Pages

Tuesday, 1 September 2020

Pengalaman bersalin yang ke-2

Kalini ibu decide nak berpantang di terengganu. Balik awal sebulan sbb nak bagi kakak hana familiar dgn family ibu nanti ibu masuk ward utk bersalin senang nk tggal. 


Masuk bulan 8 ibu dah start nervous. Ibu berdoa sembahyang hajat ibu dapat beranak awal bulan 8 lepas je raya haji itu hari. Sebab kesian dekat suami nak kena berulang jauh. Kulim-terengganu. Setiap malam since masuk je bulan 8 mesti terjaga. Lepas tu terus tak boleh tidor. Cuak punya pasal. 


Makin dekat dengan due, makin gelabah. Cerita dekat mak tidur dah tak lena dah sekarang ni. Debar nak bersalin. Kalau boleh taknak dah beranak kena induce. Nak bersalin normal. Sebab kita dah pernah rasa bersalin induce memang sakit meronta ronta. Tapi mak suruh doa bagi mudah urusan bersalin. Tak apa bersalin mana mana pun asal dipermudahkan semuanya. Since itu aku pun ubah doa harian. 


“Semoga Allah mudahkan urusan bersalinku, dan kami dikurniakan zuriat yang sempurna sifat, sihat tubuh badan. “


12 haribulan 8 aku kena warded hospital untuk di induce. On the way berjalan ke ward rasa macam sesuatu mengalir keluar. Lendir+darah. Alhamdulillah. Lepas tu aku cepat cepat bagitahu doc. Doc cakap itu salah satu tanda bersalin. Tak apa nanti kita cek jalan petang ni lepas zohor. Kalau jalan dah buka 3cm kita tak induce. Tapi kalau belum, kita masuk ubat untuk induce. 



Masa ni baru check in hospital. Boleh relax lagi main fon. 

Pukul 3petang check jalan baru buka 1cm. Doc terus masukkan ubat untuk induce. Lepas tu doc suruh rest je dekat katil selama 1jam untuk bagi ubat tu react dengan baik dan tak jatuh. Pukul 4 nurse panggil untuk cek ctg jantung baby. Mase tu baby dah bergerak aktif sangat. Perut aku pun dah start mengeras dan rasa senak dekat bawah tu. 


Lepas check ctg aku cepat cepat mandi prepare untuk solat asar. Sebab takot sakit makin kuat tak boleh nak sembahyang berdiri lagi. Sampai ke pukul 7 sakit makin kuat giler. Nak berjalan pun dah tak mampu. Tapi aku gagahkan jua berjalan pergi dekat nurse utk cek jalan buat kali ke-2. Check jalan baru buka 2cm. Baru 2cm.... Memang terseksa juga la batin bila tahu baru 2cm. Balik ke katil pergi tandas nak get ready solat maghrib pulak. Tapi waktu ni aku memang dah tak boleh berdiri lama. Aku solat sambil duduk atas kerusi tepi katil je sebab sakit makin kuat. Waktu solat pun aku kene berhenti berenti nak tahan sakitnya contraction.


Lepas solat aku duduk atas katil baca doa sambil bukak quran baca surah maryam perlahan lahan sambil tahan sakit contraction yang maha dasyat. Tak sempat abis aku baca sebab sakit makin kencang. Kakak suruh pergi mandi lagi sekali untuk cool kan badan sambil layan contraction. Dalam pkul 8.15malam macam tu aku pergi tandas untuk mandi. Lama jugak aku layan contaction dalam bilik air. Orang dah azan isyak baru aku keluar perlahan lahan.... start masa ni memang aku tak mampu nak hadap phone dah. Whatsapp family bertubi tubi masuk aku tak sempat nak respond. 


