau hari hari ada orang sudi jadi driver ni, takde lesen pun takpelah macam ni. lalala~


Selepas beberapa shot baru dapat yang perfect macam ni.
Kalau tak full memori dengan gambar candid gelak saja. 

Sebelum pergi rumah dayu, farah ajak teman dia beraya rumah ibu wani lagi. Segan pulak aku 2 hari berturut-turut beraya rumah ibu wani. Tapi takpe, demi baby harraz yang segak cikna langsung hilang segan. haha. Mazu, Qema dan Mirah join sekali trip beraya rumah ibu wani dah dayu. Ya Allah.. rasanya lame benar aku tak gelak beria macam tu.. Si Mazu ni memang pemeriah suasana. Tak pernah kering gusi kami. Gelak je memanjang. Lepas pergi rumah dayu singgah beraya rumah Aida dan Coda. Budak yang paling lost contact si coda ni la. Busy benor teacher kita ni, sampai lupa nak whatsapp kita tanya kabar ke mende. acani ah member.. acani aaa..!
Dalam separuh hari beraya 4 buah rumah dengan pelbagai hidangan nasi minyak, sate, laksa merah, laksa putih, nasi dagang, nasi himpit, bihun.. Alhamdulillah.. dah seronok sangat jumpa awek awek cantik tak teringat langsung nak snap gambar makanan yang lazat lazat sebagai bukti. Ye la setahun tak jumpa. Rasa macam nak peluk lama lama je sensorang. Comel sangat. 


7 Syawal majoriti dah start praktikal kecuali sebahagian daripada kami, Fatin dengan Mia whatsapp nak datang beraya rumah. Gelabah sebab tak tahu nak masak amende.. Nasib baik teringat mak ada beli keropok lekor dua hari lepas.. boleh la goreng hidang dekat tetamu. Air pun hidang air ribena masa keluar giant dengan diorang ramadhan lalu. hihik. 
Masa whatsapp tu fatin pesan pakai cantik cantik. Heran jugak kenape.. rupenye nak ajak keluar beraya sekali. Alhamdulillah.. rezeki driver mencurah curah pulak Syawal ni. haha.

GBM. Fatin. Mia
Technology menguasai ukhwah. 
Lepas beraya Fatin ajak keluar makan. Aku setuju je, ikut rentak driver. Bukan senang nak makan kat luar lepak dengan member member. Last minutes plan, Fatin chose D'Ganu Restaurant. Makan steamboat kite harini. Kata Fatin,
"Awak lama dah mengidam nak makan steamboat kan, jom kita pergi D'Ganu. Saya suka merealisasikan hasrat kawan kawan saya."
Alaa atennn.. kenapa sweet sangat ni.. Nak nangis ah acanii.. 



Disebabkan tomyam yang agak hot and spicy, menyebabkan makan seringkali diselitkan dengan minum. Lantas menyebabkan aku begitu cepat terasa kenyangnya. Lalu terdapat sisa sisa yang sangat tidak mampu untuk dihabiskan. Sedih. Kecewa pula dengan diri sendiri sebab tak dapat patuh nasihat yang selalu mak pesan. 
"Makan makanan sampai habis, jangan membazir. Tengok dekat Facebook orang dekat Gaza, Syria tak dapat makan.. tak sedih ke?"

Sebelum balik cuba juga sumbat udang lagi seekor selepas tewas bergaduh dengan mia ni. Mintak tolong makan udang sekor pun tak boleh.. Minta tolong aten tak boleh, sebab aten alergic udang. Terpaksa lah perlahan lahan makan.. Tinggal mee dengan tomyam je sikit yang bersisa.

******


Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah. 
Aku bersyukur sangat, Dia masih sudi memberi kesempatan untuk aku merasai nikmat sayang dan disayangi oleh sahabat sahabat. Merasa apa itu nikmat saling rindu merindui sesama akhawat. Membuatkan aku lebih menghargai erti sebuah pertemuan. Sebab itu kalau aku tengah bercuti semester aku tak pernah tolak mana mana antara mereka yang ajak aku keluar  (Asalkan ada orang sudi jadi driver la kan. haha). 

Kerana aku tahu.. ukhwah itu sweet. 
Macam diorang semua.
Nasib baik takde semut je yang follow dari belakang. hehe.


