Pages

Showing posts with label Sem8. Show all posts
Showing posts with label Sem8. Show all posts

Wednesday, 19 August 2015

PERSATUAN OPTOMETRI UITM



OPTIMIST blog


Thank you EXCO MULTIMEDIA OPTIMIST.


Last entry that related to us.
*Sebak*
Time flies so fast.
Dah bergelar ALUMNI dah..


Sekian,

Tuesday, 18 August 2015

Pengakhiran Semester 8

ALHAMDULILLAH
ALHAMDULILLAH 
ALHAMDULILLAH

Jumaat lalu baru sahaja menerima result terakhir selaku pelajar tahun akhir ijazah sarjana muda optometri UiTM. Dengan ini secara tidak langsung telah satu langkah kaki berada didewan konvo. Ewah. Tak sabar sabar GBM ni. Padahal konvo bulan 5 tahun depan. UiTM sedang tarbiyah sabar untuk anak anak graduan, moga dapat melahirkan tenaga pekerja yang super penyabar. Husnuzon. 


Tahniah buat semua rakan rakan kerana kita semua telah berjaya mengharungi 8 semester dengan penuh suka dan duka. (apesal ayat aku macam skema giler ntah) *Lap-lap airmata. Teringat balik memori memori diUiTM. Pengalaman repeat paper, pengalaman berusrah, pengalaman lepak library? *Maaf. Masuk UiTM aku bukanlah seorang kaki library. Boleh kira dengan jari je beberapa kali aku lepak lepak akademik dekat library. Library sejuk dia sampai bergetar dasyat tulang rusuk kiri kanan atas bawah. Sebab tu aku suka spend time dekat bilik belajar ataupun bilik je, suhu suam suam kuku je baru berjalan otak. hehe. 


Terima kasih buat keseluruhan tenaga pengajar Optometri UiTM yang sangat osem. Lecturer semua muda muda, baik baik dan mengenali baik nama nama kami semua. Walaupun kami satu batch paling ramaiiii. Siap ada sesetengah lecturer yang tahu tentang penyamaran nama GBM aku. Malu la jugak tengah tengah tahan lift pakai kaki macam gengster jalanan mane tah. Lecturer sound "Amboi GBM, tahan lift pakai kaki kamu ye." Terbeliak bijik mata aku, bukan sebab kena sound tapi sebab beliau panggil aku GBM. Merah belacan muka. haha. Ada sekali tu masa kitorang gadaikan waktu cuti final semester 7 stay UiTM untuk settlekan thesis, para lecturer blanje kitorang makan nasi arab, pizza, cake secret resepi dengan alasan "Kesian kamu tak dapat bercuti, ni kiranya penghargaan buat kamu yang sanggup bersengkang mata siapkan thesis." Ya Allah, aku rasa rugi tak rakam video detik detik tu. Nanti boleh tengok balik betapa suwitnya lecturer lecturer aku ni. 


t
Terima kasih buat orang yang paling rapat dengan aku daripada semester 1 sampai semester 8. Yang sampai sekarang tak jemu baca blog aku. Sapelagi kalau bukan cik VIP tu. haha. Sian dia selalu kene kacau, nak nak berkenaan research. Orang kuat disebalik acknowledgement hardcover FYP aku, dia lah. Juga buat FYP mate yang paling best aku rasa. Bagi komitment 100 peratus. Walaupun ada kekandang waktu untuk kitorang berdiskusi agak limited memandangkan masing masing group lain lain. Sorang A, sorang B, sorang C, sorang D. Setiap kali nak jumpa satu minggu mesti tak cukup korum sebab mesti akan ada salah sorang yang posting di hospital. Tapi yang aku prasan advantage FYP mate lain lain group is nanti mudah nak mintak tolong hantarkan draft FYP kalau salah satu group pergi hospital posting. Sebab minggu nak submit draft FYP boleh jadi tetibe boleh berubah ubah. Macam hari tu aku tak sempat print, mintak tolong diorang print dan submitkan. Tq koranggg! 




Rakan rakan yang lain pun samaaa. Kak nani yang banyak tumpangkan kereta, Syamerra yang selalu jadi driver time posting, Fadh yang selalu pinjamkan kereta. Rakan yang tolong carikan subject untuk thesis, untuk clinic, junior junior yang sanggup jadi patient demi menolong para senior. Rakan USM yang rajin betulkan grammar. Tanpa rakan rakan dan junior junior siapalah kami warga senior ni untuk siapkan full thesis dan penuhkan logbook clinic.


Buat junior third year yang bakal menghadapi alam final year. Satu je nasihat daripada akak GBM, semoga bijak menangani stress. Alam final year tak semudah yang disangka, dan tak sesukar yang disangka. Macam aku jadi sukar sebab aku sangat failed untuk menangani stress. Pastu demam, sakit kepala, hilang suara. Padan muka. Stress aku bukan sebab kerja banyak. Stress sebab kena tanya banyak soalan masa hospital posting. haha. Kelakor molek. Orang lain pergi posting bertenang watlek watpis je. Aku paling anti hospital posting sebab tu setiap kali posting demam. Logbook aku dah pastikan sesudah clinic, petang atau malam tu wajib siap dan terus mintak tanda tangan sv esokkan harinya. So hujung minggu boleh la tenangkan diri buat writing thesis.


