Pages

Showing posts with label 2016. Show all posts
Showing posts with label 2016. Show all posts

Monday, 23 January 2017

WELCOME 2017


2016

28 March 2016:
GBM become an aunty! Mak ayah dapat first cucu dan aku dapat first anak sedara. Excited dia macam dapat anak sulung sendiri. hihi. 


29 April 2016: 
GBM's Convocation Day. Officially dapat degree in Bachelor of Optometry. Ingatkan mak ayah tak dapat nak join sebab kakak kan sedang dalam pantang. Alhamdulillah, mak ayah, yuni dan najwa dapat datang memeriahkan majlis. Dan tak ketinggalan ex-crush zaman matrik pun datang yaww. =p


4 June 2016:
GBM getting engaged. With who? Dengan dia ex-crush zaman matrik yang datang masa konvo tadi tuww. haha.


10 September 2016:
GBM getting married! Dengan si tunang yang datang masa konvo tu jugak. 


30 December 2016:
GBM dapat second anak sedara. Gibran Alvan! Of courselah bukan dari kakak yang sama. Yang ni kakak yang sulung. Sekarang masih lagi berpantang dirumah. Semerbak bau baby dalam rumah ni. Nyamannnn betul bau dia! 


Alhamdulillah. Penutup yang baik untuk tahun 2016 dengan kehadiran ahli baru dalam keluarga kecil kami. 3 orang baru dalam masa setahun. Seorang menantu dan dua cucu. Who will expect this kan? Senyum sendirian bila imbas kembali. Alhamdulillah Moga tahun tahun yang mendatang lebih baik untuk kami sekeluarga. InsyaAllah. 



2017
InsyaAllah. Another grandchildren will coming soon. 
Nervous but excited. 
Doakan kami moga selamat semuanya. 



Ahlan wasahlan 2017. 


Sekian, 

Sunday, 14 August 2016

Kehidupan sebenar Optometrist


Alhamdulillah. Masih diberi ruang dan peluang untuk melebarkan sayap sayap cinta atas ruang maya yang dirindui. Maafkan patik atas ketidakmampuan diri kerana tidak mampu melawan rasa malas yang membuak dalam diri ni. Sampaikan puasa dah habis, raya pun dah berlalu. Dah nak masuk raya haji baru rasa rajin datang. Isyk2. 


Life as an optometrist is not an easy. Lagi lagi bila kerja dalam optical shop plus dalam mall yang working hour bagai nak baraii otak kerja kerja kerja. *amboi macam busy sangat bunyinye.* Sebenarnya kerja dalam mall ni bergantung kepada keadaan jugak. Kalau customer ramai, memang tak boleh nak duduk. Sedar sedar tengok jam huish dah 2 jam aku berdiri tak duduk duduk check mata orang tak henti henti. Raya haritu pun orang lain cuti aku tak dapat cuti pun. Raya sekerat hari je. Sempatlah bersalam salaman dengan family dan beraya rumah sedara mara. Pukul 2 aku balik rumah solat kejap pastu tido. Sebab nak masuk kerja pulak.  Aku ada borak dengan mak seminggu sebelum syawal berlalu.. 

"Mak, orang rasa raya tahun ni tak best la. macam tak meriah."

"Nak meriah amendenye dah kamu tu kerje je manjang. Orang beraya dia kerja."

"Dah nak buat macam mane.. tanggungjawab." hihi. sengih macam kerang busuk. 


Walaupun dapat double paid sebab kerja first hari raya... tapi value of the ukhwah during hari raya tak ternilai dek wang ringgit. Betol! sebab aku rasa tahun ni aku dapat kira dengan jari berapa buah rumah je aku sempat pergi beraya. Ada dalam lima kot. eh. tak pun enam. haaa. lebih kurang macam tu lah. 


Tapi yang special tahun ni sebab aku dapat memberi duit raya untuk adik adik, dan sedara mara. Yang mana aku sempat beraya aku bagi yang tak sempat kita jumpa tahun depan ye. InsyaAllah. Konsep duit raya aku lain skit. Yang mana masuk U dapat lebih. yang masih sekolah dapat kurang. Sebab aku tahu ke"dhaif"an hidup seorang mahasiswa ni. Dah lah berjauhan dengan keluarga, duduk kolej makanan mahal mahal. Makan pun sehari sekali je.  Nak beli buku rujukan budak U bukan semurah buku ABC..harga beratus ratus. Barai poket nak beli buku demi sebuah masa depan. Nak mintak duit dengan mak ayah segan bagaikan diluah mati emak ditelan mati bapak. I know that feeling bro. It too difficult to describe. 

