Pages

Showing posts with label Rumah. Show all posts
Showing posts with label Rumah. Show all posts

Thursday, 3 May 2012

Kaitan BERSIH

Alhamdulillah... pejam celik-pejam celik sudah hampir dua bulan aku kembali kepada lumrah kehidupanku sebagai seorang pelajar setelah hampir seminggu bercuti. Argghhh.. kalau diikutkan hati mahu sahaja aku meng 'mc'kan diri agar aku bisa melepak chill di rumah bersama keluarga terloving. Tetapi apakan daya, hidup memang tidak boleh lari daripada hakikat. Yang kerja, perlu bekerja.. yang bergelar pelajar perlu belajar.. Itukan sebahagian daripada Jihad. Bukan?


Waaa.. tidak tersangka bahawa aku juga seorang yang bijak bermukaddimah.. muahahaa.. Cuti derr.. Jangan pandang enteng walaupun cutiku hanyalah seminggu.. namun ianya cukup untuk mematangkan diri ini sehingga menjadi begitu bijak bestari dalam permainan monolog dalaman.. hehe


Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati.Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah sumber cahaya hati.Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.



Bercerita mengenai masa.. Aku teringat akan pesanan emak aku yang mana ketika itu aku sedang menyarungkan stoking beserta sarung kaki yang total up nya berjumlah 2 ketul kain yang menyaluti kakiku sebelum aku melangkah meninggalkan rumah sebelum selangkah kaki menuju ke SANI EXPRESS...

"Sekarang orang sibuk bising pasal sapu BERSIH Kl.. Mak tak nak nanti dengar dalam berita pelajar UITM Puncak Alam tertangkap dalam kejadian BERSIH. Duduk tempat orang pandai-pandai jaga diri.."

Yang ayat last tu..macam familiar.. Tapi ayat yang 2 keatas itu macam....Aneh? Kenapa emak aku boleh terlintas di benak kepalanya mengenai akan kehadiranku ke BERSIH.. yang mana ketika itu memang aku tidak tahu langsung akan perhimpunan yang berlangsung itu. Sedangkan masa dan tarikh pun aku tidak tahu inikan lagi tempat dimana sesi pemBERSIHan itu berlangsung.


Bukak FB barulah aku tahu.. akan BERSIH yang diadakan di ibu kota. Semuanya berpakaian ala-ala Digi.. Sudah macam lautan kuning aku nampak.


Nampak daripada gambar macam persediaan sebelum marathon pun ada. Seragam je semua. Ramai? Memang tersangatlah ramai.. Mencecah 2k keatas tak silap aku. 


Aku cuba nak memahami istilah BERSIH dan tentang apa yang diperjuangkannya.. Tapi aku masih gagal dalam mendapatkannya. Aku cuba bertanyakan pada sahabat-sahabat aku. Dan ternyata hasilnya masih belum dapat meyakinkan aku. Kenapa namanya BERSIH? Kenapa bukan AMAN? Kenapa bukan DAMAI? Kenapa bukan HARMONI? Bukankah nama-nama tersebut lebih mendamaikan hati... menenangkan jiwa... melapangkan dada... 


Dan yang paling aku confiuss.. kenapa BERSIH sampai boleh menyebabkan pertumpahan darah sehinggakan mengotorkan jalan raya yang tersedia bersih? Kenapa? *Orang cakap tepuk dada tanya iman.. tapi saya dah tepuk.. iman cakap tepuk nafsu tanya kesabaran...


p/s: Terima kasih emak.. selama ini saya jahil mengenai isu yang berlaku dalam negara saya sendiri... Tapi hari ini, berkat nasihat emak sebelum saya menjejakkan kaki ke sini.. saya terdedah mengenai betapa 'BERSIH'nya negara saya hari ini. Saya berdoa agar yang BERSIH itu dapat menjadi yang AMAN.. dan yang AMAN itu dapat menjadi yang HARMONI sampai bila-bila! Ameen~

Sekian,

Friday, 27 April 2012

Semua nak mahal!

Hari ini aku di kejutkan oleh adikku seawal jam 7.15pagi.. Diulang... 7.15pagi!!! Tahik mata aku pun tak sempat nak membeku tau! Baru je nak rehat mata setelah solat subuh. Haihhh.. Beliau ni memang jenis yang tak suka tengok orang senang la.. Pulak tu dah kejutkan tak reti nak tutup pintu bilik beta kembali... Sebesar-besar alam dibukanya! Memang tak dapat la aku nak meneruskan hajatku. Haihhh..