Ingat nak terus solat isyak. Tapi sakit contraction makin mengganas. Aku duduk dulu atas katil sambil mengerang sakit sorang sorang. Sakit dia memang macam nak tercabut nyawa betul. Aku tengok jam dah pukul 9 lebih dah waktu tu. Rasa macam nak berak. Pi tandas lagi sekali sebab ingatkan nak berak. Tapi tak keluar apa pun. Mujur katil dengan tandas dekat sejengkal je. Aku hold jap tak jadi nak sembahyang sebab nak bagi contraction ni slow sikit. Kalau pikir logik akal mana mungkin contraction makin slow kan. Makin kencang adalah. Haha. Masa ni pikir apa pun macam dah tak waras. Whatsapp dari family bertalu talu masuk tanya macam mana sakit? Makin kerap ke? Selang berapa minit sakit? Masa tu aku tengok jam macam tak sampai 3minit pun dah sakit balik. Kakak whatsapp suruh pi cek jalan lagi sekali. Tapi aku tahan lagi. Sebab takut bukaan tak besar lagi. Aku hold dulu. Sampailah jam 9.30malam aku tahan sakit, tak sedar waktu tu kain aku dah penuh dengan darah. Katil apatah lagi rasanya. Lepas tu aku slow slow berjalan pergi bilik cek jalan tu lagi sekali. Dah check jalan nurse tu cakap 


“Eh dah 8cm dah ni. Awak ada rasa nak berak tak??” 

“Saya dari pukul 9 tadi lagi duk rasa nak berak. “


Terus kelam kabut semua nurse dekat situ.


“Awak tidur mengiring. Kepit dulu kaki tu.”


Terus diorang tolak katil masuk labour room. Ward tingkat 2. Labour room tingkat 5. Boleh bayang tak kelam kabut diorang tolak katil cemana. Aku duk risau ni sebab tak sempat nak maklum dekat sesiapa aku dah masuk labour room. 


“Nurse, saya belum bagitahu suami ni.”

“Tak pe. Awak jangan risau tunggu sampai labour room dulu nanti kita contact suami awak.”


Masa tu suami aku memang dah get ready dekat surau hospital dah. Cuma dia tunggu aku maklum baru dia gerak gi labour room. Sampai labour room tu belum sempat diorang prepare kelengkapan aku dah tak tahan sangat sangat dah. Sekali teran bustttt pecah air ketuban. Kali ke dua teran kepala baby keluar. 


“MasyaAllah tembamnya adik niii.”

Dengar nurse tu bising bising tgk kepala baby. 


Kali ke4 teran selamat keluar adik baby Hana jam 10.02malam. Perempuan juga satu geng dengan kakak Hana. Baby girl seberat 3.875kg. Alhamdulillah. Tapi cerita bahagia tak berakhir disitu. Ada lagi part yang tak best. Kena jahit yang sangat banyak dekat bawah. Sebab aku tak tahan sangat aku tak ingat dah macam mana aku teran sampai boleh koyak rabak. Nak dekat satu jam jugak process jahit sahaja. Masuk labour room pkul 9.50malam. Baby selamat lahir pukul 10.02malam. Siap semuanya pukul 11.00malam baru aku ditolak keluar dari labour room. Suami tak sempat nak teman aku sepanjang dalam labour room. Sebab dekat hospital line very slow. Suami aku dapat tahu aku masuk labour room aku dah selamat bersalin dah. 




Pukul 10.03malam baru suami dan family yang lain dapat info ku dah masuk labour room. Padahal masa tu dah selamat bersalin dah. 


Sepanjang proses jahit tu memang menggelupor jugak lah walaupun dibius tapi tetap rasa macam dijahit hidup hidup. Nurse yang jaga bilik labour room sebelah tetiba masuk bilik aku. 








Anak dara ibu yang ke-2. Moga jadi anak solehah ye sayang. 


“Eh dah siap dah bersalin? Mudahnyaa. Baru je masuk dah nak keluar dah. Bilik sebelah yang masuk dulu tak keluar keluar lagi.”


Dalam hati tetiba rasa sebak. Betul cakap mak. Kadang kita rasa apa yang kita minta tu yang terbaik untuk kita tapi kita lupa.. Allah lebih tahu mana yang terbaik. 


Kalau aku beranak normal tanpa induce aku pun tak pasti aku kuat ke tidak nak hadapi sakit contraction yang berpanjangan. Alhamdulillah. Kurang daripada 12jam selepas induce, aku selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang comel. Kalau mak tak tegur cara doa aku tu mungkin aku pun tak pasti macam mana keadaan aku nak hadapi contraction yang berpanjangan. Alhamdulillah. Syukur ya Allah. 