Tahniah buat rakan rakan yang dah kerja. Wallahi kalian sangat rajin. Respect la sanggup gadaikan raya dan mula kerja. Tabik springgg. Aku patut dah start 1 ogos haritu lagi. Tapi disebabkan kerajinan melampau dan mood raya masih mekar dihati maka dtangguhkan ke 1 september. Alhamdulillah, berkat doa mak ayah dan orang orang tersayang dapat offer kerja dekat sangat dengan rumah. Alhamdulillah. Semoga tabah ye GBM. Cuak gak ni nak menghadapi dunia pekerjaan.



Sekian,

Saturday, 6 June 2015

Bagasi diambil orang..

Alhamdulillah tepat jam 5.40am tadi selamat sampai di bumi klang. Turun turun bas dengan muka penuh berazam, InsyaAllah dengan izin Dia ini akan menjadi perjalanan menaiki bas terakhir aku untuk trip Kuala Terengganu-Klang. Semester terakhir aku menempuh hari hari terakhir aku disini, final exam just around the corner *orang putih cakap.

Turun turun bas nak ambil bagasi, tengok tengok bagasi aku takde dekat tempat dimana ayah aku letak semalam sebelum aku naik bas. Melilau tengok semue orang yang tolak bagasi masing masing, kot kot ada yang terambil bagasi aku. Hampa. Tetap takde.

Kembali ke tempat beg yang dilonggokkan keluar daripada bas tengok ada lagi satu beg. Tapi bukan beg aku. Bukan.


"Bang, beg saya takde dalam bas ni."
"Eh, takde? Ini bukan beg awak?"
"Bukan, beg saya ada nama.. saiz besar sikit dari yang ni."
"Betul ni bukan beg awak?"
"Betul. Saya yakin!"


Onthe spot abang tu bukak bagasi tu geledah satu beg nak tahu empunya bagasi. Terbeliak mata aku. Abang ni biar betul. Macam mana kalau beg ni perempuan punya.... ternampak benda benda yang tak sepatutnya. *Alamak.Tepuk dahi. Nasib baik beg aku yang hilang entah kemana mana tu berkunci.

"Ini beg laki ni. Tapi takde plak nama pada beg ni. Mungkin orang yang terambil beg awak ni orang yang turun dekat TBS KL, ataupun Shah Alam tadi. Nanti kalau ada orang serahkan beg awak kita akan inform. Bagi pada saya no.fon awak."

"Ok lah macam tu."

"Awak salin no.fon ni. Nanti awak boleh update keberadaan beg awak dengan pihak pengurusan."

"Ok, terime kasih."


Baru je nak berganjak dari situ ada seseorang call. Unknown number.

"Assalamualaikum, awak ada hilang beg tak?"
"Waalaikumussalam, adaaaaa!"
"Mintak maaf ye, ni anak sedara akak terambil beg awak tadi. Awak dekat mana ni?"
"Saya dekat klang. Takpe kak. Akak nak terus hantar ke sini ke?"
"Aah. Dekat klang kan. Nanti akak sampai."

Alhamdulilllahhhh. Lega sangat. Setengah jam beg tu selamat kembali ke pangkuanku. Alhamdulillah...

Stiker name with beg yang sudah berabad berbakti
 sejak zaman kak long masuk tahmidi dan grad sampai ke adik dia guna.

Alkisahnya sebelum sebelum ni, beg aku kosong jugak tak bernama. Puas mak aku nasihatkan aku untuk tulis nama dan nombor fon lekat dekat beg. Aku je yang degil... cakap kejap kejap last last lupa terus. Tetiba semalam setengah jam sebelum naik bas, Allah detikkan aku untuk menampal sticker bernama dan nombor fon pada beg. Hikmah tersembunyi disebalik kejadian. Rupanya hariini ditakdirkan orang terambil beg aku secara tak sengaja. Nasib baik ada sticker nama tu kalau tak aku sendiri pun tak tahu macam mana orang tu nak trace empunya beg. Yang aku risaukan dengan beg aku ni sebab dalam tu letaknya charger laptop.Fyp writing belum finalize lagi ni. Takdapat la nak on laptop buat masa terdekat ni kalau charger takde.


First experience yang dilalui sepanjang 5 tahun bergelar anak perantau. Matrik kedah+UiTM Puncak Alam. Kenangan dan ujian ujian terakhir sebelum sah bergelar graduan. Senyum geleng geleng kepala. Alhamdulillah. Beg selamat kembali kepada tuannya. Terima kasih buat si terambil beg yang tak disengajakan.