Satu lagi yang aku confius... Mak aku sibuk duk suruh aku bersiap sebab ayah aku nak ajak pergi menziarah kubur arwah nenek aku. Padahal beliau sendiri masih berbungkuskan kain batik sambil berdentum-dentam di dapur.. Haihh.. Tak paham..!!! Siapa yang patut suruh siapa ni...? Beliau ni tak tahu ke yang beta ni sudah mandi seawal jam 5.30pagi lagi. Tunggu masa nak pergi je ni...


Nasib baik hidung aku ini mendapat mengesan daya tarikan yang amat menyegarrrrkan yang mampu membuka mata aku seluas-luas alam.. Mana tak nya... Aku terhidu bau... Slurrrppp!!! Bauuuuu Buburrrr Jagunggg der!!! Sentap mak nyah! Belum pun menjengah jam 8.00pagi dah terhidang siap bubur jagung...berasap-asap... Terbaeeekkk!!! 
Google punya! Baru je nak snap.. dah selamat
diserap ke dalam perut.. hihi~


******

Selesai mengsedekahkan bacaan yassin kami menuju ke pasar yang berdekatan.. Mak aku nak cari bahan-bahan untuk masak nasi ayam.. Al-maklumlah...besokkan beta dah nak pulang ke UITM dihati.. Jadi hari ini kenalah masak sesedap untuk santapan beta buat kali terakhir.. hehe.. 


Kalau bab nak beli ayam, ikan, sayur memang aku tak reti. Opppss...bukan tak reti.. cuma bagi can kat mak beta untuk membuat keputusan. Muahaha.. Aku cuma reti beli kuih je.. hehe.. Lalu aku pergi ke gerai menjual kuih berkenaan.. Aku tak pasti nama kuih tersebut apa.. Nampak macam apam.. tapi rasa macam akok... Disebabkan keconfiusan tersebut.. Aku pun berkata..'Mak cik nak kuih ni RM2!' *Sambil menunjukkan jari kearah kuih yang dikehendaki.. 
4bijik je makcik ni kasi? Giler sentap..! Dulu seinggat aku masa zaman aku sekolah dulu aku beli kuih ni RM2 dapat 10bijik kottt.. Sumpah MAHAL!!! Eeee... kalau macam ni aku taknak jadi besar lah!! Aku nak zaman kecik aku balik!!! WAAAAA~


Disebabkan besok aku dah nak balik... Emak aku telah menghadiahkan beta dengan serunding daging sebagai bekalan balik kesana.. hihi. Baikkan mak beta? Haruslah..BAIK! Mak betakan! ^_^
Nak tahu berapa harga 100gram serunding?? Mak aku bayar RM15 dapat 2plastics...Meaning that 200gram=RM15! 
Yang kat pasar tu lagi tecik dari yang ini.. 

Sumpah MAHALLL jugak!!!!! Dulu time aku kecik aku makan free je kottt.. sebab nenek aku yang masak.. Kan best kalau nenek masih ada dan sihat seperti dulu-dulu... Boleh beta makan serunding free sesedap! Astaghfirullahalazim... Al-Fatihah buat nenek.. 


Moral of the story: Kenapa dunia ini semakin kejam? Habislah duit beta kalau hari-hari kena hadap kemahalan kebendaan seperti ini! Haihhh..-.-"


Sekian,

Sunday, 19 February 2012

Antara Aku dan Awak

Ehem...ehem.. Sebenarnya saya nak cerita... Eyh.. silap..! Sebenarnya aku nak cerita ni dah lama.. Eyh... bukan-bukan! Sebenarnya saya nak cerita pasal ini dah lama...Arghhh.. saya ke aku? Kompius sudaa..!!!

Hah.. ini adalah komplikasi dalaman yang paling rumit bagi aku. Mungkin bagi orang lain depa anggap..
"Arghh.. ape nak kecoh.. aku-kau pun boleh..bukan ke lagi kamching bunyinye.." 
* Khamchinnngg la saaangaattt.. Bweeekkk. hahaha..

Yang ni memang aku pelik tahap antarabangsa dengan diri aku sendiri. Hampir setiap hari aku berperang dengan diri aku sendiri. Kes yang melibatkan penggunaan istilah aku-awak..atau saya-kau.. eyh..bukan-bukan! Aku-Kau..atau Saya-Awak.