Lepas selesai jahit katil aku ditolak balik naik ke ward. Dekat ward jiran katil sebelah aku tengah mengerang kesakitan contraction. Tak tidur malam juga aku sebab terganggu dengan katil sebelah yang sedang berjuang contraction. kejap kejap dia tekan loceng panggil nurse sebab sakit. Kesian tengok sebab sebelum tu aku pun dah rasa sakit yang sama. Jadi aku lebih faham bila tengok para ibu yang tengah berjuang nyawa ni. Lama juga dia bertahan tahan contraction. Dari pukul 12malam sampai nak dekat orang azan subuh. Fuhhh, kalau aku dah minta nurse bagi ubat tahan sakit ni. 


Alhamdulillah. Harini hari ke-20 aku berpantang. Semuanya very smooth perjalanan berpantang kalini. Adik Hana diberi nama Hasya Safiya yang bermaksud “Kesempurnaan Wanita Mulia”. Hari pertama keluar ward check kuning Hasya 75. Sepatutnya dah tak payah check dah. Tapi sebab Hasya baru berusia 2hari nurse suruh check lagi selang 2 hari. Kuning dah bawah 50 tak payah check lagi dah. Alhamdulillah. Lega sangat sangat. Dapat tahu anak dah bebas kuning seawal beberapa hari je dah mengembirakan hati seorang ibu tauuu. 🥰


Semoga para ibu yang sedang menanti detik kelahiran dipermudahkan segala urusannya. Stay positive, stay strong for our baby. 😊

Saturday, 4 July 2020

Mealshakes| Supplement untuk naikkan selera makan anak

Siapa dekat sini anak susah nak makan? Kalau suruh makan kemain dolak dalih dia. Cakap tak sedap lah, dah kenyang la, nak main itu lah... Macam macam alasan dia tak nak makan. Padahal orang lain makan sedap je.

Dilema seorang ibu ni kan mesti nakkan yang terbaik untuk si anak. Anak susah nak makan si ibu ni dah boleh kena migrain pikir cara nak tingkatkan balik selera sianak. Haaa! Sebab itu dalam shaklee kita ada Mealshakes. Penyelesaian buat si ibu yang ada masalah anak picky eater ataupun kekurangan berat badan.




Mealshakes mengandungi 8jenis vitamin dan mineral yang membantu meningkatkan sistem imun anak dan mengurangkan risiko jangkitan virus.

Vitamin C
Vitamin E
Vitamin A
Vitamin D
Folic acid
Iron
Selenium
Zink

Mealshakes bukan sahaja membantu meningkatkan selera makan anak tau tapi juga menyokong tumbesaran kanak kanak lebih sihat dan membantu membina tulang dan gigi yang sihat. Oh ya, bila anak anak susah nak makan sayur selalunya akan ada masalah sembelit sebab kekurangan sumber serat dalam badan. Mealshakes juga membantu melancarkan proses pembuangan najis anak anak dan mengelakkan sembelit.




Mealshakes bukan hanya sesuai untuk kanak kanak sahaja tapi untuk semua peringkat usia. Orang dewasa yang mengalami masalah underweight dan nak ikhtiar tambahkan berat badan juga boleh ambil mealshakes dalam diet mereka. 






Sesiapa yang ingin ikhtiar tambahkan selera makan anak dengan mealshakes boleh terus whatsapp saya yaa. InsyaAllah saya cuba bantu. 





Sekian,

Tuesday, 16 June 2020

Cream ruam terbaik untuk si manja anda!

Assalamualaikum. Lama betul laman sesawang GBM ni tak beroperasi setahun lebih jugak ni. Fuhhh. Rindu betul nak menaip.

Alhamdulillah. 1 June 2020 genap birthday anak dara sulung ibu berusia 3 tahun. Pejam celik pejam celik InsyaAllah tak lama lagi Hana bakal mendapat title “Kakak”. Hana pun macam dah tak sabar nak main dengan adik dia. Dah 3 tahun dia main sorang-sorang. Lepas ni ada geng dah nak main masak masak sama sama. Sempena birthday kakak Hana Sorfina baru baru ini ibu telah buat satu keputusan besar dalam hidup iaitu untuk menjadi pengedar shaklee yang sah. 


Besar dah anak dara ibu ni. Sekejap je masa berlalu.

