Pages

Monday 19 March 2018

Krabi, Feb 2018

Alhamdulillah sempena Chinnese new year tahun ni dapat cuti 3hari. So suami suggest pergi Krabi memandangkan Thailand dekat je dengan Perlis ni. Kalau drive sendiri ambil masa 5jam nak ke Krabi. Kami lalu ikut sempadan Wang Kelian untuk masuk sana. Bertolak seawal 7pagi sampai dekat pejabat imegresin pkul 8.00pagi macam tu. Masa tu ramai jugak orang kena beratur dalam 30minit macam tu nak sampai turn. Nasib baiklah kami sampai awal jugak. Sebab waktu sampai turn kami tu kami kalih belakang tengok sampai keluar pagar orang beratur. MasyaAllah, dasyat betul. 


Sampai krabi kami check in di Smile Hotel, dekat dengan Pantai Ao Nang. Disambut dengan dua ekor gajah duduk diatas katil. Kemain Hana seronok ye. Dekat sini kami check in bajet hotel sahaja, sebab kami lebih kepada nak cuci mata dan food hunting. Balik hotel untuk tidur semata. Untuk satu malam harga dalam RM100.




Lepas check in solat jamak zohor asar kami ke 7 Heaven. Tapi kami silap timing waktu kami sampai tu pukul 3petang. Matahari masih tegak terpacak. Panass ceng ceng. Itu kami duk pakaikan Hana topi nak elak dari panas kepala. Payung pun kami bawak sekali. Dalam 7 Heaven ni ada waterpark jugak. Tapi rasa macam tak sesuai nak mandi waktu tu sebab panas sangat. Tapi aku heran ramai pulak budak budak mandi dekat situ. Tak hangat ke adik oiii?? 


Hana duk perati je budak budak duk mandi kolam. Sekarang ibu perhati Hana suka tengok budak budak duk main. Dekat taman permainan dia pun duk perati je orang duk main. Haha 🤣



Ini first time ibu ayah exposed Hana dengan rumput. Dia teruja gilaa. Dia duk ramas ramas rumput tu. Exposed budak budak dengan dunia luar bagus dapat merangsang deria sentuh anak anak. Itu yang penting.

Tengok tu dia masih teruja. 


Dekat 7 Heaven ni tempat dia cantik. Sesuai untuk dibuat photoshoot. Gambar dia sangat colourful. Husband aku ada belikan tripod untuk phone. Tu yang kami sakan bergambar dimana mana. Takde masalah sebab ada tripod boleh snap gambar satu family. Tapi kena hati hati gak ah. Takot tetiba lesap pulak phone dengan tripod skali. Nangis tak berlagulah yaaaaa.

Sian dia. Kepenatan dah jalan tengah tengah panas. 

Lepas ke 7 Heaven kami jalan jalan ke Aonang Beach sebelum balik hotel.  Banyak gerai gerai tepi jalan sepanjang Aonang Beach tu. Untuk first gerai kami makan nuttela crepe. MasyaAllah, sedap gileeeeerrrr. Yang ni aku share ngan husband. Itu pun rasa macam tak cukup. Terpaksa kawal nafsu makan takleh makan manis manis banyak sangat. Kena jaga kesihatan tauuu dalam berfoodhunting tu. Kena beringat selalu. Untuk nutella crepe ni satu 60bath. 

Lepastu beli ayaq nyoq pure. Sedap jugak rasa ayaq nyoq pure lah. Haha. Tapi satu je. Beratttt. Susah aku nak bawak nyoq seketul ke mana mana. Mana nak tolak hana lagi. Last skali minum bagi habis, buang lepastu sambung jalan lagi. Haha. 


Next husband pulak teringin makan Padthai. Sedap jugak ah. Aku sempat merasa dua suap sebab perut dah full house. Tak mampu sumbat dah sebab dah minum ayaq kelapa satu bijik. Silap teknik gi beli ayaq awal awal. Haha. 

Yang ini pulak banana smooties. Tekak aku macam tak kena kalau banana dibuat ayaq. Lebih suka makan banana mentah macam tu je. Tapi husband aku kata sedap. Sebab dia memang suka makan segala jenis menu berasaskan banana. Haha. 

