Pages

Showing posts with label bicara Optometrist. Show all posts
Showing posts with label bicara Optometrist. Show all posts

Wednesday, 24 April 2019

Pemeriksaan Mata Anak Anak Istimewa

Bagi tahun 2019 ni bos aku buat kelainan untuk kedai kami. Setiap bulan kami akan adakan pemeriksaan mata di sekolah pendidikan khas sekitar perlis. Ini merupakan antara pengalaman yang tak akan aku lupakan sepanjang aku kerja selama 4tahun ni. 

Ada yang manis ada yang pahit. Yang pahitnya bila anak anak ni menangis macam kena histeria bila kami nak check mata dia. Macam macam cara kami pujuk sampailah terpaksa panggil cikgu kesayangan dia sendiri. Sebab aku pun tak tahu nak pujuk macam mana lagi dah. Cikgu cikgu dekat sana dah pesan kena  banyak banyak bersabar bila bekerja dengan anak anak istimewa ni. Kebanyakan ada yang hyper, autism, ada masalah pendengaran, masalah penbelajaran, speech delay, ADHD dan lain lain. 

Aku nak share pengalaman aku check mata seorang student (adik Wan) yang ada masalah speech delay. Umur dalam 8 tahun macam tu. Cikgu cakap Wan ni kalau cikgu suruh menyalin memang selalu dia mengelat. Buat buat tidur la. Tak nak salin apa yang cikgu suruh. Sampai cikgu perlu tinggikan suara pada dia. 



Retinoscopy alat penting untuk mengenal pasti tahap kerabunan dalam kalangan budak budak. 

Aku check mata adik Wan guna retinoscopy. (Dull reflex) Dalam hati aku.. aah sudahhh. Ke adik ni tak nampak sebenarnya? Hasil pemeriksaan guna retinoscopy Both eyes -4.00 diopter. 

Aku pun letak power -4.00diopter pada trial frame bagi adik Wan pakai. Tiba tiba dia buat satu reaksi yang lain tak seperti yang selalu dia buat. Sampaikan cikgu cikgu dekat sana pun terkejut tengok adik wan. Cikgu cakap selalunya anak anak istimewa ni dia akan ada satu tabiat atau reaksi yang selalu mereka pamirkan. Jadi bila adik wan tadi buat kelaku yang lain daripada kebiasaanya cikgu dah start hairan. 

Aku pun cuba ambil best vision adik wan guna optimum refraction power -4.00D both eyes. Disebabkan adik Wan ada masalah pertuturan dan masih tak kenal huruf dengan baik. Aku hulurkan pen dan pensel untuk adik wan untuk dia salin setiap huruf yang aku tunjuk. Percaya atau tidak vision adik Wan 6/6. Bawah sekali pun boleh salin tanpa sebarang kesilapan. Cikgu cikgu sampai terlopong tengok adik Wan menyalin dengan kusyuk. 


Semua betul tulisan huruf yang adik Wan salin takde tunggang terbalik langsung. Semua tepattt! 

“Ya Allah Wan, Wan tak nampak ya selama ni? Cikgu minta maaf selalu marah marah Wan dalam kelas. Cikgu tak tahu Wan tak nampak sebenarnya ya.” 
Mendayu suara cikgu tu macam rasa bersalah sangat sangat. 

Aku tengok adik Wan. Perasaan sebak menggunung dalam dada aku tahan. Dia masih tak tahu apa apa. Dia nak bagitahu yang dia tak nampak pun dia tak reti. Tapi aku bersyukur sebab penglihatan adik wan masih baik. Boleh dapat best vision 6/6 for both eyes with spect. Kalau dah sampai lazy eyes agak merungsingkan. Perlu backup plan untuk ambil langkah seterusnya. 

So apa yang aku boleh sampaikan dekat sini pentingnya untuk ibu bapa lagi lagi dizaman sekarang ini untuk bawa anak anak menjalani pemeriksaan mata seawal 6tahun. Kenap aku cakap penting? Sebab zaman sekarang kebanyakan anak anak didedahkan dengan gadget iphone, ipad, dan android. Pendedahan yang macam ni boleh meningkatkan risiko masalah rabun dalam kalangan kanak kanak.

Simptom simptom Rabun:
1. Telengkan kepala untuk tengok sesuatu.
2. Sering kelipkan/ gosok mata.
3. Kecikkan mata untuk tengok objek jauh.
4. Sering mengadu sakit kepala.
5. Prestasi pembelajaran disekolah merosot.
6. Tak dapat bagi sepenuh perhatian ketika didalam kelas.

Kalau korang perasan anak anak korang ada salah satu simptom diatas tolong!tolong! Tolonglah bawa anak anak kalian menjalani pemeriksaan mata dengan optometrist yang bertauliah. 