Sebenarnya dah lama sangat ibu tertarik dengan shaklee ni. Semuanya bermula bila ibu tertarik dengan product herba blend daripada shaklee. Waktu usia hana 1 tahun lebih macam tu Hana naik ruam dekat punggung dia. Bukan sikit tauu tapi penuh satu punggung. Ibu cuba ikhtiar pergi farmasi tanya cream apa yang sesuai dah dua jenis cream ibu cuba pakai dekat Hana tapi dua dua tak nampak hasil yang bagus. Hana tetap garu garu cakap gatal punggung dia. Ruam merah merah tetap ada. 


Macam ni lebih kurang keadaan ruam punggung Hana. Penuh tauu. (Gambar ihsan google) 

Ibu post dekat whatsapp group family tanya kot kot ada cadangan untuk merawat ruam budak. Kakak suggest suruh try pakai herba blend. Lepas cuba pakai dalam seminggu macam tu nampak ruam dia dah makin kurang. Alhamdulillah. Masuk minggu ke 2 ruam totally hilang tanpa meninggalkan parut. Best sangat cream ni. Hana pun semakin aktif tak ada dah duk garu garu punggung dia. 



Herbal blend ni bukan hanya sesuai untuk masalah ruam baby, tetapi juga boleh digunakan untuk orang dewasa yang ada masalah kulit kering, ekzema, tumit kering merekah dan menghilangkan parut chickenpox. Dan yang paling best herbal blend adalah cream bebas daripada steroid. Jadi tiada masalah untuk jadikan herbal blend sebagai cream sapuan harian. 





Nanti ada masa ibu kongsikan product daripada shaklee. Banyak sangat yang best ni. Tak cukup sehari nak cerita semua. Shaklee bukan sekadar pengeluar supplement dan cream tau tetapi ada juga set penjagaan muka dan set cucian harian rumah. InsyaAllah nanti ibu ceritakan setiap set daripada shaklee. 


Sebab Kakak Hana masih dalam fasa potty training ibu terpaksa lapik tempat tidur dia dengan alas kalis air tu. kalau tak haru ibu nak basuh satu cadar ni nanti. Moga moga Hana berjaya mengharungi fasa potty training ni dengan berjaya. Aameen! 


Kalau ada yang berminat/ ada sebarang pertanyaan berkenaan product shaklee boleh terus whatsapp ibu ya. InsyaAllah ibu cuba bantu sebaik mungkin. 

Sekian, 


Wednesday, 24 April 2019

Pemeriksaan Mata Anak Anak Istimewa

Bagi tahun 2019 ni bos aku buat kelainan untuk kedai kami. Setiap bulan kami akan adakan pemeriksaan mata di sekolah pendidikan khas sekitar perlis. Ini merupakan antara pengalaman yang tak akan aku lupakan sepanjang aku kerja selama 4tahun ni. 

Ada yang manis ada yang pahit. Yang pahitnya bila anak anak ni menangis macam kena histeria bila kami nak check mata dia. Macam macam cara kami pujuk sampailah terpaksa panggil cikgu kesayangan dia sendiri. Sebab aku pun tak tahu nak pujuk macam mana lagi dah. Cikgu cikgu dekat sana dah pesan kena  banyak banyak bersabar bila bekerja dengan anak anak istimewa ni. Kebanyakan ada yang hyper, autism, ada masalah pendengaran, masalah penbelajaran, speech delay, ADHD dan lain lain. 

Aku nak share pengalaman aku check mata seorang student (adik Wan) yang ada masalah speech delay. Umur dalam 8 tahun macam tu. Cikgu cakap Wan ni kalau cikgu suruh menyalin memang selalu dia mengelat. Buat buat tidur la. Tak nak salin apa yang cikgu suruh. Sampai cikgu perlu tinggikan suara pada dia. 



Retinoscopy alat penting untuk mengenal pasti tahap kerabunan dalam kalangan budak budak. 

Aku check mata adik Wan guna retinoscopy. (Dull reflex) Dalam hati aku.. aah sudahhh. Ke adik ni tak nampak sebenarnya? Hasil pemeriksaan guna retinoscopy Both eyes -4.00 diopter. 