Back to the reality life. Pejam celik pejam celik dah hampir setahun aku dalam bidang optical. 1 Sept 2016 genap setahun GBM bergelar Optometrist sepenuh masa. Alhamdulillah. :)

Alhamdulillah
Sepanjang tempoh hampir setahun kerja macam macam ragam customer yang aku jumpa. Ada yang kepoci, ada je benda yang dia nak tanya. ada yang pemalu.. suruh baca huruf kat depan, ya ampun suara macam kentut dalam kain dengar pun sipi sipi je. Yang paling best kalau check mata budak budak siap nak mintak mak dia temankan. No no no. Rule GBM. Parents cannot enter refraction room. Salah satu sebab nanti anak dia akan jadi manja tak boleh nak baca huruf dekat depan. Yang ni aku belajar masa aku praktikal dulu. Banyak yang aku belajar masa aku praktikal dulu aku boleh aplikasikan masa aku kerja ni. Antara yang lain ialah handle customer pekak dan bisu. Yang ni kalau takde pengalaman ni, mahu gabra parkinson seluruh badan kalau tetibe first time dapat customer macam ni. Yang ni aku pernah story dekat previous entry SINI


Betulah orang cakap. Pengalaman mematangkan usia seseorang. Manusia ni belajar daripada pengalaman. Tiada hari semalam maka tiada kenangan yang dicipta untuk hari mendatang. Hurm. Sebut pasal usia.. tak lama lagi dah nak masuk 24 dah cik GBM ni. Haish. Rasa macam tak leh terima hakikat je lagi 6 tahun nak masuk 3 series. Ya Allah. sekejap sangat masa berlalu ni. Nervous pulak tetiba nak menjengah ke bulan September ni. 

Semoga Allah permudahkan urusan kita semua dunia dan akhirat. 

InsyAllah.

Doakan GBM semoga terus success dalam bidang ini. Moga kita semua lebih ikhlas dalam bekerja. InsyaAllah. 


Sekian, 


Terima kasih. 

Wednesday, 10 August 2016

JODOH

Saat kita menyukai seseorang,
kemudian kita lupakan, dan tinggalkan.
mungkin kerana berjauhan jarak dan masa. 

Lalu kita memilih untuk menyibukkan diri
-belajar, sekolah, bekerja, dan meniti kerjaya.

Maka jika memang jodoh, 
dia akan kembali dengan cara yang menakjubkan.

Sampai kita sendiri tak terduga.
-Begitu hebat aturan DIA. 


"Ada rindu yang tak terucapkan. Tapi diganti dengan sayap-sayap doa yang berterbangan ke langit Tuhan."


Kerana tiada sebuah doa yang sia sia disisi DIA. 


Sekian,

Monday, 2 May 2016

Kisah konvo GBM

Alhamdulillah setelah tertunggu berbulan bulan lamanya, semalam merupakan hari terakhir konvokesyen day kali ke-84 yang berlangsung di UiTM Shah alam yang melibatkan fakulti perubatan, fakulti pergigian, fakulti sains kesihatan dan fakulti farmasi. Tarbiyah sabar buat anak anak graduan UiTM. 8bulan kerja + sebulan mengganggur baru diberi peluang untuk merasai naik pentas. Sampaikan yang single dah pun berdua, yang berdua dah pun bertiga, yang anak dara dah pun bergelar makdara. Bulan 7 tamat sesi kuliah, bulan 8 menganggur sekejap sebab nak beraya puas puas. hihi. Bulan 8 dapat tahu kakak pregnant, bulan 3 dapat baby. Dan sekarang itu dia makcik GBM in the house. 

Sebenarnya aku pun tak harap sangat sejambak bunga. Jenis dok berahi mane bunge orang ganu kabo. Lebih gemarkan sejambak coklat. Prinsip kenyang perut lebih dipegang oleh seorang GBM berbanding kenyang mata bergambar dengan bunga. Tapi bunga buat bergambar cantik gak ah. Haha.

MasyaAllah. Sedapnya lahai. Duit pun sedap je keluar. haish

Coklat. Coklat. Coklat. Hailaa. GBM always like that la.
Did you know the fact that choclate is the best therapy in handling stress. Nak cakap GBM ni mudah stress je sebenarnya. Haha. Kerongsang hilang pun boleh stress tau. *urut kepala pikir letak mana*. Pastu gemuk salahkan penimbang kenapa setiap bulan bergerak dikedudukan lain. 


Ada jugak yang sudi kasi GBM bunga beserta bebear putih melepak. Terime kasih ler ye. 