Masalah rabun anak anak diperingkat awal masih boleh dirawat. Yang paling aku risau dekat sini dah tahu anak ada rabun tapi tak kasi anak pakai spect takut power makin naik, takut anak tak pandai jaga spect nanti pecah nak kena beli baru. Yang ni memang aku rasa macam nak kena bagi ceramah kaunseling pakej dengan demo rabun dekat mak ayah dia sekali. Bagi dia rasa sendiri macam mana anak anak yang rabun ni melihat dunia. 

Faktor kenaikan power mata dalam kalangan anak anak memang sesuatu yang membimbangkan. Tapi ibu bapa perlu tahu faktor faktor kenaikan power sebenarnya bukan dengan menghalang anak daripada pakai cermin mata. Itu bukan langkah yang bijak. 

Nanti kalau aku ada masa akan aku kupas faktor faktor yang menyebabkan kenaikan power dalam kalangan anak anak dilain entry. InsyaAllah.

Sekian, 

Tuesday, 16 April 2019

Nak cek mata boleh?

Assalamualaikum,

Fuh lama jugak rasanya blog ni terbiar bersarang ye. Tak sempat nak bukak sejak dah bergelar ibu ni, jarang betul dapat luangkan masa dengan aktiviti berblogging. Pagi pagi siapkan anak dulu sebelum pergi kerja. Dah malam mata pulak mengantuk. Jadinya aktiviti harian aku kini jaga anak, pergi kerja, tidur. Hahaha.

Oh ya, kali ni aku nak share pengalaman aku sepanjang aku kerja di perlis dah masuk tahun ke2 ni. Alhamdulillah. So far takde masalah language sangat pun sebab sebelum ni aku memang pernah belajar dikedah, ramai jugak kawan kawan yang memang asal sini. So kalau nak sembang dengan customer dekat sini tak ada masalah sangat. Aku memang suka kalau customer cerita masalah mata dia, masalah kesihatan dia sebab semua tu aku boleh masukkan dalam column history taking sebelum aku ke next step iaitu “refraction” atau malay term “proses cek mata”. 

Proses cek mata ni ada dua kategori. Objective refraction dan subjective refraction. Objective refraction selalunya cek mata customer yang mengunakan mesin autorefractometer. Kemudiannya akan di periksa untuk diconfirmkan power mata dalam bilik refraction oleh optometrist yang bertauliah. 



Kalau cek mata dekat kedai cermin mata dapat result macam ni dipanggil objektif refraction. Masih tidak tepat. Kalau kalian buat spect guna result ni adalah salah disisi akta optik. Kalian perlu confirmkan pemeriksaan mata dalam bilik dengan pegawai optometrist yang bertauliah. Lepas tu baru betul betul boleh confirmkan power kalian yang sebenarnya. 

Trial frame with set of trial lens. 
Yang ni salah satu cara untuk refine optimum power untuk korang. Korang perlu pakai frame old school yang bulat dan sedikit berat tu sepanjang proses cek mata nanti. Jangan risau. Tak lama sangat pun cek mata. Bergantung kepada masalah penglihatan korang. Selalunya ambil masa 10-20minit. 

Ataupun..

Yang ni dipanggil phoropter. Yang ni alat lebih moden untuk confirmkan power korang semua. Korang perlu rapatkan muka ke phoropter tersebut.

Waktu cek mata dalam bilik refraction ni penting sangat sebab ianya memerlukan komitmen yg tinggi oleh customer itu sendiri. Jadi bila optometrist tanya dalam tu tolong jawab elok elok ye. Pernah ada sekali dua aku kena hadap dengan customer yang 24jam tak boleh berenggang dengan handfon langsung. Sampai dah masuk bilik cek mata pun sibuk duk reply whatsapp sibuk duk bervoice message lagi. Aku yang duduk dekat sebelah ni macam tunggul kayu tunggu depa ni bila nak sudah main fon.  

No no no. Bukan maksud aku dekat sini tak boleh main fon lansung tapi kalau boleh bila dah masuk refraction room sebolehnya fon tu letak tepi dulu tinggalkan dekat luar bagi family atau kawan dekat luar bilik refraction tolong jagakan sekejap. Sebab bila masuk bilik refraction yang gelap, anak mata kita akan dilate (besar), bila main fon waktu ni cahaya banyak masuk kedalam mata dan mungkin waktu optom sedang check boleh induce silau ataupun terlebih power waktu nak prescribe. So memang tidak disarankan main fon ketika ni sebab mungkin akan bagi effect untuk result subjective refraction nanti. Boleh jadi terlebih power ataupun terkurang power.

Sebab itu dalam kes ni, aku sangat marah dengan customer yang takdan dan dengan handphone dia. Kalau customer yang macam ni kalau nak claim masalah power mata dilain waktu kami tak akan layan. Siapa suruh main fon sangat kannn. 

So ingat yaa kawan kawan. 

Sayangkan mata.
Telefon tu bila bila boleh main.
Optometrist pun manusia biasa.
Tak boleh lari dari perasaan marah. Haha. :p

Sekian,