Pages

Showing posts with label KerjaKerja. Show all posts
Showing posts with label KerjaKerja. Show all posts

Saturday, 16 April 2016

How to check the eyes of Special Customer?

Today dealing with special customer which cant hear and cant speak. Aku tak sempat nak belajar bahasa isyarat dengan kakak aku. Kakak aku merupakan seorang guru di sekolah pendidikan khas. Dan bahasa pengantaraan yang digunakan sepanjang pembelajaran beliau adalah bahasa isyarat. So macam mana nak cek mata kalau tak leh dengar dan tak leh cakap?? 


Rileks. Sebab tu pentingnya check mata dengan seorang optometrist bertauliah. InsyaAllah. 


How to ensure optimum refraction archieve? 
100% used objective refraction: retinoscopy. 

Sebenarnya dah pernah ada pengalaman deal dengan customer sebegini masa praktikal haritu. Cuma bezanya masa bergelar student haritu sebagai pemerhati melihat Optometrist dengan strateginya. Sebab dah pernah terdedah dengan customer macam ni boleh aplikasi sendiri harini dengan tenang tanpa gelabah. Alhamdulillah. 


Kalau masa bergelar student haritu skill retinoscopy ni amatlah penting bagi seorang Optometrist. Kalau failed practical exam retinoscopy ni mana layak seorang student optometrist bergelar Optometrist. Banyak kali jugak aku jumpa supervisor clinic mintak ajar technique yang betul dalam retinoscopy. Biar nampak bodoh mula mula jangan jadi bodoh sombong dikemudian. Betul tak? Hihi. *Bukan bodoh tau... Tak baik cakap orang bodoh cuma otak dan tangan kurang cekap je sikit. Kalau usaha lama lama boleh jadi pandai dan cekap. 


Yang ni part yang paling aku cuak jugak dulu masa nak dekat dekat exam. Takot dapat case susah susah. Haha. Masa exam pun aku pernah je fail yang ni sebab aku gelabah tengok muka examiner yang psiko garang gilaaa. Kali kedua aku " jampi" baca ayat kursi hembus slow slow dekat examiner tu bagi lembut hati skit jangan kelat sangat muka tu. Takottt kot. Haha

Retinoscopy ni penting terutamanya nak check mata bagi customer/pesakit yang ada masalah pertuturan. Macam budak kecik yang masih tak kenal huruf, bayi dan insan special macam ni.:)) 

Kalau kerja dekat hospital retinoscopy ni compulsory. Wajib buat dekat semua patient. Wajib. Sebab melalui retinoscopy ni dapat differential diagnosis certain certain penyakit mata. Pesakit malingerer pun boleh detect tauuu. Nak nak budak budak yang mata tak rabun tapi buat buat rabun sebab nak pakai spect. Haihh. Geleng kepala akak tengok gelagat adik adik ni. Dekat optical shop ni sebab nak cepat takot customer emo sebab tunggu lama so kalau yang normal aku skip je yang ni. Maafkan patikkk. 


Tahu tak macam mana seorang optometrist mengecapi rasa bahagia? 

Bila customer lebih lebih lagi insan special sebegini senyum lebar pakai trial lens sambil angkat kedua ibu jari keatas. 

👍🏻👍🏻😊

*Credits: gambar 2 dan 3 ihsan mr google.


Sekian, 


Tuesday, 12 April 2016

Ubat gatal

Semalam aku pergi klinik sebab macam tak sedap badan. Batuk batuk dan selseme.
Dah check check semua doktor kasi MC satu hari rehat dekat umah dan beberapa jenis ubat.


"Aik? Ubat gatal??"
"Makan bila gatal ye."
"Tapi saya tak de gatal gatal pun. Tersalah bagi ubat kot ni."
Berkerut dahi nurse/pharmacist yang bagi ubat tu.
"Kejap saya tanya doktor."

lepas tanya doktor, beliau pun cakap.
"Ubat ni ada dua fungsi. Selsema dan untuk gatal gatal."

Bila tengok nama ubat baru aku ingat.. Laaa. Loratadine! Memang la.
Tiga sem kot amek subject berkaitan pharmacy dulu. Haihhh.

Betul la melayu mudah lupa. Tak yah tengok orang jauh.. tengok diri sendiri je.

setempek kena. haha.


Tu lah dulu belajar untuk lulus exam je. Bila dah masuk real life dah kerja.. 99peratus lupa terus. Minumlah air bersemut banyak lagi yer cik GBM. hahahaha hambarrr.