Terima kasih semua. atas semua kenangan 7 tahun yang pernah dilakarkan bersama. 
Kenangan di tepi tasik masjid terapung, pantai batu buruk, giant, tempat main bowling, ladang kuda TER, Sungai Sekayu.. Semuanya terlalu sweet untuk diimbas kembali.
Money cant buy none of this.
*But money can buy a car for me. haha.

Uhibbukki Fillah. Moga Allah izinkan untuk kita bersahabat sampai ke syurga. =))


#Pray4Gaza 
#Pray4Syria
#Pray4Ummah

Moga kemenangan bersama dengan mereka mereka yang haq! Aameen. 


Sekian,

Tuesday, 20 August 2013

Beraya dengan girlfriends

Seminggu yang lalu lebih kurang cenggitu la. Fatin dan mama mia blogger (istimewarna) mesej cakap nak datang rumah beraya. Lepas tu depa cakap nak buat trip, lepas gi umah i gi umah mas, lepas tu open house umah dikya si driver GBM yang tak berbayar dan umah umah seterusnya. Aku dengar macam best teringin nak ikut skali. hihi. so dengan muka selamber tenuk mesej cakap.. 'boleh tak tittew nak join jugak? tittew nak berkasih kasih berdating dating jugak.' Ayat macam mintak tangan. poyo! haha.


Antara sketsa raya the gegelz. 



Second last destination umah dua puteri gojes iaitu umah ibu wany dan hajah zie. Masa lepak berayer dekat umah ibu sambil sembang-sembang dengan ibu tetibe si suami ibu datang bawak air koktail. Waa.. romantiknye suami ibu hidang air untuk kawan kawan ibu. Tetiba ibu bersuara,

Gambar atas umah ibu, bawah umah hajah


'Kita taknak buat gathering macam dulu ke? picnic tepi tasik masjid terapung tu.' (pernah update kat sini.)
'Tak tahu lah kak. semua macam senyap je ni..'
'Boleh je nak buat sementara cuti ada lagi ni.'
'Mimi balik dalam 20 hari bulan cenggitu, kalau nak buat kena sebelum tu la..'
'Ok, kalo gitu kite buat 18/8 la. okey?'

(Warna warni merujuk kepada antara dialog yang dilontarkan oleh lain lain kawan)



Nasihat untuk ibu; 
rajin rajin makan banyak sayur, 
rajin rajin minum susu,
 rajin rajin selawat zikir masa terluang. 
demi anak angkat mama GBM. ok? ^^


Lepas ke rumah ibu wani, kitorang pergi ke rumah hajah zie. Jam dah menunjukkan pukul 6 lebih lebih petang. Sempoi habis berayer umah orang nak dekat dekat masuk maghrib. Nasib baik si hajah ni sekepala je dengan kite kite. Masih lagi topik yang sama. Tentang gathering. Nak buat dekat mana? Bila? Aktiviti apa? Hajah zie cakap..


Time kasih untuk adik artis yang comel walaupun dalam malu malu masih
 berani untuk mengambil gambar kakak kakak cun. 


"Ye la dulu sebelum kak wani kawen, kak wani yang organize. Dah ni kak wani kawen, mekna la pulak kena ambik alih."
Eyh, macam tu pulak? Kalau gitu kite pun nak kawen cepat cepat la. kite dah ada lesen da pun. hikhik.



Takpe. we take the challenge. Bak kate hairul fear factor, pantang melayu mundur. Bak kata GBM, pantang melayu menyerah sebelum berjuang. *Berjuang ler sangat nyerr... hek eleh!


Esok esok kalau rajin aku story tentang gathering kami tu. Alhamdulillah. Dah selamat berlangsung dah. tengok la sape yang plan. mesti jadi punyerr! tak caye tunggu esok esok atau esok lagi sekali. *Okfoine. berlagak. poyo!

p/s: ibu wani dan kak wani merujuk kepada orang yang sama. gelaran lain bile status bertukar. hihi









Doa untuk mereka tercinta jauh dimata dekat dihati;
Ya Allah yang maha berkuasa atas segala sesuatu. yang maha adil. yang maha penyayang. Engkau selamatkanlah saudara mara kami di Mesir, Syria, Palestin, dan seluruh pelusuk dunia yang sedang dalam kesusahan. Engkau teguhkanlah hati hati mereka, hati hati kami umat islam seluruhnya ya Allah. agar kami tetap berdiri teguh mempertahan kesucian agamaMu. Ya Allah berikanlah kemenangan kepada mereka yang berada dipihak yang benar, hancurkanlah mereka yang ternyata memihak kepada kebatilan. Sesungguhnya daripadaMu kami datang, dan kepadaMu jualah kami dikembalikan. Aameen. 