Sekian,

Wednesday, 3 June 2015

TIPS| Pemilihan kaca mata yang betul

Sebenarnya tak ramai yang tahu tentang teknik pemilihan kaca mata yang betul. Aku tak salahkan diorang pun kalau diorang tak tahu. Sebab aku pun kalau tak belajar ni dalam silibus optometri aku sendiri pun tak tahu. Gigih aku hafal jenis jenis bentuk muka dan bentuk spect semata mata nak kejar A exam. Haha. Nampak sangat belajar untuk exam. Haishhhh. 

Beberapa minggu lepas masa tugas aku untuk menjaga kedai cermin mata UiVision Care, UiTM ada seorang gadis cantik melawat kedai nak tengok tengok spect katanya. Matanya rabun tahap mild, with associate complained. tapi tak pakai spect sebab dia mengadu mukanya nampak buruk dengan spect. Sebenarnya walaupun rabun tahap mild pun kalau dah ada associated complained dinasihatkan untuk pakai spect sebab boleh mengurangkan masalah yang beliau hadapi. 

"Eh kenapa awak cakap muka nampak buruk pulak? Ada orang mengata awak ke?"
"Takla. Saya yg rasa sendiri. Hihi."
"Oh. Ingatkan ada orang mengata awak. Selalunya awak pilih cermin mata yang macam mana? Cuba tunjuk dekat saya."
"Yang macam ni." Sambil tunjuk frame plastic yg agak besar dan berbentuk sedikit bulat kebawah.

Oh patutla. Muka beliau agak ke arah round to oval shape macam tu la... kalau frame yang saiz besar agak tidak sesuai dengan muka beliau. 

not so good to choose it. *ibu jari kebawah*
Selepas beberapa kali suggestion yang membina untuk beliau akhirnya beliau tertarik untuk buat spect on the spott. Seee. Good consultation, with good suggestion make others berpuas hati. Pilihan yang tepat iaitu beliau pilih metal frame with square shape. Sangat ngamm dengan wajah beliau. *Tunjuk ibu jari*


Selesai satu dilema seorang hamba Allah berkenaan kaca mata pada hari tersebut. Senyum. :))


Jenis bentuk muka manusia.
Beberapa hari lepas aku ada jumpa satu animation bernas mengenai pemilihan spect. Dengan laju terus disave ke tab dan diupdate terus ke blog untuk dishare ke pengetahuan umum. Sharing is caring, rightt?? *kenyit mata sikit.* haha. 







Pemilihan pemilihan bentuk spect diatas boleh diaplikasikan untuk semua jenis spect sama ada spect rabun jauh, rabun dekat, rabun astigmatism, rabun tua, mahupun untuk sunglass UV protection. 


Kalau macam GBM yang berpengalaman hampir 10 tahun berkaca mata ni memang pemilihan spect tak pernah lari bentuk. Selalu ambil yang square shape sebab muka aku bulat getel macam telur ayam. Kembang jugak la seposen dua bila ada customer datang nak buat spect cakap...


"Spect awak cantik la. Nampak terletak je dekat muka. Berkenan betul saya. Ada tak spect macam awak kat sini?"


Senyum sampai telinga!
Astaghfirullahalazim... jangan riak GBM. Riak itu daripada Syaitonirojimmmm.

Sahabat itu ibarat pilih frame. Semua nampak cantik.. tapi tak semua cantik dengan kau. Kau silap pilih, boleh jadi kau kelihatan jelik dengannya. - GBM *pernah update dekat SINI.
aku confius mana aku dapat idea buat perumpamaan sebegitu. haha. *tepuk dahi*


P/s: Oh ya. Untuk pemilihan kaca mata juga perlu ditengok kesesuaian dari segi ukuran. Muka yang kecik ukurannya kecik dan begitulah sebaliknya. Next entry nanti kalau rajin aku cerita, k. :))


Sekian,

Tuesday, 2 June 2015

KUN ANTA| RINDU RAMADHAN

RINDU RAMADHAN
YA RAMADHAN
HADIRMU MENJENGAH SYAHDU
PADA HATI YANG MENUNGGU
SEBENING RINDU
KAU SIRAMI TAMAN
MENYEGARKAN IMAN
DIRI YANG KETANDUSAN
MEKAR BAK BUNGAAN
KALA RAMADHAN MENJELMA
BERSYUKURLAH KITA
KERNA BULAN MULIA
ADA RAHMAT PADANYA
KALA ADA KEAMPUNAN
ADA KEBEBASAN
DARI AZAB-NYA
JANGAN PERSIAKAN
AYUH BERSAMA RAIKANNYA
PUASA TARBIAH
DIDIK NAFSU DAN KAWAL LIDAH
KALAM MADAH ZIKRULLAH
MEMUJI ALLAH
MALAMNYA IBADAH
DENGAN JIWA YANG MUJAHADAH
PASRAH DAN BERSERAH
KEPADA ALLAH
RAMADHAN BERLALU
BILA SAMPAI WAKTU
MUNGKINKAH AKU
BERTEMU DENGANMU
RAMADHAN KU RINDU
DI RUANGAN WAKTU
MUNGKINKAH AKU
BERTEMU DENGANMU
Lirik : Ramzul Ikbar
Lagu Asal : Kun Anta by Humood AlKhudher