Beberapa minggu lagi nak konvo. Demam konvo agaknya ni. Hurm. 


Sekian,

Saturday, 12 March 2016

Tahun baru

Bismillahirahmanirahim. 

Setahun berlalu GBM sepi tanpa khabar berita. Busy betul GBM yer. Nak kata busy takde lah busy sangat pun. Kalau mula mula kerja dulu memang tak dinafikan memang mudah sangat letihnya. Balik kerja terus tido. Sekarang dah masuk 7 bulan kerja. Alhamdulillah. Kerja shift biasa lah. Kalau pagi ada masa sebelah petang boleh la rehat rehat. Kalau kerja shift tengah hari ada masa pagi tu kite sambung lena balik lepas subuh. Masa tu ada je sebenarnya tapi diri sendiri lebih kepada malas sebenarnya nak bukak laptop. Laptop zaman belajar dulu dulu penuh memory dengan nota nota kuliah dan jurnal jurnal. Lembap mengalahkan siput jadinye bila nak start laptop. Nak buang content sayang. Mana tahu nanti ada rezeki Allah nak sambung master ke. Kot kot la kan. We never know what will be in future. Kunfayakun. :))


InsyaAllah bulan depan budak budak degree UiTM bakal konvokesyen. Dengar kabar untuk Fakulti Sains Kesihatan bakal jatuh pada penghujung April ni. Tahniah buat semua. Finally semua penantian bakal berakhir. Aku pun last konvo time form 5 dulu. Ni dah hampir 2/3 tahun kerja baru boleh konvo. Benar benar tarbiyah sabar anak anak UiTM kan. hehe. Dah cakap dah dekat mak tarikh konvo. Mak pun macam serba salah nak pergi ke tak sebab masa tu kakak aku dijangka baru lepas bersalin. Aku pun dah rasa kemungkinan benda ni bakal terjadi. Takpelah. Nafsu konvo pun dah tak semegah masa nak siapkan research haritu dah. InsyaAllah ada rezeki bolehlah pergi kalau takde takpelah. Konvo tak penting sangat. Yang penting semua selamat. Aku pun dah selamat 7 bulan dah kerja. Bulan depan bakal dapat title makcik dah ni. Yeayy. 
Doakan moga semuanya selamat. 
First cucu for mak ayah.
First anak sedara for me. 


Sekian, 

Sunday, 15 November 2015

Chef ke?

Fuh. Balik kerja pukul 7.00malam. Rempit seekor kancil plus minus lampu merah sampai la dalam 7.20malam. Macam jauh je tempat keje kome ye. Jauh tak jauh sangat. Pemandu berhemah memang ah camni. Bawak pun 60km je sejam. (Kadang kadang tersasar dari landasan keayuan jugak bila nampak jalan sunyi sepi je bebas kenderaan. Haha) Aku baru je masuk rumah nak siap siap maghrib, yuni dah bagi amaran "Na masak kek, esok ade jamuan."

Ikotkan penat memang rase nak cakap je. "Malasssss. Buat sendiri." Aku rasa nak dekat berpuluh kali ade dia suruh buat kek untuk dia bekal sekolah sejak aku bergelar graduan optometri tanpa konvo. (Takpe GBM...jangan sesedih bak kata member konvo tahun depan takpe janji dah dapat kerja boleh masuk duit bulan bulan dalam akaun tabung haji dekat mak ayah. Cukup masa boleh bawak diorang pergi haji buat kali kedua. Aameen. InsyaAllah. :))
Dengar buat kek macam dah bergelar chef kelas atasan plak GBM ni yer. Tak yah nak atasan sangat ler GBM oii. Satu satunye kek yang aku reti masak kek batik je. Sampai aku pun dah muak makan. Harini aku masak letak dalam peti esok tengok lesap dengan bekas bekas. Memang pencinta cekelat la dalam umah ni.

Lepas solat isyak digagahkan jua nafsu rajin buat kek batik. Sampai habis satu baju terpecik cekelat. Ketung ketang ketung ketang aku sorang sorang didapur bagai seorang chef profesional (calit hidung sendiri sikit.haha). Dapatla 3 bekas hasil satu paket milo, setin susu, sebekas kecik planta. Dan tambahan petua orang dulu dulu baca bismillah, selawat dah zikir masa tengah mengacau baru suami sayang nak tinggal rumah. (Eh eh. Suami belum ada la.) Tak semestinye masak kene ada suami. Masak untuk family lain pun banyak pahala.

Moga yuni dan kenkawan dapat meraikan jamuan akhir tahun dengan penuh bergumbira. InsyaAllah.