Sekian,

Monday, 19 August 2013

Wide Shawl

Biarlah orang nak cakap aku cerewet ke apa. Tapi prinsip aku 'comfort first' baru beli. Comfort dari segi keselesaan jasmani dan rohani. Cantik di pandangan Allah baru cantik dimata manusia. tak gitu? :))

Aku bukanlah seorang pemakai shawl yang tegar. Aku pakai shawl hanya untuk certain-certain event/hari/tempat/masa. Sepanjang kuliah meme haremm lah nak belit-belit bagai. Memang tak lah. Kelas dari padi sampai petang. Rest cuma 1 jam. Makan dan solat. Masa untuk membelit sangat suntuk. So, terkubur je la hasrat nak bergaya disaat kuliah mahupun lab. kesnya: masa sangat jeles!


Susah. memang susah nak dapatkan shawl yang menepati prinsip aku. dah banyak kedai yang diziarahi memang satu pun tak menepati kehendak aku. Corak cantik tapi tak cukup panjang. Kain best tapi corak pulak tak kena dengan baju. Hari tu aku terlebih rajin. seminggu sebelum raya. dah sorang-sorang dekat rumah tak tahu nak buat apa godek-godek fb jumpa satu page yang menjual shawl secara on9. Cantik. dual tone. Macam macam colour ada.


Sister yang aku contact tu pun mesra alam je. Macam macam tawaran yang dijanjikan. Labuh, cover depan, cover belakang, diskaun kalau beli 2. Deal! aku terima. Ni adalah kali pertama aku membeli secara on9 dan membank-in juga secara on9. mintak tulun kakak. hihi. jakun. mane aku reti mende-mende gini. Khidmat dia sepantas kilat. sungguh. tak tipu. sister ni inbox aku katanya petang semalam dah pos. siap bagi code apetah. tengah tengah chat tetibe mak balik kerja cakap, ni ada bungkusan pos laju dah sampai. Perrrgghhh. panjang giler umur shawl ni! Tergangga doploh saat.


Aku beli random je ni. 2 helai. Choc-purple dengan pinky-blue turqoise. Ikut kaler yang berkenan dihati. Masa ni ingat tak ingat pun warna baju. Tup tup tengok boleh match dengan banyak baju. Comel pulak tu warna dia. Keselesaan? First class. :))



Raya first


Raya second
Raya third
Raya fourth
Raya second. third. fourth semuanya aku gunakan shawl yang same. Maka tertipulah kome-kome yang melihat. Busuk? Ala tak pe.. biase diala busuk skit-skit. sapu bedak wangi balik. hihi.


Sape yang berminat boleh la usha page: sakuracollection.



p/s: kedit to youtube tutorial atas ilham penggayaan shawl. :))


Sekian,

Tuesday, 13 August 2013

Kisah hari raya

Alhamdulillah. Masih diberi peluang untuk menghirup udara merasai kemeriahan dipagi Aidilfitri. Alhamdulillah summa Alhamdulillah summa Alhamdulillah.


Raya pertama:
Tahun ke-2 beraya tanpa kehadiran tok sebelah mak. Suasananya terasa sedikit aneh. Hurm. Tok dan tokki sebelah ayah dah lama pergi. Jadi pagi tu kami beraya di rumah tokki sebelah mak. Tokki kelihatan tidak sihat. pening kepala terbaring lesu diatas katil. Sedih menyelubungi lalu airmata ditahan. Ya Allah, moga tokki cepat sembuh, sihat seperti sediakala diberikan kebahagiaan dunia dan akhirat.


Tiada gambar bersama ahli keluarga sebelah mak untuk raya kali ini. Dalam pukul 11 pagi kami beraya dirumah ma abah. Kakak kepada ayah. Semua sedara mara berkumpul disitu. Kami disambut dengan percikan flash camera. Meriah sungguh. kecoh dengan suara sedara mara spupu sepapan cucu cicit bercerita.