Lagu baru daripada Amar. *Best listen in this blog using laptop*

Ya Allah, tahun ni agak mendatangkan sebak dalam diri ini. Engkau hiburkanlah diri ini dengan kehadiran Ramadhan ya kareem. Moga kami diberi kesempatan bertemu dengan RamadhanMu. Aameen. :')




Sekian,  

Monday, 1 June 2015

When your heart is breaking





Bukan beratnya ujian yang membuat kita lemah, tapi ringannya hubungan kita dengan Allah yang menyebabkan kita seakan tidak dapat menanggungnya.

credits: tersenyumelihatlangit.tumblr


sekian,

Friday, 22 May 2015

RINDU

Minggu lepas junior minta tolong aku pass kan buku rujukan pada rakan classmate.

"Boleh mintak tolong tak?"
"Mintak tolong apa ye?"
"Passkan buku ni pada Hidayah."
"Hidayah mana ye?" 

...senyap...

"Lupa.. Hidayah ada sorang je."

Sungguh aku lupa. Hidayah batch kami cuma ada seorang je sekarang. Seorang lagi sudah hampir setahun lebih meninggalkan kami.


Ya Allah.. rindunya pada arwah.


Al-Fatihah buat kekandaku.
Nur Hidayah Nor Sham. 



Sekian,

Saturday, 2 May 2015

Terima kasih

Sebab kita tak tahu kebahagiaan dan ketenangan kita hari ini adalah dari doa siapa/mana yang dimakbulkan Tuhan. Selalulah bersyukur dan berterima kasih pada orang orang yang tak jemu mendoakan kita dalam diam.

Sekiranya kamu mengetahui pengertian disebalik terima kasih itu, tentu kamu tidak akan jemu mengucapkannya.


“Ada satu kebiasaan yang aku temukan pada orang-orang yang memiliki hidup yang berbahagia dan berkepenuhan, mereka selalu memulai hidupnya dengan ucapan terima kasih.”-anymous

Kerana dengan ungkapan terima kasih itu terselit rasa bahagia yang tidak terungkap. =)) 

TERIMA KASIH 
untuk semua yang mengenali diri ini secara langsung ataupun tidak
yang sentiasa tidak pernah bosan mengunjungi sesawang usang GBM
ketahuilah, tanpa kalian tidak akan GBM hidup dialam maya. 


sekian, 

Saturday, 25 April 2015

Kisah gadis astigmatism (silau)

Tersebutlah kisah seorang gadis yang sedang menuntut di salah sebuah IPTA di Puncak Alam. 


Semalam merupakan hari presentation case beliau. Presentation case yang menarik sepanjang 8semester keberadaan beliau dalam bidang Optometry. Dengan segala preparation telah dibuat, bermula dengan cari case yang menarik, rujuk jurnal jurnal yang berkaitan, rujuk supervisor clinic, rujuk mak untuk tanya pendapat baju mana yang sesuai *ini part paling penting. sebab mak beliau orang pertama yang paling jujur kritik cara pemakaian beliau.* Kadangkala beliau sendiri pun pedih nak menerima hakikat. haha. 

Maka hari yang ditunggu tunggu pun tiba. Slide diprint untuk tatapan kesemua para panel. Kaca mata dibuka digantikan dengan spherical soft contact lens. Hari special untuk semester 8 maka penampilan pun perlulah special katanya. hehe. 

Ditangannya tergengam kemas hardcopy slide yang diprint untuk rujukan. 

Bismillah... 

"Assalamualaikum and good evening to all audience. My name is Nor and today I will present about the Correction of High Astigmatism with LASIK."


As a introduction I will introduce the definition of astigmatism.. Mata dikecikkan untuk mengadap slide ditangan. "Alamakkk, tak nampak satu apa perkataan ni. Asssudahh!!!" Kesudahnya terpaksalah si Nor berpaling sedikit kebelakang untuk mengadap slide yang besar dihadapannya dari awal sehingga pengakhiran. Alhamdulillah, berjaya disudahi presentation dalam masa yang ditetapkan. 


Beli sangat contact lens tanpa astigmatism gara gara nak jimat duit. Toric contact lens (contact lens untuk orang yang ada silau tinggi) harga RM80++, harga untuk Spherical contact lens (contact lens tanpa silau harga RM50 je.. Padan muka. Dari dulu lagi si Nor ni duk mengadu pakai contact lens tapi no. plate kereta pun tak nampak, muka orang yang duk melambai tangan 6meter dari dia pun dia tak nampak. Bukannya si Nor ni tak pernah pergi Aftercare contact lens clinic. Dah pergi dah. VA with current contact lens just 6/36 okeh. Boleh kategori orang low vision dah ni. haha. 