Aku kalau dengan kaum Adam yang bukan muhrim boleh je nak ber'Aku-Kau'. Tapi kalau dengan kaum Hawa aku jadi lemah. Sumpah! Mulut aku tetiba jadi kaku.. lidah berat nak menyebut... 'aaakk... eyh.. Saaayyyaaa...' SEE!! Langsung tak boleh nak membahasakan diri.. 'Aku-Kau'. Errrrr.. mungkin istilah Saya-Awak lagi lembut kott.. kan-kan?? hihii

"Kau asal mana?"
"Hahh??"
"Kau asal mana??"
"Asal Terengganu.."

Aku nak tanya budak ni balik tak berani sebab aku serba salah nak menggunakan 'Aku' atau 'Saya'.. Nak membahasakan diri pakai nama.. Nama budak ni pun aku tak tahu. Tetiba je tegur aku... Ermm.. Jadinya aku matikan ayat disitu. Lantak ahhh.. Daripada aku duk berperang dengan diri sendiri mencari istilah yang sesuai lebih baik aku diam. hihihi.. Nampak sangat aku tak mesra alam kan. Tapi aku kalau dah kenal lelame.. memang dah terlebih alam dibuatnye. Tak kenal maka tak cinta, bukan?

Percaya atau tidak.. Dengan kawan baik aku sendiri aku guna istilah 'Saya-Awak'. muahaha.. Mungkin orang yang mendengar akan berkata 'Eyh..gediknya budak ni.. shaye leerr saaanggaatt..' Gedik? GBM adalah seorang yang gedik? Assalamualaikum cik adik, bukanke gedik itu ciri-ciri yang patut ada pada seorang perempuan.. asalkan biarlah berpada-pada. Tapi kalau dah lelaki nak gedik.. itu dah termasuk dalam kategori LETUN. (lelaki+sutun) hihihi

Tapi kalau dengan adik beradik aku hentam je 'Aku-Mung'. Memang dah tak reti dah berlemah-lembut dah dengan adik-beradik. Hari-hari duk bergusti sumo..Tetibe nak bersaya-awak. Bweeekkk.. takde maknenye.. hahaha..

Ingatkan dah masuk U lidah dah lembut nak berbicara aku-kau.. rupa-rupanya.. HAMPEHH! Keras macam batu jugak. muahaha.. Tapi aku tak pakailah istilah 'saya-awok'.. Malu aihhh.. saya pakai istilah 'Orang-nama orang tersebut'. Yang ni lagi selamat! Takde yang nampak gedik! Fair and square! ^_^

p/s: shaye shuka shenyum shokmo. Bweeekkkk!!!

Sekian,

Friday, 17 February 2012

Tolong Jaga Kebersihan Orang Lain!

Tolong ambil berat di atas tanda seru diatas!!! Marah?? Ya.. Memang aku tengah marah sekarang ni! Marah campur bengang campur geli campur nak muntah..Tau dakk.!! Orang dah tolong..tapi ini balasan yang orang ni dapat? Isykk.. tak patot memang tak patot! Dasar pengotor!!! *Sila baca dalam nada lemah lembut..marah-marah tak elok untuk kesihatan. hehe

Punyalah suci murni azam aku untuk pagi tadi.. Bangun-bangun je.. Aku terus ke dapur. Jangan salah anggap plak. Aku dah mandi okey.. sebelum solat subuh lagi aku dah mandi. Jadi aku terus ke sinki. Allah..! Giler banyak pinggan, mangkuk, periuk belanga, periuk api, kuali capang.. Sampai aku nak hulur basuh tangan pun tak telus. Rumah ni ada bela anak gajah ke? Haihhh.. tak boleh jadi ni. Nak tak nak.. aku terpaksa membasuh ke semua benda alah ni sebelum menjamah breakfast aku. Sabar yer wahai si stomach.