Half of them.

Raya ke-2:
Masih lagi beraya dirumah family sebelah ayah. Adik ayah, mak aya pulang dari US selepas hampir beberapa tahun tidak bersua muka. Tapi masih maintain awek muda. Mak aya kasi duit raya banyak. Qada rayer yang lepas lepas lepas. mungkin. hihi.

Sampul raya yang paling simple yang pernah aku tengok. Macho sesangat!

Raya ke-3:
Mak sedara sebelah mak kebanyakannya tinggal dekat dekat. Setiap hari minggu selalu jugak kami jumpa. Itupun kalau aku balik terengganu lah. hihi. Raya ke-3 raya dirumah sedara mara sebelah mak. Mak ja. Mak ma. Rumah tokki jugak. Tokki dah makin sihat sikit. Alhamdulillah boleh bangun jalan jalan dah. 

Si Alif ba ta ni. sokmo main game. 
Nak salam tak nak. Ajak makan tak nak. Ajak amik gambor tak nak. Ajak main game... laju semacam!

"Alif main mende"
"Main game."
"Orang ade gop game. eleh!"
"Game mende?"
"Game pou. Alif mesti takdop orp."
"Ade. ce tengok eyh."
"Mane-mane? tengok sket.."
"Ni.. " Sambil tunjuk henset yang ada gambar seketol tiga segi warna kuning kot. Gemuk gedempulnye pou dye. Sihat molek.
"Bakpe gemuk ngat orh. Ce tengok hok orang comel je."
"Alif wi makan lada."

Errr.. patot sihat semacam. Lada pun pulun jugak. Haha. Hahh!! bile dah ajak sembang pasal game barulah sudi bergambar yer. Isyk-isyk. budak budak zaman sekarang. Celik IT sungguh! Untuk pengetahuan si alif ni masih bertadika.


Raya ke-4:
Family sebelah ayah buat gathering. Family day dekat restoran taman tamadun islam. Start pukul 10 pagi sampai ke 2.30petang. Ramai yang datang. Ada yang kenal ada yang tak kenal. Err. aku rasa ramai yang tak kenal pulak dari yang kenal. Hewhew. Pengacara majlis ada bagi warning.. "Satu meja tak boleh ada ahli keluarga yang sama." Tapi family aku selamber je duduk sekelompok satu table. Tak berkembang sungguh. Gasak-gasak. Masing masing dah pemalu nak wak gane. hihi


Ada kuih tradisional

Ade buah buah

Ada bubur gomok badak. eyh? Ada satay. 
Bubur tu sedap giler. sekejap je dah licin. lembut dan rasa nangkanya jugak manis. Disebabkan aku on diet pada hari tersebut. Makan satay je. Nasi himpit bagi can berhimpit di perut orang lain. hehe.

Ada roti jala. Sedap menyengat. 
Dulu arwah tok selalu buat roti jala ni. Lepas tu kami adik beradik mulalah berebut-rebut. Tarik-tarik rambut kes nak makan roti jala banyak-banyak. Dulu la. masa belum mumayiz lagi. hehe

Lemang ni pun lembut. My pebret. 
Ya Allah. Nafsu tercabar betul. Banyak betul makanan best-best. Semua kena dengan selera tekak. Yang paling berselera sekali bubur gomok badak. (Aku tak tahu sangat name dye ni. pakat hentam je. haha) Sedap. Last aku makan beberapa tahun yang lalu. mungkin! 

Laksa lauk merah lauk putih pun ada. Orang panggil laksa terengganu. Tapi aku ke kelantan ade je orang jual. hehe. Aku sempat rasa laksa kuah merah. My febrettt jugak. Pantang nampak laksa peneng dan laksa kuah merah laju je. Tapi laksa peneng takde on that day. Gambar tak sempat nak snap. Bile dah tengok bnda sedap terus lupa.

Dad's family. ade lagi yang tak datang sebenarnye. 

Dalam pukul 4 terjah bersama driver si dikya ke lokasi majlis sambut menantu si kakak comel. Ingatkan dah tak sempat. Nasib baik kakwany ada lagi masa tu. tengah makan makan bersama si suami. Aku pernah story masa aku attend majlis akad nikah kakwany ni pada entry sini.