Nak balik konvo semalam someone knocking the car window to give something. And it was the t-shirt with  some sweet letters on it. Terima kasih. Rasa macam unik plak konvo dapat hadiah tshirt. Because having tshirt on convocation day is too mainstream. Hurm. 

Dan sipemberi tshirt adalah sama dengan pemberi bunga. 

Kadang kadang rasa macam dalam kisah novel cinta tak kesampaian pulak. Jalan cerita tu tanpa sengaja terselit pickupline yang tak terduga tapi... Ade ke novel cinta yang mengisahkan suka duka pahit manis seorang optometrist? Haha hambar pickupline. 

Nak pakai topi pun seksa sampai merah muka muka. Last skali mintak mak pakaikan. Terima kasih mak. Nasib baik mak ikut datang konvo kalau tak takde orang nak tolong pakaikan GBM topi konvo dan hood yang seksa nak pakai bagi kemas. :')


Gadis disebelah merupakan kakak sehari kite. Sehari je beza tarikh lahir. Kalau mak dia tahan lagi sehari jadi kembar lah kite. Hihi. Terima kasih datang jenguk kakak sehari.



Meet very close person with GBM during the whole session in UiTM. Rakan usrah, rakan classmate, rakan roomate.. Semua dia sapu. Senang dibawa sembang sebab beliau ni pun blogger jugakk. Orang jati key el. Selalu je dapat can jumpa retis retis. Thank you fatin susah senang banyak bantu Kite. Nanti kawen jangan lupa jemputt tauuu. Kalau tak merajuk setahun. Haha


Ootd GBM begitu semangat UITM membara. Ikut warna tema UiTM warna ungu. Maklumlah lepas ni bila pulak dapat masuk UITM lagi. Baju GBM disponser oleh mak sedara, shawl pula disponser oleh kawan baik GBM; ibu wani, dan kasut ditaja sdn.bhd oleh GBM dibeli dua hari sebelum konvo. Selepas dipaksa beli oleh staff staff satu kerja. Kalau ikutkan nak je pakai kasut kerja tu. Boleh save duit buat pergi umrah hujung tahun ni kan. InsyaAllah. 


Tadi ada aweks call nak datang drop by dekat umah. Katanya nak bagi "something". Sweet sangat aweks dua ketol kesayangan GBM ni. Depa ni memang "sangat membantu" GBM dalam menjaga diet seharian ni. Chocolate lover mana yang tak menggelupur tengok coklat banyak banyak macam ni. Tapi GBM tak makan sekali gus sehari tauu. Nanti tak semena dapat obess. Nauzubillah. Taknakk. Sebulan satu bar choc cukup. Kalau macam dalam gambar ni tolak tambah masa lebih kurang setengah tahun la nak habis. Makan masa stress. Bukan stress untuk makan. Tauu. 

Alhamdulillah tamat sudah kisah konvokesyen GBM kali ni. Terima kasih buat semua ucapan yang baik baik yang diterima. Lusa dah mula kerja. Moga seorang GBM lebih gigih dalam bekerja mencari rezeki nanti hujung tahun ni boleh pergi umrah. Aameen. 

Tahu tak kenapa dulu saya beria nak jadi Optometrist? Supaya saya seorang sahaja yang dapat merawat mata hati awak.
-GBM

*cia cia cia* 
Hahaha hambar. Pickupline pun hambar GBM oii.

Sekian, 

Friday, 22 April 2016

Be good person

Tahniah!
Buat yang ada masalah tapi cuba selesaikan masalah orang. 
Yang sedih, cuba gembirakan orang. 
Yang susah, namun cuba juga nak senangkan orang. 
Terima kasih banyak-banyak. 
Orang macam ni power! 
Moga baik-baik selalu untuk awak semua, insyaAllah.
-Tersenyumelihatlangit.



Saturday, 16 April 2016

How to check the eyes of Special Customer?

Today dealing with special customer which cant hear and cant speak. Aku tak sempat nak belajar bahasa isyarat dengan kakak aku. Kakak aku merupakan seorang guru di sekolah pendidikan khas. Dan bahasa pengantaraan yang digunakan sepanjang pembelajaran beliau adalah bahasa isyarat. So macam mana nak cek mata kalau tak leh dengar dan tak leh cakap?? 


Rileks. Sebab tu pentingnya check mata dengan seorang optometrist bertauliah. InsyaAllah. 


How to ensure optimum refraction archieve? 
100% used objective refraction: retinoscopy. 

Sebenarnya dah pernah ada pengalaman deal dengan customer sebegini masa praktikal haritu. Cuma bezanya masa bergelar student haritu sebagai pemerhati melihat Optometrist dengan strateginya. Sebab dah pernah terdedah dengan customer macam ni boleh aplikasi sendiri harini dengan tenang tanpa gelabah. Alhamdulillah. 