Definition of Low Vision:
Visual acuity less than 6/18 but equal to or better than 3/60 in the better eye with possible best correction. 

Rasa nak tergelak je lepas habis present. Rasa dah berlatih dah awal awal pakai slide yang diprint tu. Ok je. Nampak jelas je. Tapi bila dah sampai depan masa nak present. Lupa pulak lampu dewan kuliah bahagian depan lampu dim... Kesudah tak nampak apa. Adoiii. *Tepuk kepala*



Gambar kiri: improper correction of astigmatism patient perceive image.
Gambar kanan: Proper correction of astigmatism patient perceive image. 


Buat yang ada astigmatism more than -0.75D, anda digalakkan untuk mendapatkan correction yang sewajarnya ye. Jangan jadi macam si Nor ni. Kesian dia tak nampak slide yang dia sendiri yang print. Padan muka. Haha. *tak habis lagi rasa nak gelak ni dari semalam.*


Soalan bonus: mana satukah si Nor?

Sekian, 

Saturday, 4 April 2015

Cermin mata terakhir

Bila dikira kira segala duit yang digunakan untuk mendapatkan penglihatan yang jelas, aku rasa dah boleh buat LASIK dah sebelah mata ni. Al maklumlah orang yang jenis setahun sekali tukar spect. Berhemah sangat si Gadis Berkacak Mata ni sorang. Jaga mata la konon. Padahal power naik sikit je pun setiap tahun. 


Buat pengetahuan semua, nak tukar spect baru tak perlu pun untuk tukar setiap tahun. Tak. No no no. *goyang goyang jari telunjuk.* Yang perlu korang buat setahun sekali itu adalah pemeriksaan mata bersama optometrist. Tengok balik keperluan korang. Kalau korang pandai jaga mata power tak naik, boleh pakai spect sama. Sebab ada orang yang jenis tak berapa tahu tentang pantang larang orang yang berkaca mata ni, eh bukan orang berkaca mata je orang yang tak berkaca mata pun ada pantang larang dia untuk maintain mata shine bright like a diamond. gitteww. 

Antara pantang larangnya.. 
- elakkan membaca dalam keadaan gelap
- elakkan membaca dalam kenderaan yang bergerak
- elakkan penggunaan gadjet (laptop, henset, tab, ipad) dalam keadaan gelap
- elakkan menatap matahari secara direct


Dua semester lepas aku ada update dekat sini yang aku pernah buat cermin mata untuk diri sendiri setelah dicabar oleh optometrist hospital. Aku boleh buat spect untuk orang lain tapi bila masuk part nak potong spect sendiri gelabah tak tentu arah. Haha. Teringat pulak cakap lecturer dekat matrik, bila awak buat sesuatu kerja dalam keadaan pressure, awak akan lagi bersemangat dan lebih alert. Yes. I already faced it. And it was so trueeee! Hasilnya incredible hulk. terbaik. 

Ramai puji cantik GBM pakai spect ni, tak kembang pun tudung. *kembang semangkuk. 


Semester ni aku dapat tahu belian spect pun bakal dikenakan GST. Hurm, disebabkan dalam koleksi aku belum ada spect frame plastik. Teringin jugak nak merasa. Lagipun spect yang sekarang aku pakai ni dah peel off dah warna dia. Antara keburukan spect frame metal...  warna frame cepat benor peel off. makanya cepatlah spect tersebut terlihat buruk dan tua daripada umurnya yang sebenar. 


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



TADAAAAA. 


Spect baru buat dekat kedai Uitm. Selalu duk jaga shop UiVision Care, UiTM ni. Kali ni aku plak yang beli. Salah satu sebab aku beli dekat sini sebab cermin dia berkualiti dan murah. Dekat sini hanya jual dua brand lens. HOYA dan ESSILOR. yang aku beli ni jenama HOYA. Jangan ingat student optometri dapat free tau. Kitorang pun kene beli duit sendiri. =)

Spect yang ni aku tak sempat nak buat sendiri sebab aku posting di hospital sungai buloh minggu lepas. So aku passkan dekat kawan untuk tolong buatkan. Dah seminggu dah selamat pakai. Selesa tapi sakit sikit la dekat hidung pakai spect plastik sebab nosepad (dekat hidung) dia non adjustable dan keras. 



Antara koleksi sepanjang empat tahun bergelar student optometri. Yang kotak putih dan 100 tu aku pakai since matrik lagi sampai first year jadi student optometri. Naik second year, cek mata dengan senior.. dia suruh tukar spect lain sebab power dah naik. So aku tukar spect baru masa second year sekali (kotak menara). Third year sekali (kotak kelabu kehitaman). and the last one... Fourth year. frame plastik hitam. 



Cukuplah kot koleksi spect setakat ni. Dah kene GST ni.. tengok spect pun dah tak bernafsu. 
haha. 


Sekian, 

Thursday, 19 March 2015

Bersara sudah...

Alhamdulillah...

After almost 5 semester serve as orang kuat media dalam Persatuan Pelajar Optometri UiTM (OPTIMIST).. finally pada tanggal 14 March 2015 secara sah terlucut jawatan yang disandang sebagai Exco Multimedia, Publisiti dan ICT setelah hampir 5semester lamanya. Perghhh, so longgg aaaa. Cam tak caye je. Macam semalam je baru terima mesej rasmi daripada setiausaha agong OPTIMIST tentang perlantikan mula mula dulu. Muka budak baru masuk second year masa tu. Status nerd memang tak lari. Nampak je nerd tapi aku ni bukannye rajin sangat. Tapi kalau bab makan dan tido itu memang rajin terlebih. haha. 



Bila diimbas kembali detik detik awal perlantikan sebenarnya sampai sekarang pun aku tak pasti kriteria diorang dalam memilih exco media ni. Sebab masa aku first year aku pendiam kot. Cakap pun sesama batch je yang banyak, dengan senior senior kenkadang je. 


Tapi aku suka jadi patient cek mata dengan senior. Sebab aku suka belajar dalam suasana praktikal berbanding teori teori dalam lecture hall. Lagi jelas mudah dan senang faham.Tapi aku anti gila kalau senior approach aku masuk klinik contact lens jadi patient diorang. Peristiwa hitam, gelap dan legam yang membuatkan aku pernah nekad tak nak pakai contact lens sampai bila bila. Bukan salah diorang, tapi salah aku sebab aku sebelum ni mana pernah didedahkan dengan teknik pemakaian contact lens dengan betul lagi. Semua pakai redah je. Sampai merah+bengkak! Alhamdulillah naik semester 3 atau 4 *aku pun dah ingat ingat lupa*.. semua wajib pakai contact lens untuk rasa sendiri kehadiran contact lens dalam mata. supaya senang nak explain dekat patient. Masa tu baru aku sedar... "OOO.. rupenye senang giler pakai contact lens ni kan. Best giler!"



Dah masuk forth year dah pun sekarang. Tinggal beberapa bulan sahaja lagi sebelum aku melangkah ke alam pekerjaan yang sememangnya lebih mencabar daripada biasa... semestinya aku bakal rindukan semua ini nanti. Tak tidur malam design poster dan flyers, banner Jom Check Mata. Handle blog dan page Jom Check Mata. Design T shirt untuk program under OPTIMIST , design Button Badge untuk diagihkan kepada setiap orang yang menjalani pemeriksaan mata bersama kami. Heret camera ke hulu ke hilir dalam setiap program.. terpaksa korbankan populariti diri bila banyak muka orang lain dalam kamera sendiri. Itu dinamakan kepuasan. I love doing it. Walaupun kenkadang rasa bosan teramat bila dipaksarela amek gambar orang je manjang setiap waktu. Nak jugak orang tangkapkan gambar kiteee. haha. 


Semoga adik adik yang bakal menerajui tampuk media dapat mengalas tugas yang diberikan ini sebaiknya. Ikhlaskan hati, senyum dan jangan stress stress. Kalau sakit hati istighfar, kalau sakit mata jumpa akak GBM. Nanti akak cek mata free, kasi button comel free dan senyuman yang paling maniss secara percuma. FOC!

Free Of Charge! 
jom senyum. =))




Bersara sudaa.. 
bergambar tak boleh nak pandang camera dah. Japgi orang salah anggap tengok mata aku berair dikatanya aku menangis. Padahal aku ada masalah keratoconjunctivitis sicca (dry eyes). *Eceh. 


Sekian, 

Tuesday, 17 March 2015

Insan


#tersenyummelihatlangit


*I think it more better if i had tumblr rather than blog.
becos I like picture more than writing. Lepas ni boleh la fikir untuk tutup blog join tumblr. hehe.


Terima kasih TML.
sesiapa pun adminnya, ketahuilah GBM meminati tumblr kamu.
sangat. =)

Dan waktu aku susah, sedih, dan stress,
tanganku laju membuka cebisan laman coretan kamu.


Aku rindukan teman teman satu dewan peperiksaan SPM. Mereka sentiasa ada tatkala aku sedang memerlukan. Suwit sangat diorang ni. Biar jauh dimata, wassap ada tetap terasa dekat. *SENYUM=))


Sekian,

Wednesday, 11 March 2015

Optometry Semester 8

Alhamdulillah, seminggu sudah perjalanan semester 8 kami bermula. Pastinya lebih tough berbanding semester semester yang sebelumnya. Dengan FYP, research, writing, presentation... (amboi. padahal same je.) 

Minggu first pembukaan kepada semester 8 group kami sekali lagi dengan percubaan berlapang dada bertemu dengan hospital lagi sama dengan semester yang lalu. 


"Group A hari Isnin ni akan mula pergi hospital posting. Kamu akan berposting di Hospital Teluk Intan." Ujar madam sambil melihat kearah seorang gadis comel ayu bertudung. Siapa lagi kalau bukan aku. haha. 

"Hahhhh, serius ke madam?" Rasa macam nak nangis time tu jugak. Nasib baik ada partner FYP aku time tu tak jadi nak nangis. Jatoh saham. 


Aku pun tak tahu apa motif aku nak nangis pada awalnya. Masalah transportation? Kalau ikutkan hospital posting sebelum ni pun mana aku pernah lepas daripada masalah transportation walhal nak ke Hospital Sungai Buloh je pon. Nasib baik ada pakcik teksi baik hati. Walaupun bayaran dia mak aihhh... Boleh beli susu anak 2 tin kot. Haha. *Poyo macam dia dah kawen je GBM ni. 


Lumrah orang macam aku yang lesen masuk mezium lepas habis spm haritu. Argh. Tak nak pikir. Buat stress je bila tengok orang lain dengan macho bawa keta lepas tangan macam bawa basikal. Excident baru padan muka! 


Alhamdulillah, takot takot aku sampai nak nangis bila madam cakap aku orang first akan pergi posting hospital teluk intan, kini berjaya aku harungi dengan cemerlangnya. Untuk membuktikan akan kecemerlangan aku untuk berposting sambil bermusafir dibumi darul ridzuan ni, setiap perjalanan pergi dan balik aku report dekat madam. Saje je... Nak tagih kata kata semangat daripada tenaga pengajar. Salah satu sumber berkat Allah ada pada dia. 



"Amboi GBM kemain bergambar dengan optom macam posting sebulan."

Kann. Aku rasa aku jatuh cinta lah dengan suasana hospital ni. Sepanjang aku posting aku perhatikan setiap hospital memang ada banyak kelebihan yang tersendiri. Kalau nak belajar softskill dengan baik boleh rujuk Hospital Teluk Intan. Suka betul dengan environment staff staff dekat sini. Mereka seperti meraikan kehadiran orang baru disini. Setiap hari isnin ada makan makan free. Ya Allah, apa ke sweet sangat diorang ni. Patotlah ukhwah first class. 
Sebab tu weols dapat bergambar macam posting sebulan. hehe. 



First day posting sempatlah aku dengan partner posting merangkap driver berhemah merewardkan diri dengan makanan yang menggiurkan ini. Hajat dihati mahu menziarahi landmark famous teluk intan, iaitu Menara Condong. Tapi apakan daya. Menara condong tutup operasi dah masa tu. Hanya bunyi jam je kedengaran sayup sayup. Kire jadilah tu daripada takde. haha. 



Minggu ni aku dah ada dekat puncak alam dah. Esok turn group aku jaga clinic contact lens sesi petang. Kalau korang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan pemeriksaan contact lens, dan konsultasi yang betul mengenai pemakaian contact lens.. jangan malu jangan segan untuk mendapatkan perkhidmatan daripada kami pelajar pelajar tahun akhir, Optometri UiTM Puncak Alam. Clinic kami beroperasi bermula daripada Isnin hingga Jumaat jam 9.00pagi-1.00petang. Rehat jap pukul 2.30petang sambung balik sampai 4.30petang. Sekiranya berminat, boleh direct emel me through my emel red_shaz92@yahoo.com.

belum convo lagi. =p

Sekian, 

Wednesday, 18 February 2015

Hati

Kebelakangan ni aku perasan yang aku ni seorang yang agak berjiwa sensitif. Banyak perkara yang aku berkenan tapi dalam masa yang sama aku turut membenci. Aku sukakan surprise. Tapi aku tidak suka orang yang terlalu nak berahsia akan sebab sebab yang tidak munasabah. Aku sukakan gurau senda. Tapi aku tidak suka gurau yang sia sia. Aku sukakan persahabatan. Tapi aku sangat membenci orang yang menipu atas nama sahabat. Aku sukakan kerja berkumpulan. Tapi aku paling tak suka orang yang melambatkan tugasan atas alasan, "tajuk aku susah!pembahagian tugasan tidak adil!" apa fungsinya ahli kumpulan kalau bukan untuk bertanya atau berkongsi masalah.. Aku sukakan orang yang menuntut ilmu. Tapi aku sangat membenci orang yang tidak menghormati orang lain demi mendapatkan ilmu. Think twice, bila kamu pun terkena benda yang sama apa yang kamu buat? Marah tak? 