Aku pun letak power -4.00diopter pada trial frame bagi adik Wan pakai. Tiba tiba dia buat satu reaksi yang lain tak seperti yang selalu dia buat. Sampaikan cikgu cikgu dekat sana pun terkejut tengok adik wan. Cikgu cakap selalunya anak anak istimewa ni dia akan ada satu tabiat atau reaksi yang selalu mereka pamirkan. Jadi bila adik wan tadi buat kelaku yang lain daripada kebiasaanya cikgu dah start hairan. 

Aku pun cuba ambil best vision adik wan guna optimum refraction power -4.00D both eyes. Disebabkan adik Wan ada masalah pertuturan dan masih tak kenal huruf dengan baik. Aku hulurkan pen dan pensel untuk adik wan untuk dia salin setiap huruf yang aku tunjuk. Percaya atau tidak vision adik Wan 6/6. Bawah sekali pun boleh salin tanpa sebarang kesilapan. Cikgu cikgu sampai terlopong tengok adik Wan menyalin dengan kusyuk. 


Semua betul tulisan huruf yang adik Wan salin takde tunggang terbalik langsung. Semua tepattt! 

“Ya Allah Wan, Wan tak nampak ya selama ni? Cikgu minta maaf selalu marah marah Wan dalam kelas. Cikgu tak tahu Wan tak nampak sebenarnya ya.” 
Mendayu suara cikgu tu macam rasa bersalah sangat sangat. 

Aku tengok adik Wan. Perasaan sebak menggunung dalam dada aku tahan. Dia masih tak tahu apa apa. Dia nak bagitahu yang dia tak nampak pun dia tak reti. Tapi aku bersyukur sebab penglihatan adik wan masih baik. Boleh dapat best vision 6/6 for both eyes with spect. Kalau dah sampai lazy eyes agak merungsingkan. Perlu backup plan untuk ambil langkah seterusnya. 

So apa yang aku boleh sampaikan dekat sini pentingnya untuk ibu bapa lagi lagi dizaman sekarang ini untuk bawa anak anak menjalani pemeriksaan mata seawal 6tahun. Kenap aku cakap penting? Sebab zaman sekarang kebanyakan anak anak didedahkan dengan gadget iphone, ipad, dan android. Pendedahan yang macam ni boleh meningkatkan risiko masalah rabun dalam kalangan kanak kanak.

Simptom simptom Rabun:
1. Telengkan kepala untuk tengok sesuatu.
2. Sering kelipkan/ gosok mata.
3. Kecikkan mata untuk tengok objek jauh.
4. Sering mengadu sakit kepala.
5. Prestasi pembelajaran disekolah merosot.
6. Tak dapat bagi sepenuh perhatian ketika didalam kelas.

Kalau korang perasan anak anak korang ada salah satu simptom diatas tolong!tolong! Tolonglah bawa anak anak kalian menjalani pemeriksaan mata dengan optometrist yang bertauliah. 



Masalah rabun anak anak diperingkat awal masih boleh dirawat. Yang paling aku risau dekat sini dah tahu anak ada rabun tapi tak kasi anak pakai spect takut power makin naik, takut anak tak pandai jaga spect nanti pecah nak kena beli baru. Yang ni memang aku rasa macam nak kena bagi ceramah kaunseling pakej dengan demo rabun dekat mak ayah dia sekali. Bagi dia rasa sendiri macam mana anak anak yang rabun ni melihat dunia. 

Faktor kenaikan power mata dalam kalangan anak anak memang sesuatu yang membimbangkan. Tapi ibu bapa perlu tahu faktor faktor kenaikan power sebenarnya bukan dengan menghalang anak daripada pakai cermin mata. Itu bukan langkah yang bijak. 

Nanti kalau aku ada masa akan aku kupas faktor faktor yang menyebabkan kenaikan power dalam kalangan anak anak dilain entry. InsyaAllah.

Sekian, 

Friday, 19 April 2019

MAPS (Movie Animation Park Studios) Ipoh

Sempena cuti sekolah bulan lalu, aku dan suami bersepakat nak bawa Hana Sorfina berhibur di MAPS Meru Ipoh, Perak. Disebabkan kami suami isteri masing masing kerja jadi jarang dapat luangkan masa ajak Hana jalan jalan.

So disebabkan aku amek cuti agak panjang 2 minggu lebih sempena adik kahwin, alang alang ambil lama sikit boleh luangkan masa dengan Hana. 