Setitis demi setitis air yang mengalir.. akhirnya aku pun selesai membasuh.. Alhamdulillah..
"Lepas basuh pinggan mangkuk, buang sisa makanan dalam tong sampah.. jangan biar je dalam sink. Karang tersumbat susah jadi satu kerja plak nak menggali." Tiba-tiba aku teringat pesanan ayah aku.. Aku pandang balik sink.. Ya Allah.. Nasi, sayur, cili, lada, cabai *aik.. bukan sama ke tu? Ahhh.. lantak lah.. 
Bismillahirahmanirahim.. perlahan-lahan aku masukkan tangan kiri kedalam sinki untuk menggali buang segala sisa tersebut.. Tiba-tiba.. Apa lendir-lendir ni? Aku pandang bawah... Ya Allah.. Dengan secara automatik terus sisa yang terpegang aku lempar sekuat-kuatnya. Terus aku tuang sabun sebanyak yang boleh. Pengootooorrr!!!! Siapa punya kerja ni!!! Ludah kahak hijau dalam sink.. Dah lah pekat.. kaler macam badan the hulk. Eeee.. geli gelemang aku. Nak pegang kahak sendiri pun aku tak berani.. ini kan kahak orang lain.. Ini mesti kalau tak adik beradik aku.. mesti mak atau ayah aku.. Nak cakap tetamu datang semalam.. mustahil! Sebab aku tidur nak dekat 2 pagi.. takde pulak dengar ada orang datang.

Sabar yer wahai si Gadis Berkaca Mata.. Sesungguhnya setiap pekerjaan yang dilakukan pasti ada risikonya. Ambil iktibar atas apa yang berlaku. Lepas ni nak buat kerja biar ikhlas.. tangan kebawah mata pun mesti kebawah.. Ini tak! Tangan kebawah mata pulak keatas... Nampak sangat macam paksa-rela!

p/s: kepada pengludah tegar.. apakata, saya syorkan anda meludah ke tempat yang lebih selamat.. Contohnya macam..mangkuk tandas, lubang jamban atau dalam longkang. Bukan ke peratusan keselamatannya lebih terjamin?

Sekian,

Tuesday, 14 February 2012

Picnic Chicken Chop

Hari ini genap seminggu Majlis Reunion kami yang tersangat gilang-gemilang. Itu bagi aku lah..sebab aku kurang sket involve dalam Majlis Reunion macam nih. Ini first time kott.. hihihi.. Itu yang macam overexcited. Hamek gambar saje dah 300 lebih.. itu tak termasuk dengan video lagi tuh.


Nak tahu tak kami picnic makan apa? Chicken Chop? Aikk...mane tahu ni? hahaha..



Yap! Betol... Chicken Chop!!! Western tak western derrr.. Angin bersepoi-sepoi bahasa... sambil berlatar belakangkan masjid terapung,



hiris-hiris dan ngap Chicken Chop terus masuk mulut dan melalui saluran esophagus.. Pergghh..Nikmatnya tak terkata.. Tiba-tiba.. Pappp.. Apa nih weyhhh?

Tak sempat tangkap.. En.Google punya khidmat.

Muncul batang hijau bergerak-gerak. Kuis punya kuiss.. Puwiihhhh.. Cilaka..! Ulat hijau rupanya!!! Boleh pulak ulat ni landing dalam blackpaper source. Baik giler ulat ni. bunuh diri slow slow. Nanti kalau orang tertelan kau macam mane?  isyk isyk. Dah lah aku geli tahap gaban segala jenis binatang yang takdak kaki nih. Nasib baik bukan pinggan aku. hihi. Kalau tak mahu tak mati katak kau ulat. Sia-sia hidup jadi ulat mati jadi katak.


Selepas makan kami terus menunaikan solat zohor. Memandangkan kesudahtidakseleraan akibat ulat hijau tu... Waktu makan kami disingkatkan. *Tapi licin je pun pinggan aku. muahaha..


Dimana lagi kami nak solat kalau tidak di Masjid Terapung.. Aku ni nama je rakyat Terengganu yang budiman tetapi tak pernah melangkah pun ke Masjid Terapung.. First time derr! Maklumlah..rumah aku agak jauh dari Masjid yang putih melepak ni. Sekali pandang macam Taj Mahal pun ader.. hihi. Cantik..Luas..Selesa.. dan.. Menenangkan..


Selesai solat kami kembali ke tempat perkelahan kami. Masa untuk KOTAK BERACUN! Kita tengok siapa yang kena! Jeng-jeng-jeng...





Eyh..eyh.. lupa nak bagitau.. Sebelum main K.B.. Kitorang pelahak ini.. BLACK ROSE! Siap tulis "Salam Pertemuan love love titiktitiktitiktitik" gittewww.. Sweet tak? hihihi..

Dan permainan KB pun bermula... JENG-JENG-JENG...



Jyeaahh.. Mangsa sudah di kenal pasti! 
"Anda dikehendaki menyanyi lagu UITM di hatiku sambil melaungkan ,KAMI SAYANG U KAMI" muahaha.. Aku reka je tuh. Tak dak pun dalam list KB.. Saje nak promote U sendiri. lalalala. Mangsa yang terpilih sudah menjadi mangsa rakaman eklusif aku. 


Sambil main sambil makan.. Main..makan..rakam.. hahaha. Aku pun main jugak K.B ni. Aku ni baik tau.. Niat aku memang 'baik' nak bagi kawan aku rasa 'nikmat' KB.. Lepas tu, aku saje je lah passing KB lambat-lambat.. Kan 'menangis' kawan-kawan aku balik rumah mengadu kat mak tak dapat main KB. Tak pasal-pasal. muahaha.. Skali lagu STOP...dan aku tak sempat nak passing. Hamekkk.. Ludah air liur ke muka sendirilah jawabnyer.. Nasib baik aku dapat soalan ciput jer. "Kalau stakat soalan macam ni.. 10 pusingan punya KB tak dak hal lah!" hihihi.

Siang masih comey, Malam masih muda... Main lah lagi..sampai habis 1 KB baru syokkk! Dan lagu pun terus dipasang sampai lah kepada pusingan KB terakhir..
lalalalala~
  lalalalala~      
     lalalaala~
dup-dap-dup-dap*Masing-masing peluh merejat..nervous lah katekan. hihihi ...

la laaaa laa la~ ... STOP!


Sape yang kena? Sape yang kena? Sape yang kena? Mana KB? Ada dekat sape..??
Tengok kiri takde.. tengok kanan.. takde... Tengok tangan kanan... ADA!
GULLLPPP~ Aku ke? Arap-arap la boleh yang kacang-kacang macam kacang kuda ke...kacang dal ke..
"Anda di kehendaki membuat tarian Chicken Dance sambil menyanyi.."

Whattt!!! Chicken Dance??? Macam mana tuhh??? Kepala ligat berputar.. Aku tak hingatttt lah woohh.. SERIUS!



Tanannannnaa...tannna.. nannnaaa.. naaaa.. naaa.. naaaa.~
Sape nyanyi??? Ofcourse... lah bukan aku. Aku mana mahir bab-bab Chicken dance ni.. Chicken eat.. baru aku first class bohhh! hihihi




Hameekk.. Sekampung Chicken Mat Salleh ni ajak berChicken Dance. muahaha..
Oleh sebab, kawan aku dah sudi mempamerkan demo.. Aku pun ikot lah. Dalam malu-malu chicken aku buat jugak chicken dance. Gasak-gasak.. Dah macam Chicken nak ber'egg' pulak aku rase! Aku tak tahu siapa rakam.. dan yang pasti itu kali pertama dan kali terakhir aku ber'chicken' depan khalayak ramai.

Berakhirnya KB menandakan bermulanya sesi yang paling ditunggu-tunggu oleh semua orang termasuklah aku! Iaitu sesi bertukar-tukar hadiah! Yippiiiii~


Nampak seciput kan.. a'ah.. memang lah seciput.. sebab yang bawak hadiah cuma 10 orang je. Yang tak bawak hadiah tak dapat lah. Padan muka.. sape suruh tak bawak.. kan dah tak dapat hadiah spesel! hihihihi

Kalau bagi aku pilih..aku rembat je semua bawak masuk dalam beg. Nasib baik main cabut undi.. kira adil semua dapat rasa main 'Cabutan Bertuah'. Aku dapat yang kuning-kuning macam Chicken Dance kat atas tuh hahh.. Dah memang melekat bau-bau Chicken agaknya aku ni hahhh.. Mula-mula makan Chicken Chop, Lepas tu kena KB Chicken Dance.. Lepas three kena cabutan hadiah kuning ala-ala Chicken.
Haihhh.. Nasib baiklah Chicken tu sedap kan!!! muahhaa..

Suka sangat...Senyum kemeweh mengalahkan senyum kambing. muahaha.. Tak malu betol!



Keshing-keshing..  Adik, Kakak, Mama! Masing-masing melebar senyum lepas dapat hadiah.. Tadi masa main KB masam mencuka. Arrgghhh!!! apa-apa jelah.. Kami dah penat! Tak nak dah main KB lagi.. Kami nak terbang! Terbang jauh dari sini.. Membawa diri ke dunia kami!



Tadaaa..!!! Dah sampai pun.. Inilah dunia kami! Dunia yang penuh dengan kenangan manis, dan kadang-kala dipenuhi dengan mimpi yang menyeramkan. Semoga kami tabah dalam mengharungi segala rintangan di dunia serta memperoleh keberkatan dari-NYA. Dan...
Semoga persahabatan yang terbina semenjak 4 tahun lamanya tidak hanyut dalam lautan hasutan nafsu semata-mata.


p/s: Triple S| Sahabat Senyum Sokmo!


Sekian,

Saturday, 11 February 2012

Exercise gaya afro

Minggu lepas 100 tanpa henti,
Kelmarin 200 dengan henti,
Semalam 300 dengan henti,
Hari ini.. aku lupa nak kira.. sebab aku versatile kan.
Hehehe..

Lari bertubi-tubi, beregu, berpasangan, solo.. semua aku buat hari ni. Sampai menitis-nitis derr.. Adik aku yang tengok naik sebak.. sampai tak terkata. Sebab aku dah warning adik aku awal-awal kalau aku dapat bertahan lama, dia kena belanja aku makan icekrim paddle pop kaler-kaler sebijik.. *aku dah tahu aku pasti menang..sebab tu aku ambik kesempatan. kihkihkih.


Adik aku nak pegang tali skipping pun tak reti, dia tengok aku main..dia pun nak main.. Orang main nak hilang stress, aku tengok adik aku main bukan hilang stress, lagi berganda-ganda stress aku adalah. -.-" *untung-untung dapat jugak icekrim pree sbijik. hihihi

Hari ini aku berjaya mencari bakat baru dalam diri aku iaitu.. Jeng-Jeng-Jeng..
Aku berjaya main skipping dengan lari bertubi-tubi, aku berjaya masuk ke dalam skipping yang sedang memecut laju sambil adik aku pegang.. tapi hanya bertahan hanya untuk belas-belas je. Semput weyh nak lompat guna 2 kaki serentak. Nasib baik tak gempa bumi. Maklumlah.. badan kecik skit dari anak elephant. =p

Mula-mula aku main solo

Lepas tu berpasangan.. tapi adik aku tak berani
 nak masuk.  Jadinye..  aku main
 'Berpasangan tapi solo'.

Lepas tu, beregu. Masa ni adik aku sorang lagi pegang
sebelah ujung satu lagi.. Giler laju depa ni pusing..
Nasik baik tak jatuh tertirap je aku nih..
Depa jeles kat aku lah tu. 

p/s: aku malas nak lari, jogging atau senam aerobik ke hape.. so, aku main skipping je.. duduk rumah pun boleh tak payah nak main tawaf-tawaf padang ke hape. Peluh keluar, tenaga pun jimat. =p

Sekian,

Friday, 3 February 2012

Kisah Si Debab dan Syafizi-AAK


Tahu AAK tu apa? Tak tahu tengok SINI.. 
Kalau dah tahu...hurm.. takpelah.. kena buat-buat tak tahu jugak! hehehe... Baru semalam beli hari ni dah habis baca dah.. Hebat kan? Kalau buku Opto, Anatomy, Biochem aku dapat buat macam ni jugak... Perghhhh..memang tabik spring ahhhh!!! Comfirm tiap-tiap sem dekan.. *amin.. 


Okey sebelum aku merapu entah apa-apa.. Kita balik kepada topik asal mengenai AAK. Bagi akulah kan.. aku kategorikan novel ini sebagai novel yang sempoi dan tersangatlah santai! Boleh masuk Raja Lawak derr.. Aku baca sampai gelak terguling-guling.. *sebab aku suka baca novel sambil baring...hehe. 

Bila aku fikir balik aku rasa kisah ini lebih kurang macam ala-ala fairy tale gitteww.. Sebab semuanya berlaku secara kebetulan.. 
Kebetulan si DIDI ni debab, kebetulan DIDI langgar SYAFIQ, kebetulan SYAFIQ anak dato', kebetulan SYAFIQ jadi keluarga angkat DIDI, kebetulan SYAFIQAH adik SYAFIQ tak suka DIDI, kebetulan SYAFIZI adik SYAFIQ lagi sekoq balik dari london, kebetulan orang yang chating dengan DIDI selama ini adalah SYAFIZI, kebetulan DIDI benci SYAFIZI, kebetulan DIDI kena langgar, kebetulan depa dua ni kahwin, kebetulan lagi...pembetulan!!!!.... Aisyhhh..banyaklah pulak kebetulannya.. taklarat dah aku nak taip panjang-panjang... KEBETULANnya..hampa baca sendirilah nooo.. 

kebetulan DIDI boleh slim? jeng-jeng-jeng...
Kalau nak tahu apa jadi kat si debab dan si tampan ni boleh beli on9 dekat SINI...
Kalau rasa macam membazir sayang duit boleh tengok SINI ada hamba ALLAH yang rajin dah buat sinopsis cerita siap-siap. =)

Cantik kan cover dia.. Ala-ala pesbuk.. Tapi
kisah depa mmg ada kena mengena
dengan pesbuk pun.
Actually..dont judge a book by its cover..but this time you can judge the book by its cover! hihihi

Lagu tema cinta depa.. 
sweet gilaq! ^_^

Sekian,

Saturday, 28 January 2012

Penangan Tahun Baru China

Haihh.. nampaknya penangan Tahun Baru China masih lagi bersisa yer. Mana taknya..dalam peti sejuk rumah aku masih bersepah buah oren ni hah. Aku pun dah jadi confius kenape buah oren ni tak luak-luak. Kelmarin aku tengok ada 10 biji. Semalam aku tengok pun ada 10 biji. Hari ni aku bukak peti sejuk dah jadi 20 biji. Aiii.. ni makluk mana yang nak main hide and seek dengan aku ni..?! Bukan setakat tak luak dah jadi berganda-ganda pulak jadinya.


Selalunya keluarga aku ni memang terhabis mesra dengan segala buah jenis buah. Sebut je buah apa, pasti ditelan. Kali ni boleh pulak diorang ni main perap je buah limau dalam peti sejuk lama-lama. Tak ke lemau jadinya nanti. Atau memang mak aku ni saja nak buat hiasan dalam peti sejuk eyh? Isyk..mustahil..mustahil.. Ini buah hidup, bukan buah mati yang korang main baling-baling..campak-campak tu. hehe. Bukan saje buah oren..segala bagai buah ada dalam peti sejuk rumah aku. Epal, pear..rambutan.. Dah macam zoo buah dah peti sejuk rumah aku ni. Sekali buka, gedebushhh!!! Berteraburan.. Aku dah tak sampai hati nengoknye hah...


Satu lagi aku tak paham. Sekarang memang kalau kenduri kahwin orang ganti telur pakai buah epal pulak eyh? Pelik tahap gaban aku jadinya. Hari tu aku pergi rumah kenduri kahwin dapat 2 bijik epal dalam beg kertas sekali dengan gula-gula. Ingatkan dia letak mug ke hapa yang berat sampai 1kilo lebih. Rupa-rupanya 2 bijik epal. Dah macam perli rumah aku je..bagi buah bebanyak nih. -.-


Tapi atas dasar ketidaksampaian hati melihat buah yang asyik jatuh setiap kali pintu peti sejuk dibuka.. hari ini aku nekad nak pun makan buah limau tersebut. Kupas punya kupas..lapisan demi lapisan... dan hasilnya:  Gebu-gebu..Isi pun seketul-seketul dan warna isi pun terang macam buah sunqis... memang menggiurkan... 'Baik punya limau, orang taknak makan. Memang tolak rezeki betol woohhh!!!'.. Taknak sudah.. bagi aku makan sorang-sorang.


Sekali aku makan... Perghhhhh... Berkerut seribu.!!! Macam ayam berak kapur!!! MASAAAMMMM yang teramat! Patot adik-adik aku tak makan. Cis, memang dasar memilih betol budak-budak ni. Bukan nak warning aku awal-awal. Kalau aku tahu aku buat belasah cukup-cukup buah ni. Kasi buat jus...kalau masam boleh tambah gula.hehehe. Takdelah aku nak seksa perut aku dengan limau berasid ni. Nak tak nak terpaksalah aku telan sampai habis... Sampai tercirit aku dibuatnya!




p/s: mak aku cakap makan benda masam elok untuk perut, takdelah perut terseksa nak buat asid sendiri sebab makanan yang masam telah menyedekahkan asid untuk perut. *Mazhab mana mak aku pakai, yang itu aku kurang pasti.. -.-"

Sekian,