Kalau masa bergelar student haritu skill retinoscopy ni amatlah penting bagi seorang Optometrist. Kalau failed practical exam retinoscopy ni mana layak seorang student optometrist bergelar Optometrist. Banyak kali jugak aku jumpa supervisor clinic mintak ajar technique yang betul dalam retinoscopy. Biar nampak bodoh mula mula jangan jadi bodoh sombong dikemudian. Betul tak? Hihi. *Bukan bodoh tau... Tak baik cakap orang bodoh cuma otak dan tangan kurang cekap je sikit. Kalau usaha lama lama boleh jadi pandai dan cekap. 


Yang ni part yang paling aku cuak jugak dulu masa nak dekat dekat exam. Takot dapat case susah susah. Haha. Masa exam pun aku pernah je fail yang ni sebab aku gelabah tengok muka examiner yang psiko garang gilaaa. Kali kedua aku " jampi" baca ayat kursi hembus slow slow dekat examiner tu bagi lembut hati skit jangan kelat sangat muka tu. Takottt kot. Haha

Retinoscopy ni penting terutamanya nak check mata bagi customer/pesakit yang ada masalah pertuturan. Macam budak kecik yang masih tak kenal huruf, bayi dan insan special macam ni.:)) 

Kalau kerja dekat hospital retinoscopy ni compulsory. Wajib buat dekat semua patient. Wajib. Sebab melalui retinoscopy ni dapat differential diagnosis certain certain penyakit mata. Pesakit malingerer pun boleh detect tauuu. Nak nak budak budak yang mata tak rabun tapi buat buat rabun sebab nak pakai spect. Haihh. Geleng kepala akak tengok gelagat adik adik ni. Dekat optical shop ni sebab nak cepat takot customer emo sebab tunggu lama so kalau yang normal aku skip je yang ni. Maafkan patikkk. 


Tahu tak macam mana seorang optometrist mengecapi rasa bahagia? 

Bila customer lebih lebih lagi insan special sebegini senyum lebar pakai trial lens sambil angkat kedua ibu jari keatas. 

👍🏻👍🏻😊

*Credits: gambar 2 dan 3 ihsan mr google.


Sekian, 


Tuesday, 12 April 2016

Ubat gatal

Semalam aku pergi klinik sebab macam tak sedap badan. Batuk batuk dan selseme.
Dah check check semua doktor kasi MC satu hari rehat dekat umah dan beberapa jenis ubat.


"Aik? Ubat gatal??"
"Makan bila gatal ye."
"Tapi saya tak de gatal gatal pun. Tersalah bagi ubat kot ni."
Berkerut dahi nurse/pharmacist yang bagi ubat tu.
"Kejap saya tanya doktor."

lepas tanya doktor, beliau pun cakap.
"Ubat ni ada dua fungsi. Selsema dan untuk gatal gatal."

Bila tengok nama ubat baru aku ingat.. Laaa. Loratadine! Memang la.
Tiga sem kot amek subject berkaitan pharmacy dulu. Haihhh.

Betul la melayu mudah lupa. Tak yah tengok orang jauh.. tengok diri sendiri je.

setempek kena. haha.


Tu lah dulu belajar untuk lulus exam je. Bila dah masuk real life dah kerja.. 99peratus lupa terus. Minumlah air bersemut banyak lagi yer cik GBM. hahahaha hambarrr.


Beberapa minggu lagi nak konvo. Demam konvo agaknya ni. Hurm. 


Sekian,

Saturday, 12 March 2016

Ketupat Sotong

One of my favourite things. Sebenarnya dah lama sangat aku mengidam benda alah ni. Aku pun dah lupa bila last aku makan. Lama sangat dah aihh. Satu hari tu ternampak member post dekat facebook. Menjejeh jejeh bagaikan seorang wanita mengandung yang mengidam... OVERRRR!


So beberapa hari lepas aku pun pergilah survey sotong dekat giant. Aku tak reti pergi pasar sorang sorang. Maafkan patik. Kalau penjual tu nak tipu aku bagi ikan fresh padahal tak fresh pun aku percaya. Wallahi aku takde ilmu pasal pemilihan makanan segar untuk dimasak. Kalau mak aku suruh beli ikan segar dekat giant ni... aku sendiri kompius. Ikan segar tu mana nak tahu? Mata merah ke mata putih? Kesudahnya buat buat lupa nak beli. haha.