The sweetness of love
Olo-olo-olo.. sweet tengok depa dua orang. The power of bercinta selepas kawen. Nampak seronok je kan. Kakak bahagia kita pun bahagia kak. Moga kekal ke jannah. Nanti kite nak jadi mak angkat baby kakak tau. Tau!

LOVE. us. <3


Lepas tu kitorang lepak lepak rumah sahabat lama. Lama giler tak jumpa. Last jumpa time kakwany kawen. jumpe sat je bergambar. Tak sempat nak borak panjang pun. 


Dah jadi cikgu dah pun sekarang. Makin comel makin berseri. Panjang jugak boraknya. Nak balik naik kereta pun sempat lagi borak dengan dia ni. :))


Raya ke-5:
Mak dah kerja. Ayah pergi beraya umah kawan dia. Aku ikut si dikya ni beraya dirumah sahabat generasi ribena. AKA schoolmate. Dia ada buat open house. Mula-mula tu ingatkan si dikya dah tak jadi nak keluar. Aku sesedap la tidur dari pukul 12 tgh hari sampai nak dekat pukul 2 baru terjaga. Bukak wechat nampak ada mesej masuk. "Siap la nanti farah amek."

Rezeki. rezeki. Aku memang tengah lapar. Tak makan apa apa kecuali sarapan. Hehe. Alhamdulillah. Dapat makan spegeti dan bihun sup. Sedaap!

Sampai sana sempat jumpa si budak serawak ni jugak. Rindu betol depa ni. 

Terima kasih awak yang bertudung kuning. sudi jemput kite makan-makan. Ingat lagi kat kite ye. hehe. Ukhwah fillah!









The family. 
The Family. bergambar masa first raya. Cukup 10orang. Raya tahun depan bertambah jadi 11 orang. Eyh? 12 orang mungkin? InsyaAllah. =pp


Sekian,

Saturday, 10 August 2013

GAMBAR| Aidilfitri 2013 (1434)



The Family

Si pengantin baru beraya.

Minta maaf ayah. Minta maaf mak.

p/s: will be update soon. 


Sekian,

Saturday, 25 August 2012

GAMBAR| Raya bersama BFF

BFF? Boy Friend Forever? Haipp.. Bukan itu la.. tapi.. Best Friends Forever.. Kalau boleh taknak lah sekadar BFF semata-mata tapi kalau boleh mahu taraf BFTJ... Best Friends Till Jannah. InsyaAllah..
Yang semulia-mulia kewajipan bersahabat ialah mengetahui kehendak dan kemahuan sahabat sebelum dikatakannya. Dan engkau menunaikan permintaannya sebelum dimintanya.
Raya ke-4 kami berkesempatan untuk menyertai reunion bersama-sama. Walaupun yang hadir hanya beberapa kerat.. ianya tetap seronok! Masing-masing sibuk story itu dan ini.. Pasal kehidupan masing-masing.. Cewaahhh.. Bunyi macam dah beranak-pinak lagaknya. Hihi.. Takde lah sampai beranak-pinak. Kami muda lagi lah.. Cuma ada segelintir dari kami yang telah selangkah untuk ke gerbang 'ehem2'. Wahh. Tak sabar rasanya. Aku salah seorang yang terlopong mendengar cerita mereka-mereka ini tumpang gembira buat mereka. Mudah-mudahan cepatlah kita-kita sibujang senang ni dapat merasa nasi minyak mereka-mereka tahun ni ye. Eyh? =p


Yang tengah berbaju kuning bertudung biru adalah teacher english kami. Ingat lagi trademark beliau kalau student masuk lewat kelas sewaktu beliau mengajar .. 'OUTSIDEEE!!!!'









SBS- Si Bujang Senang. 



Credits to: SBS Farah for the picture. 

Sekian,

Saturday, 18 August 2012

Hari Raya Se-simple Mungkin!

Alhamdulillah.. pejam celik-pejam celik dah sebulan kita ditarbiyahkan dengan kedatangan bulan Ramdhan. Kini, takbir mula bergema disetiap pelusuk kampung menandakan tibanya kedatangan Syawal. Orang kampung dah berlumba-lumba membaling mercun. Aku baling rumah kau. Kau baling rumah aku. Ber-deshung-deshung! Last-last.. mercun kemana. raya kemana. Haihhh.. Tak mo.Tak mo. Tak mo.

