Pages

Showing posts with label Segmen. Show all posts
Showing posts with label Segmen. Show all posts

Thursday, 23 February 2012

Segmen Tambah Follower Tanpa Blogwalking by MD





Best jugak kalau ramai follower kan.. boleh tambah kenalan. Mana tahu bertemu jodoh sesama blogger plak lepas ni.. Oppss~ ^_^

Bagi GBM setuju dengan cara Mr.Doctor. Sistem grouping lagi bersistematik. Kalau 10 dalam 1 group macam tak berbaloi lah pulak.. Seciput je.. Kalau 50 ok! 100 pun ok! Lagi ramai lagi meriah. :)

Sekian,

Thursday, 16 February 2012

BEN ASHAARI TANYA KAU BERANI KRITIK BLOG AKU TAK ?

BEN ASHAARI
Kat dunia ni memang tak boleh lari dengan pelbagai ragam manusia.. Ada yang nampak baik tapi sebenarnya jahat. Ada yang nampak jahat tapi sebenarnya baik.. Memang kesemuanya diluar firasat seseorang. Mata yang melihat mata jugak yang menafsir.. dan dari sini bermulalah adegan suka dan benci. Meluat dan menyampah..Tapi kita,para blogger hidup dalam alam maya.. Sama ada nampak dengan yang tidak nampak. Mungkin ada sebahagian yang mengenali diri kita..mungkin jugak yang tidak mengenali itu lebih ramai... Dan kebanyakan blogger mengharapkan identiti daripada penulisan sebagai pengenalan peribadi kita. Baik yang di taip baik jugaklah si blogger tu bukan?

Samalah macam aku.. selama ini aku banyak menaip kisah-kisah harian aku yang entah merapu-rapu tanpa mempeduli keadaan sekeliling.. Otak ligat berputar dan jari-jemari lincah menaip.. mulut..? Of courselah tak memainkan peranan apa pun! Kan tak pasal-pasal mak aku ingat anak dia dah kena sawan cakap depan laptop sorang-sorang. Mahu tak ke tanjung rambutan aku karang. -.-"

Aku tak tahu yang depa semua ni sukakah? atau.. benci kah? atau meluatkah? Aku buat hal sendiri je.. Bila gembira.. menaip.. bila sedih..pun menaip! Dan hari ini.. peluang sudah terbuka luas. Segmen yang diadakan oleh Ben Ashaari aku mahu manfaatkan seboleh-bolehnya. Sekarang aku benar-benar nak tahu adakah ekspresi anda terhadap disebalik laman GBM? Kalau boleh jujur sejujurnya.. Aku tak marah haiihh.. Setiap manusia pasti melakukan kesilapan.. Kalau tidak ada yang tegur bila lagi nak berubah..? :)

p/s: Amacam ada bran??

Sekian,