Balik dari giant google resepi 'Cara cara membuat sotong sumbat aka ketupat sotong.'
Aku taknak caras resepi orang letak dekat blog aku. Nanti digelar plagarism tak berhemah. So kalau korang pun teringin nak makan boleh lah google. Semua dihujung jari je sekarang. *kenyit mata*


So apa point GBM post entry ni??? Pointnya aku nak bagitahu... aku tak reti masak. Dulu mak selalu tekankan blajar sampai pandai. So aku blajar je lah sampai pandai sampai lupa nak masuk dapur. huhu. Bila dah tua bangka ala ala makcik makcik dan customer semua panggil aku kakak takde dah panggil adik manis comel loteyy. haha. barulah insaf menyesal kecik kecik dulu malas belajar masak. Better late than never, right?


Tadaaa. Percubaan pertama yang amat memberangsangkan. *Big applause* Sebab aku dah rasa satu dan hasilnya menjadi...dengan beraninya aku bawak ke tempat kerja untuk dikongsi kejayaan aku yang tak semegah. Aku cakap dekat mak aku yang aku berjaya masak ketupat sotong. Mak aku pulak was was tanya balik.. "Menjadi ke dokkk?" Isyk. menyesal pulak pergi cerite. 

Mungkin mak aku rasa aku tak reti masak pulut dia kot. haha. Memang aku was was jugak macam mana nak pastikan pulut dalam perut sotong tu benar benar masak. Aku pun google laaa. Beras pulut tu kalau nak cepat masak.. Kena kukus dulu separa masak. Pengukus rumah aku lobang besar besar. boleh jerlus beras dalam pengukus tu. So aku guna ikhtiar pakai penapis sayur besi lalu digunakan sebagai 'orang tengah' antara periuk dan penutup periuk. hahaha. Critical thinking applied here! 


Nyum. Nanti ada rezeki lebih aku borong sotong banyak banyak nak buat lagi. InsyaAllah. Sekarang aku pun tengah pikir aku suka makan apa lagi eh. haha. Sekarang aku tengah diet. Due diet esok dah tapi berat tak berapa nak turun pun. hadoiii. bikin picit kepala betul. 


Girls out there... If people said... "Perempuan belajar tinggi tinggi tapi sayang tak reti masak." Jangan sedih. Dunia sekarang dihujung jari kita semua. Bukak fon dan search menu sedap sedap. Sekali bukak langkah di dapur... Makcik sebelah rumah pun terkedu terus nak buat menantu. Ecehh. 


Sekian,

Tahun baru

Bismillahirahmanirahim. 

Setahun berlalu GBM sepi tanpa khabar berita. Busy betul GBM yer. Nak kata busy takde lah busy sangat pun. Kalau mula mula kerja dulu memang tak dinafikan memang mudah sangat letihnya. Balik kerja terus tido. Sekarang dah masuk 7 bulan kerja. Alhamdulillah. Kerja shift biasa lah. Kalau pagi ada masa sebelah petang boleh la rehat rehat. Kalau kerja shift tengah hari ada masa pagi tu kite sambung lena balik lepas subuh. Masa tu ada je sebenarnya tapi diri sendiri lebih kepada malas sebenarnya nak bukak laptop. Laptop zaman belajar dulu dulu penuh memory dengan nota nota kuliah dan jurnal jurnal. Lembap mengalahkan siput jadinye bila nak start laptop. Nak buang content sayang. Mana tahu nanti ada rezeki Allah nak sambung master ke. Kot kot la kan. We never know what will be in future. Kunfayakun. :))


InsyaAllah bulan depan budak budak degree UiTM bakal konvokesyen. Dengar kabar untuk Fakulti Sains Kesihatan bakal jatuh pada penghujung April ni. Tahniah buat semua. Finally semua penantian bakal berakhir. Aku pun last konvo time form 5 dulu. Ni dah hampir 2/3 tahun kerja baru boleh konvo. Benar benar tarbiyah sabar anak anak UiTM kan. hehe. Dah cakap dah dekat mak tarikh konvo. Mak pun macam serba salah nak pergi ke tak sebab masa tu kakak aku dijangka baru lepas bersalin. Aku pun dah rasa kemungkinan benda ni bakal terjadi. Takpelah. Nafsu konvo pun dah tak semegah masa nak siapkan research haritu dah. InsyaAllah ada rezeki bolehlah pergi kalau takde takpelah. Konvo tak penting sangat. Yang penting semua selamat. Aku pun dah selamat 7 bulan dah kerja. Bulan depan bakal dapat title makcik dah ni. Yeayy. 
Doakan moga semuanya selamat. 
First cucu for mak ayah.
First anak sedara for me. 


Sekian,