Waktu kami pergi MAPS masa tu hari sabtu. Pukul 9pagi kami dah terpacak depan MAPS tu. Tapi keadaan masih lenggang orang pun tak ada lagi. Kami antara yang sampai awal. Rupanya pukul 10pagi baru dibuka untuk pengunjung. Jenuh kami menunggu untuk masuk. Dengan panasnya. Aku bawa Hana tunggu dalam kereta buka aircond bagi susu dekat Hana bagi dia kenyang sebelum dia explore tempat mainan baru. 



Waktu tengah beratur tunggu turn nak masuk tu kami ternampak kedatangan maskot maskot animasi Boboiboy dan The Smurf. Tahu tak apa reaksi Hana bila jumpa maskot BoboiBoy dah Smurf yang besar gedabak macam ni? Dia menjerit kuat gila cakap “Takutttt. takuttt ayahhh. Takutt.” Ya Allah. Sampai macam tu sekali dia takut. Meronta ronta dia. 

Kami pun pujuk la hana. Dia terdiam kejap. Kami ingat dah okay la. Sebab sebelum pagar dibuka untuk pengunjung tu Hana dia excited nak masuk sebab tengok gambar cartoon dkat skrin dah dinding dinding luar. Sekali tengok maskot kartun besar amekkk hang. Macam orang kena histeria. Adoiii.


Waktu ni Hana dah okay skit tapi still dalam esakan. Ibu ayah nak bergambar helokk sikit pun tak menyempat. 


Hana dia suka betul dekat kucing. Bila dia nampak haiwan yang dia kenal dia boleh bangkitkan balik emosi dia. Dekat depan tu dia duk kira meoww ada berapa, itik berapa ekor, monyet berapa ekor. Haha. Itu nampaklah dia dah mula kembali ceria.


Dekorasi dalam MAPS ni memang semua mengujakan. Cantik sangat sangat. Siap ada gerai Tok Aba yang dalam cerita animasi boboiboy tu. Excited nak masuk. 


Sampai terjatuh Hana. Haha. Excited nak tengok Tok Aba jual apa dekat dalam tu. Tengok menu siap ada carrot cake. Harga standard kedai kek HannahCookies kalau dekat perlis memang famouslah kedai kek HannahCookies ni sebab kek dia semua sedap sedap. Tapi waktu kami pergi semua kek tak ada. Yang ada cuma sandwish. Jadi kami tak beli lah. Sebab harga sandwish macam diluar kemampuan plak nak dibeli. Haha. Lagipun kami baru lepas breakfast je tu. 



Aku cakap dekat Hana..
“Hana tengok tu... pakcik tu nak jatuhh.”
Sekali pakcik depan aku kalih. 
“Uish. Terkejut pakcik ingat ada orang jatuh betul.” 

Aku saje je cakap macam tu nak bagi attraction pada Hana. Tak tahu pulak pakcik depan tu terdengar sekali. Haha



Yang ni dekat dengan Smurf Village. Dekat sini nak masuk tengok bangunan bangunan dalam MAPS ni percuma je. Tapi kalau nak masuk dalam each building tu kena beli kupon. Satu kupon berharga rm3. Kami beli 20kupon awalnya. Sebab ada sesetengah building perlukan 3-6kupon kalau nak masuk seorang. 


Yang ni untuk kids yang umur 2-5tahun kot tak silap aku. Smurf Village ni kalau nak masuk kena bagi satu kupon. Ibu ayah tak main so tak perlukan kupon. 




Patutnya kereta tu boleh handle sendiri tekan kaki dekat bawah tu kereta boleh jalan sendiri. Tapi sebab Hana baru berusia 1tahun 9bulan tak berapa reti sangat nak tekan tekan ni. So husband aku yang tolong tolakkan. 


Yang ni dekat dalam technology apa tah nama dia. Aku lupa dah. Nak masuk kena 2kupon untuk seorang. Ibu ayah je perlu kupon. Untuk Hana free. Tapi malangnya Hana dah mula menangis balik. Dia takut gelap. Kami pun tengok kalut kalut sebab nak cepat cepat keluar Hana dah makin kuat nangis.


Waktu nak snap gambar trick ni Hana dah nangis kuat gila. Tengok camera pun dah tak mau. Jadi gambar trick ibu pun kelaut lahh. Adush. 