Second day kami check out dari Smile hotel, Aonang dan terus ke Emerald pool. Mungkin sebab waktu ni cuti sekolah sempena raya cina. Waktu kami pergi ni memang tersangat ramai orangggg. Agak tak syiok sikit la sebab terhad aktiviti kami. Privasi kureng la jawabnye bila dah ramai ramai ni.

Ni dekat entrance sebelum masuk emerald pool. Kuda kayu mainan kanak kanak. Tengok Hana main kuda pun dah terhibur beria dia. Dekat sini kena hati hati sebab ramai sangat anjing berkeliaran. Tapi bukan anjing liar lah tapi anjing perliharaan orang dekat situ kot. 




Ini second time kami bawak Hana mandi manda tempat awam. Waktu first time dekat Gambang Waterpark tu Hana macam takut takut nangis tengok air. Kali ni Hana dah seronok sampai teruja dia duk tepuk tepuk ayaq. Dia siap merangkak atas batu batu tu. Excited betul dia. 

Sunburn dah anak ibu sorang ni main ayaq seharian. 

Lepastu kami menuju ke lokasi Hotel kedua kami iaitu Krabi City Hotel. Lokasi Krabi City hotel sangat dekat dengan Krabi Night market ambil masa dalam 5minit berjalan kaki. Selepas berehat dihotel malam tu kami ke Krabi Night market. Tempatnya sangat besar. Macam macam ada terjual disana. Ada makanan,minuman, cenderahati, pakaian, bag dan macam macam lagi accessories lain. Semua murah murah dan berbaloi untuk dibeli. Dekat sini kena hati hati jugak sebab ada jugak makanan non-halal dijual. Masa kamii tengok tu siap ada satu gerai jual daging membuat hiasan kepala b**i atas meja dia. Gilaq seram tengok kepala seketul real camtu. huhu. 
Gambar daripada Google. 

Yang ni kami beli di night market berharga 100bath sepaket ada 5 pencil case. 100bath bersamaan RM12.50 duit kita. Murahkan???!! 

Yang ni 100bath sehelai. Ibu beli untuk Hana dan sepupu Hana, Gibran dan Aryan. Comel sangattt. Tu ibu beli. Gerammm.





Ni baju kami beli dekat luar pintu emerald pool. Murah ja. Baju ibu dan ayah 199bath setiap satu lebih kurang rm25 duit malaysia. Baju Hana 100bath bersamaan rm12.50. Kain pun selesa tak panas. Keesokkannya kami checkout siap siap nak balik perlis dah. Tapi sebelum pulang tu kami singgah ke Hatyai. Nak pi tengok floating market orang kata kat situ banyak makanan best jugak.  

Tadaa. This is floating market. 

Dekat sini makanan pun murah murah dan sedap. Pulut mangga 20bath jaa tapi sedap dia ya ampunnnnn. RM1 kita bersamaan 8bath duit depaa. Ampa kira sendirilah murah ka idokkkk. Dahlah rasa dia sedap gilaaaa. Silap beli satu je. Memang tak cukupppp.


Yang ni ayaq kelapa tapi harga dia berbeza beza ikut bekas yang dipilih. Kalau dalam tembikar tanah liat tu mahal sikit. Aku lupa berapa dah. Tapi untuk setiap satu berpatutan lah beli. Tembikar tu kita boleh buat balik untuk dijadikan kenang kenangan. haha. 


Sebelum balik perlis kami singgah solat di masjid songkla untuk menunaikan kewajipan seorang hamba. Luas dan cantik. Selesa sangat. Tengok tu.. cantik untuk bergambar potrait bersama orang tersayang jugeeee. hehe. 

Overall pengalaman di Krabi dan Hatyai sangat seronok. Tapi untuk cuti yang 3hari memangg tak sempat nak tawaf semua tempat. Memang tak cukup nak pergi semuaaa. Kalau ampa nak pergi better ampa semua apply cuti banyak sikit. Baru syiokk nak gi melancong semua tempat menarik dekat krabi. Dan kalau nak privasi lebih better ampa semua pergi waktu hari biasa bukan waktu public holiday. Barulah tak perlu nak berhimpit himpit dengan orang ramai. Hehe. Kami pun ingat nanti nak pi lagi ni sebab seronokk. 

Sekian,

Terima kasih.


No comments: