Pages

Showing posts with label Emak. Show all posts
Showing posts with label Emak. Show all posts

Wednesday, 4 September 2013

Soal Independent

Aku sebenarnya kurang gemar bila orang cakap aku tak reti nak berdikari. Hati ni mula cuba berfeeling-feeling merajuk. Nasib baik feeling itu sempat ditepis oleh cik iman. Marah itu asal daripada syaitonn. Ingat tu mek GBM. Sebab tu bila orang kata 
'Umur 21 tahun pun, masih tak reti-reti nak pijak atas kaki sendiri?'

Aku akan buat muka toya sambil dalam berkata, 
"Giler nak pijak atas kaki sendiri? sakit kott!" 
Haha. Lagipun kite muda lagi. baru 20tahun 11bulan plus plus. 

Al kisah sewaktu bermusafir di kota selatan malaysia bersama keluarga tercinta baru baru ini. Masa tu ada sale dekat salah sebuah shopping complex tapi kena guna kad dia baru boleh sale. Takde kad takde sale. Aku pon pelik dengan sistem sebegitu. Seolah olah sedang mendiskriminasikan ummah. Teringat yang kasut kuliah aku dah agak rabak kesan daripada perjalanan hidup bergelar pelajar optometri. Cis, ayat macam tragis giler tak menahan. Haritu sebelum masuk lab clinical optometry (Semester 3) , lecturer dah warning aku. Aim siap-siap cakap masa clinical tak boleh pakai kasut sukan atau sebarang kasut kasual sambil tengok kasut aku. Sedih giler. Aku tak suka pakai sebarang kasut pompuan! Sebab tu aku selamba je ke kelas pakai kasut sukan. Housemate aku siap cakap, "Jenayah fesyen sungguh!" Mana taknye. Tshirt, track, kasut sukan. Sampai budak lelaki tegur, "Nak pegi kelas ke, nak pegi jogging?" Tapi aku? "Aah.. ada ku kesah?" Tapi lepas lecturer tegur kena tukar la. Berkat kita depa pegang. Beli lah kasut pvc seketol guna sepanjang semester 3&4 untuk hari yang ada lab. Hari yang takdak lab maintain kasut sukan. muehehe. 

Ok. sambung kisah di mall. Tengah tengah belek kasut kasut pvc ala ala kulit gitteww mak ngan adik adik aku blah cenggitu je. Haihh, kecik pulak hati kiter. Tak menyempat depa ni pegi kedai lain. Aku pun protes pergi dekat mak cakap.. "Tak boh beli ah gini." 
"Doh bakpe takboh beli? Takdop hidung ke?" 
"Biar ah. takboh beli gop."
"Takboh beli sudoh."
Merajuk tak menahan terus aku cari port ke sebuah bangku. Duduk situ sampai mak aku sudah beli. Aku ada satu kelemahan. Tak boleh beli kasut mahupun sebarang pakaian secara sendirian. Tak tahulah kenapa. Maybe genetik dalaman bermasalah kot. Adik adik pompuan aku pun sebegitu. Hihieww. 

Bila fikir balik.. err. mungkin statement tak pandai berdikari tu ada benarnya. Bukan tak pandai langsung, kurang pandai berdikari. Kurang pandai tang shopping ngan masak je pun. hihik. Dah shopping kat tempat orang, kalau setakat dekat mydin mall kuala terengganu ni tak kisah pon jalan sorang sorang. Sebab kat situ pekerjenye ramai pompuan. hihik. 


Kasut raya. Pak sedara aku tegur,
"Dah kenapa hari raya pakai kasut koboi?" -..-







Kesudahannya, mak call cakap. "Mari sini dekat kedai kasut."

Kasih ibu membawa kesyurga kasih bapa sepanjang masa. 

p/s: Merajuk limabelas minit je. Lepas beli eskrim oke balik. haha. 



p/s lagi: Hari jumaat balik palam. Semester 5 bermula. Selamat menjadi senior kepada senior kepada junior!


Sekian, 

Thursday, 28 February 2013

Kembali ke zaman silam

Disebabkan besok dah nak berangkat pulang, pelbagai aktiviti cuba dilakukan. hurm. Nak abdikan kenangan sebelum berjauhan dengan family. Mungkin. Hari-hari terakhir sebelum berangkat ke medan jihad, semestinya perlu dihabiskan sebaiknya. Nanti takdelah kempunan itu dan ini. Tak gitteww? 


Amboi. bercerita macam orang dah tak balik rumah. macam nak pergi jauh. Padahal Puncak Alam tu je hah. Kalau terbang tak sampai 30minit dah sampai. Eksyen je lebih. Tak puas bermanja bawah ketiak mak la kononnye. 








26 haribulan yang lalu ulangtahun kelahiran mak yang ke-49. Dah nak masuk 50 dah. Pejam celik, pejam celik. Nanti tengok-tengok dah dapat cucu. ye dak? hehe. Kak aku yang belikan kek. Blueberry cheese cake. Sedap. Coklat dibawah, cheese ditengah, toppingnya blueberry. Alhamdulillah kenyang.. 
"Selamat ulang tahun kelahiran yang ke-49 mak. Semoga mak diberikan kesihatan yang baik, panjang umur, dan sentiasa berada dibawah payungan keberkatanNYA. Saya sayang mak! "





Besok kan aku dah nak balik, jadi semalam aku berkemaslah mana yang patut. Selesai berkemas tetiba ternampak satu bekas ni. Kelihatannya seperti baru. Aku pun terus panggil adik aku. Dah brape kali dah budak ni kene sesi mukkadimah panjang dengan aku. Kes pembaziran duit yang sering dilakukan. Setiap hari pasti ada je benda yang dibelinya. sekejap buat balik makanan ringan berplastik-plastik, sekejap buat balik buku nota yang entah berapa bijik ada dalam rumah ni. Bersepah-sepah. Kalau guna nak buat nota salin apa yang cikgu ajar takpelah jugak. Ni dahlah buat conteng-conteng, lepastu boleh main campak sesuka hati dye je. Jiwa panas tengok wooo. Semalam dye buat lagi. Kali ni bukan makanan.bukan buku.bukan alat tulis... tapi....

Jari hasil inai di entry ini. 
Salah-salah! bukan pemadam pensil tu. tapi plastesin. yang budak-budak suka sangat main gentel-gentel tu lepas tu feeling-feeling jadi chef pelsu. muehehe. Mula-mula nak marah jugak sebab selalu beli bende yang merepek-repek. Tapi dah aku takde keje, lebih baik aku manfaatkan benda yang sedia ada ni. Ahakss. Selamba badak je aku rasmi barang orang. Lalala. Padan mukee. sape suh bagi aku nampak.

Tadaa. yang macam agak tak senonoh rupanya tu hasil adik aku. depa ni pun join sekaki. Tangan keras. Masih kurang pengalaman sebab tu kurang berseni. Orang yang baru belajar kait cempedak la kata kan. Skit lagi terer lah tu. Praktis make perfect. Tapi kalau aku nampak hang beli mende alah ni lagi, siaplah hang! *Muka serius!



p/s: Kecelaruan minda yang melampau ketika ini menyebabkan entry pun bersepai kisahnya. Kejap itu, kejap ini. Harap jangan pening. MAAF!


Sekian,

Sunday, 7 October 2012

Pelita Nasi Kandar



Ni aku 'kopipasta' kan daripada emel yang dihantar oleh mak aku. Terkejut jugak ah bila dapat emel dari emak. Selalu emak aku emel pasti berkisar tentang nasihat, ujian hidup, berserta masalah yang dialami umat islam sekarang. Bagus mak saya kan? sebab tu saya sayang mak saya. Hari ini aku dapat emel berkenaan tentang isu PELITA NASI KANDAR. Macam pernah dengar nama restoran ni.. tapi macam dah lupa la pulak. Aku memang suka makan nasi kandar.. tapi Alhamdulillah setakat ni belum pernah menjejakkan kaki ke restoran tersebut. Sebab aku jarang makan makanan luar.. sebab mahal. Berjimat cermatkan amalan yang mulia. =)



Description: cid:image003.jpg@01CDA174.DE7DD840

"The Star 24/09/2012 pg 22, melaporkan bahawa pemilik Pelita Nasi Kandar, Datuk D.Ramesh performing temple ground breaking for construction. 

Therefore pemilik Pelita Nasi Kandar is a Hindu..... proceeds from jualan nasi kandar Pelita is for construction of hindu temple.   
Since now dah jelas.Fikir2 lah kalau nak makan di PELITA tu..."

Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhL48DV4reLpSWDFjfEUzjQOmWUtvMujzDDKpl2_jOTUwmXshZqxdSN8s8sOAVg1RH_MMXy7knSyQWjx_G5rYrgjgimZlJkUFd-ljZHG68WvvfYhZqbLuw765Qxt4H4DLf0y-mSdik6E8g/s1600/Slide2.JPG

So, macam mana respon kalian? Terasa tergugatkah atau rasa biasa-biasa je? Tepuk dada ask your iman. Ingat saudara-saudaraku, iman terbentuk daripada hati yang datangnya daripada makanan yang baik.. Baik bukan sahaja dari segi kebersihan, tetapi baik itu adalah yang HALAL disisiNYA. 

"Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kepada-Nya kamu menyembah" (Surah al-Baqarah, 2:172). 

p/s: Bukankah masak sendiri itu lebih terjamin ke'baik'an nya? Renung-renungkan.. 

Sekian,

Thursday, 3 May 2012

Kaitan BERSIH

Alhamdulillah... pejam celik-pejam celik sudah hampir dua bulan aku kembali kepada lumrah kehidupanku sebagai seorang pelajar setelah hampir seminggu bercuti. Argghhh.. kalau diikutkan hati mahu sahaja aku meng 'mc'kan diri agar aku bisa melepak chill di rumah bersama keluarga terloving. Tetapi apakan daya, hidup memang tidak boleh lari daripada hakikat. Yang kerja, perlu bekerja.. yang bergelar pelajar perlu belajar.. Itukan sebahagian daripada Jihad. Bukan?


Waaa.. tidak tersangka bahawa aku juga seorang yang bijak bermukaddimah.. muahahaa.. Cuti derr.. Jangan pandang enteng walaupun cutiku hanyalah seminggu.. namun ianya cukup untuk mematangkan diri ini sehingga menjadi begitu bijak bestari dalam permainan monolog dalaman.. hehe


Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati.Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah sumber cahaya hati.Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.



Bercerita mengenai masa.. Aku teringat akan pesanan emak aku yang mana ketika itu aku sedang menyarungkan stoking beserta sarung kaki yang total up nya berjumlah 2 ketul kain yang menyaluti kakiku sebelum aku melangkah meninggalkan rumah sebelum selangkah kaki menuju ke SANI EXPRESS...

"Sekarang orang sibuk bising pasal sapu BERSIH Kl.. Mak tak nak nanti dengar dalam berita pelajar UITM Puncak Alam tertangkap dalam kejadian BERSIH. Duduk tempat orang pandai-pandai jaga diri.."

Yang ayat last tu..macam familiar.. Tapi ayat yang 2 keatas itu macam....Aneh? Kenapa emak aku boleh terlintas di benak kepalanya mengenai akan kehadiranku ke BERSIH.. yang mana ketika itu memang aku tidak tahu langsung akan perhimpunan yang berlangsung itu. Sedangkan masa dan tarikh pun aku tidak tahu inikan lagi tempat dimana sesi pemBERSIHan itu berlangsung.


Bukak FB barulah aku tahu.. akan BERSIH yang diadakan di ibu kota. Semuanya berpakaian ala-ala Digi.. Sudah macam lautan kuning aku nampak.


Nampak daripada gambar macam persediaan sebelum marathon pun ada. Seragam je semua. Ramai? Memang tersangatlah ramai.. Mencecah 2k keatas tak silap aku. 


Aku cuba nak memahami istilah BERSIH dan tentang apa yang diperjuangkannya.. Tapi aku masih gagal dalam mendapatkannya. Aku cuba bertanyakan pada sahabat-sahabat aku. Dan ternyata hasilnya masih belum dapat meyakinkan aku. Kenapa namanya BERSIH? Kenapa bukan AMAN? Kenapa bukan DAMAI? Kenapa bukan HARMONI? Bukankah nama-nama tersebut lebih mendamaikan hati... menenangkan jiwa... melapangkan dada... 


Dan yang paling aku confiuss.. kenapa BERSIH sampai boleh menyebabkan pertumpahan darah sehinggakan mengotorkan jalan raya yang tersedia bersih? Kenapa? *Orang cakap tepuk dada tanya iman.. tapi saya dah tepuk.. iman cakap tepuk nafsu tanya kesabaran...


p/s: Terima kasih emak.. selama ini saya jahil mengenai isu yang berlaku dalam negara saya sendiri... Tapi hari ini, berkat nasihat emak sebelum saya menjejakkan kaki ke sini.. saya terdedah mengenai betapa 'BERSIH'nya negara saya hari ini. Saya berdoa agar yang BERSIH itu dapat menjadi yang AMAN.. dan yang AMAN itu dapat menjadi yang HARMONI sampai bila-bila! Ameen~

Sekian,

Sunday, 26 February 2012

Selamat Hari Ulang Tahun

Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran kepada...

GBM yang ke-20 tahun yang bakal menjelang tiba pada 19 September yang akan datang. Hihihi.. Saja nak bagitahu awal-awal. Ne tahu kot-kot boleh dapat hadiah lebih tahun ni. muahahaa..

Sebenarnya hari ini 26 Februari 2012 adalah hari ulang tahun kelahiran Emakku yang tercinta yang sudah mencecah ke umur "tettttttt"... *Maaf sound trouble tetibe.*

*Raya di rumah atok.
M-make for me a place within your heart
O-on which I can depend. For only U
T-touch the ancient wellsprings of my tears
H-home through all the wanderings of my years
E-even that no other can renew
R-root I cannot rend through rage or art
Believe it MOTHER.. although I never say it.. But, truly from the bottom of my heart.. I love U so much! U know your daughter very well kan.. always shy-shy cat. hahaha~

Kiter ade lagi satu nak tunjuk kat mak. Yang ni kiter reka sendiri punyer.. Special buat EMAK:
E-esok,lusa,tulat dan tubeng...sentiasa ada waktu untuk kiter
M-mak masak.. dan kiter makan.. nyum3~ cedaappp!
A-ayam masak kicap yang mak masak sedaapp. hihi
K-kiter rasa.. pasti esok2 kiter rindu masakkan mak.. minggu depan kiter dah nak balik. waaaa!! taknak!taknak!taknak!
 
p/s: Triple Love. <3<3<3

Sekian,