Tidak lupe jugak jiran-jiran perbuking.. Semua pakat duk post-mengepost. tag-menge'tag'. Macam-macam style. Ada yang berpantun. Ada yang bersyair. Ada yang bersajak. Fuhhh.. class-class depa nih. Kagum aku. Mesti depa ni tergolong dalam golongan bakal sasterawan terhebat negara satu hari nanti. Aku pun tak mampu buat macam depa nih. Tapi dah depa dah semangat kerah keringat nak wish takkan aku nak membuta tuli pura-pura tak on9. pura-pura tak perasan apa yang ditagkan. Itu kejam namanya. So aku pikir-punya pikir.. Isk. kalau post gambar.. macam malas pulak nak edit. Kalau berpantun.. macam malas nak cari idea susun penghujung ayat. Kalau wish Selamat Hari Raya je.. macam tak adil plak. Depa penat-penat karang essay tag kat aku. Takkan aku wish sepatah tu je. Aku pun kecik ati kalo orang buat kat aku macam tu. Pikir punya pikir... -.-"


.................
................
...............


..............

............


Nah! Hasil kreativiti setelah 2minit pikir. Print screen lepas tu tag kat semua kawan-kawan. Hihihi.. Saya memang tak berapa pandai berpantun.. juga tak berapa pandai nak mengarang ayat... hurm.. kedit ade tapi malas nak taip. hehe. Saya lebih suka menaip pakai keyboard dari menaip pakai keypad. Sebab keyboard pakai banyak jari. Keypad pakai satu je. Letih. -.-"

Terima kasih jugak kepada jiran tetangga yang tinggal berdekatan rumah aku. Anda berjaya menerujakan saya yang tak berapa sihat ni untuk keluar rumah. Berdeshung-deshung. Bunyi bunga api yang besar melambung-lambung tinggi di langit malam. CANTIK SANGAT! Ramai pulak tu yang pasang. Aku toleh kanan sebelah kiri pun bunyi. Aku toleh depan sebelah belakang pun bunyi. 

Ayah: Ramainye orang pasang bunga api.
Adik: Doh bakpe ayoh dok pasang tek umoh kita? Baru comey rumoh kite.
Ayah: Uuiihh.. Wakpe nok pasang teknye. Bazir je. Kite tengok hok orang pasang doh lah. Kekgi kite pasang kite pun tengok jugok. Dok ke same je? 

Muahahaha.. tersenyum kambing aku dengar dialog antara ayah aku dengan adik aku. Takpelah tak boleh main bunga api hok berdeshung-deshung tinggi tu pun.. Kite main bunga api hand-by-hand je ah. Main bunga api hand-by-hand best lagi. Boleh gerak-gerak. Nak buat bulat-bulat boleh. Nak meloncat-loncat boleh.. Nak buat kuak lentang pun boleh. Free style! 

Main punya main. Tetiba adik aku senyap. 

Aku: Bakpe pulok?
Adik: Hehe.. *senyum-senyum.. Kena bunga api.. Sakit..
Aku: Padan muka. Lain kali mainlah lagi.

Kejadah marah adik main bunga api plak. Padahal aku pun main sama time tu. haha. Adik aku masuk rumah ambil tisu balut tangan yang kena bunga api... Lepas tu dye keluar balik.. sambung main dengan tangan berbalut tisu. Aik?? Tak tahu maksud serik ke budak ni? Komfius -.-"


Tengah-tengah main bunga api terdengar bunyi letupan kuat. BOOOMMMM!!! Lenguk atas.. tengok-tengok... 

En.Google punye. 
WAAA... CANTIKKKNYAAA.!!!! Disebabkan keterujaan melihat bunga api yang sangat cantik berwarna-warni didepan mata sampai tak sempat nak snap. Hehe.. 

Kepada pembaca-pembaca GBM yang sudi meluangkan masa mendengar celoteh GBM saban hari.. GBM tujukan khas untuk anda semua. Hasil kretiviti GBM yang tak berapa nak kreatif. Hehe.... 


Selamat Hari Raya Aidilfitri. 

p/s: Semoga segala ibadat yang dilakukan sepanjang bulan Madrasah kekal untuk bulan-bulan yang seterusnya. InsyaAllah.. =)

Sekian,