Kalau ada yang follow Ig aku mesti tahu Hana suka naik kereta control ni. Tapi sebab waktu ni mood dia dah down gila gila. Campur mengantuk campur panas sekali kot. Jadi dia tak enjoy dah naik kereta control kegemaran dia. Dekat sini kalau nak naik kereta ni bayar 6kupon untuk 20minit. 






Kami alih kereta duduk dekat bahagian teduh sikit. Ibu pun tak payah duk pimpin pegang tangan dia tengah tengah ramai orang. Hana pun dah kembali happy dah sebab dia baru perasan dekat kereta tu boleh tukar tukar lagu. Ada lagu “if you happy and you know clap your hand” Pappp papppp.

“ Haaa tepukkk tepukkk” haha 



Untuk naik marry go round ni perlukan 2 kupon untuk seorang dewasa. Untuk anak besar Hana free. Waktu ni dia teruja sikit sebab marry go round ni dia lain dari yang fun fair biasa tu. Dia macam concept in the jungle. Ada snake, tiger, cheetah, bird, crocodile dan macam macam jenis haiwan lagi. 




Ni kami naik towel apatah. Tinggi jugak. Boleh tengok permandangan sekeliling maps ni. Yang ni naik tak perlukan kupon. Free je. Waktu ni dah pkul 12tengahhari keatas dah. Muka Hana pun dah merah dah. Silap aku lupa bawa kipas yang boleh selit dekat stroller yang bergerak automatik tu. Mujur dalam bag aku ada selit kipas lipat tu. Boleh kipas manual walaupun letih tangan ibu duk mengipas Hana ni. Takpelah asal anak ibu happy. 



Yang ni tempat makan ada tempat mainan sekali untuk budak budak. Tapi Hana dah tak ada mood dah nak main. Asyik menangis dah dia. Boleh kira dengan jari je berapa kali tengok dia senyum. Yang lain banyak nangis je jerit “takutt. Takuuut”

Last sekali aku ajak husband aku keluarlah. Hana pun tak nampak seronok. Duduk dalam stroller pun tak nak. Lenguh pinggang dah asyik nak dukung je. Kami jual balik balance kupon kami 5keping yang tinggal. Terpaksa balik. Kesian dekat Hana asyik duk menangis je dia. Dengan peluh menitik nitik lagi. Aku dengan suami pun tak dapat nak enjoy sangat. Mulanya husband aku nak tengok persembahan boboiboy sebab dia memang minat boboiboy. Every episode dia tengok. Tapi sebab dah anak nangis nangis dah memang tak boleh tunggu dah. Minat pun terpaksa di lepaskan. 


Sebelum balik aku mandikan Hana dulu. Bagi dia selesa baju dia dah lencun dengan peluh. Aku dah prepare siap siap baju Hana dalam bag. Senang kalau jadi apa apa. Aku dengan suami yang bermandi peluh sama ni terpaksa bersabar jap. Kena cari hentian lain untuk selesakan diri. Dekat sini toilet dewasa fully book. Maklumlah cuti sekolah. Orang pun ramai. 

Bagi aku MAPS ni memang tempat yang seronok sesuai untuk leisure release stress. Sebab kebanyakan budak yang datang sini semua seronok happy je. Cuma bagi aku agak kurang sesuai untuk anak yang usia 2 tahun ke bawah. Mereka mereka ni masih belum ada keberanian bila tengok maskot satu satu besar macam gorilla. Haha. InsyaAllah nanti Hana dah usia 6tahun keatas mungkin boleh plan lain untuk berhibur disini lagi. Serius cakap aku dengan suami memang tak dapat nak menghayati betul betul hasil kreativiti animasi yang subhanaAllah cantik cantik semuanya. 

Bila kau dah jadi ibubapa ni, anak kau dah jadi priority utama kau. Anak kau dah start meragam, memang habisss plan kau yang awal awal tadi boleh berkecaiii tau. Haha. 


Betullah expectation dan reality betul betul berbeza bagi seorang ibu yang punyai anak kecil. Berkecai luluh expectation kami lakibini bila anak sepanjang hari duk menangis seharian. Nak makan pun sampai dah tak bernafsu tauu. Alahaiii...

Sekian,