Sila tidur awal ye GBM. Besok bangun pagi kena ikhlaskan hati kerja sampai malam. Zzzzz.

Lame tak buat kek coklat gebu gebu camni. Mengancam betul.

Sekian.

Thursday, 12 November 2015

Fulltime optometrist

Alhamdulillah. Pejam celik pejam celik kini aku dah masuk bulan ke3 bergelar Optometrist di salah sebuah optical shop. Pengalaman? Alhamdullillah berjaya menukarkan aku jadi aku yang baru. Lebih banyak senyum lebih banyak cakap. Tapi aku perasan kalau aku cek mata orang tua lebih bagi respond positive sebab kalau cek mata orang tua ni dia selalu ada je nak cerita.
"Dokter kebelakangan ni saya rase mata saya pedih pedih.."
"mata saya berair la doktor."
"Doktor duk mana?"
"Dah kawen belum ni?"
"Jadi menantu saya nak?" Eh eh.


Walaupun dah berjuta kali aku cuba explain doktor dan optometrist adalah dua kerjaya yang berbeza. Asal boleh je la pakcik makcik ye. Tapi kalau cek mata orang muda muda sebaya dengan aku kebanyakannya pemalu. Aku tanya dia jawab slownye lahai. Tapi ada juga customer yang terlebih "hyper". Sampai soalan personal pun ditanya. Kalau soalan personal aku lebih gemar untuk senyum. Ada juga yang bertanya kerje partime ke? Mungkin sebab wajah muda belia kot. Cet. Perasan dah GBM ni.


19 september lalu genap ulang tahun kelahiran aku yang ke 23. Tua dah. Layak bergelar makcik makcik dah aku ni. InsyaAllah tak lama lagi impian bergelar makcik bakal tercapai, hehe. Alhamdulillah. Sedih gak ah time birthday haritu dah lah kene tinggal mak ayah pergi kenduri kawen spupu dekat KL. Kerja pagi sampai malam. Balik kerja 11malam bukak peti ais makan kek krik krik dekat rumah sorang sorang. Minggu depan lepas tu. Geng geng makcik makcik GR, datang melamar GBM tengah tengah surve customer. Terlopong aku depan customer. Gelak customer. Haha. Terharu sebab first time dapat bunga. Tapi bunga tu dah jadi arwah dah sebab dah kering. Waaa. Pasni GBM konvo takyah la bagi bunga hidop. Bagi bunga mati je la. Boleh kekal lama. Gittteww. Tapi konvo UITM tahun depan. Sabor je lerrr...



BFF surprise belated birthday time kerja
 tengah tengah duk busy serve customer.


Bila dah masuk bulan ke3 ni aku rasa macam sesuatu yang kurang la pulak. Rasa macam serba tak kena. Mandi tak basah, tido tak lena, makan tak kenyang. Haaa.. macam tu la lebih kurang. "Nak naik pelamin agaknye ni." Hish. No no. Jangan salah anggap. Aku suka kerja aku sekarang. Staff baik baik suka belanja makan, banyak tolong ajar aku tentang sale. Tapi Kerja aku sekarang tak banyak aplikasikan apa yang aku belajar. Cuma buat basic refraction dan sedikit consultation berkaitan permasalahan. Kurang aplikasi clinical. Macam slit lamp, fundus... Jelous bila ada classmate wassap tanya aku soalan clinical yang mantap mantap. Teringin pulak nak menghadapi real critical thinking environment. Ewah. Time clinic masa di UiTM dulu ketaq lutut handle kes pelik pelik. Haha.




GBM tak minat sambung master ke? Minat tak minat... hurm. Adalah jugak terdetik. Tapi biarlah sekarang aku dalam misi melombong emas pengalaman banyak banyak dulu. Aku baru tahu seronok rupanya perasaan dapat bagi sebahagian gaji pada mak ayah. Maklomlah orang first time keje. Tak penah buat partime, habis degree terus buat fulltime. Alhamdulillah. Setiap hari memberi pengalaman yang berbeza untuk aku. Mungkin harini customer ramai sampai lunch pun tak sempat. Mungkin esok customer takde langsung yang datang sampai menguap sejuta kali kebosanan. Semuanya mengajarkan aku tarbiyah sabar. Senyum dan terus senyum.

  
The Optometrist. Training product session 2.

Sekarang kedai aku sedang buat jualan Akhir Tahun. Murah murah murah.
Boleh datang bagi sesiapa yang tinggal berdekatan daerah kuala terengganu. :)


Sekian,