Macam peristiwa beberapa hari lepas sewaktu aku selesai solat zohor, yang memerlukan aku untuk berjumpa dengan supervisor. Sekumpulan pelajar sama ada asasi atau diploma sedang elok mentelaah didalam surau. Bagus, rajin belajar... rasanya diorang bakal menduduki test selepas zohor kot. Itu yang semua berkumpul di surau sambil nota masing masing ditangan. Seusai solat zohor, ketika aku sedang menyelinap di celah celah pelajar yang ramai untuk membetulkan tudung, terlihat dua orang rakan yang dengan hati keringnya mentelaah nota sambil menutupi ruang cermin, walhal ketika itu orang tengah sesak untuk melihat cermin. Padahal aku tengok ada je lagi ruang ruang kosong yang membolehkan mereka bergerak kearah lain untuk mentelaah tanpa mengganggu keselesaan penghuni surau lain yang mahu menggunakan cermin. Ya Allah, dalam hati istighfar panjang. Budak budak ni buat buat tak nampak orang nak pakai tudung ke atau sengaja buat buat tak nampak. Dalam hati bergaduh hebat patut berhusnuzon atau tidak ni. 

Adik, adik tahu tak adik nak exam... Tak boleh buat macam ni dik. Berkatnya ilmu itu datangnya daripada pelbagai sudut. Berkat daripada ibubapa. Berkat daripada guru. Berkat daripada orang orang sekeliling. Barulah Allah redha dengan ilmu yang kita perolehi. Akak doakan, semoga adik berjaya menjawab ujian hari itu dengan hati yang tenang. Walaupun akak tidak tenang melihat perbuatan yang adik tonjolkan. Sakitnya tu disini dik.. *sambil tunjuk pada hati. 


Aku sukakan surprise. Tapi aku amat tidak suka orang yang mengajak kami ke sesuatu majlis last minit, atas dasar surprise. Nak kata aku prasan diorang nak buat surprise birthday, memang tersangatlah bukan. haha. Tarikh birthday lambat lagi. Komitment sebagai pelajar tahun akhir ni sukar untuk dianggarkan. Dan majlis majlis tambahan perlu dirancang rapi sesuai dengan kelapangan waktu ketika itu. Bila ditanya soalan "nak kemana tu? " Dijawabnya, "ada kerja". Tahukah kalian, kerja itu perkara yang sangat umum. Makan pun boleh dijadikan sebuah pekerjaan. 

"Kau ni tahu makan je kan keje kau.."


Kannn.. setuju tak? Lain kali kalau perkara yang tidak memerlukan untuk berahsia. Jangan berahsia. Nanti korang cuma buat orang sakit hati. Langsung taknak libatkan sebarang kerja dengan korang dah kan lepas ni. Kan ke susah? Lagi satu contoh bila di tanya 
"kenapa tidak siap assignment semalam?" 
"Banyak kerja la semalam".
" Kerja apa?" 
"Adalah..."
Eeeee. geram pulak kite. Tahu tak assignment tu pun satu pekerjaan, walhal menjadi tanggungjawab wajib bagi kita sebagai seorang pelajar untuk melaksanakannya. Orang tanya pun sebab orang sayangkan dia. Kalau tak sayang, dah lama buat tak tahu. Biar kena marah dengan lecturer. BIAR! 


Maaf kalau kedengaran macam "eee.. garangnya GBM ni." "Marah betul entri GBM kali ni."
Tak. Aku takkan garang tak bertempat. Aku pun takkan taip blog dalam keadaan marah. Perkara yang paling aku elakkan adalah mendekati media sosial diwaktu aku sedang marah. Sebab masa tu syaitan tengah menguasai aku. Nanti ayat ayat yang keluar bukan berunsur nasihat nanti lebih kearah kutuk dan keji. Dosa yang sedia ada dah bertambah banyak. Jangan ditambah lagi. Jangan... 


Biarlah aku menaip sesuatu yang berguna dalam keadaan tenang dan rilek. Lagi lagi musim cuti tahun baru cina ni. Elok sangat untuk bersantai santai dengan sesawang GBM sambil membuat sedikit perkongsian tentang peristiwa peristiwa yang boleh memberi tarbiyah sentap dalam diri aku sendiri mengenai pentingnya sabar. 


Kalau aku ada buat sakit hati kat korang sepanjang 4 tahun kewujudan dunia taipan GBM. Mohon ampun dan maaf. Insan biasa. Banyak sangat yang tak betulnya. Masih belum layak untuk mendapat title solehahnye pun. Jauh sangat panggang dari api. Namun, cita cita untuk terus mencapai title solehah tetap ada. :))



Eh, tapi kalau nak berahsia dekat aku sebab nak celebrate birthday aku. Nak ajak aku melancong pergi pulau ke. Aku sporting je. Dah lama kot aku mengidam nak ke pulau perhentian, pulau langkawi.. Semalam naik bas untuk balik terengganu terkebil kebil tengok papan tanda di kaunter tiket bas... Tiket ke Kuala Besut (Pulau Perhentian). Tiket ke Kuala Perlis (Pulau Langkawi). 
Seronoknye lahai dapat tengok laut sambil snorkeling. Walaupun aku tak reti berenang pun. Cita cita dan berangan tu perlu untuk mewarnai hidop yang tak lama je ni. hehe



Subhanallah.
Cantiknye lahai.

Sekian, 

Monday, 16 February 2015

Pre semester 8

Alhamdulillah. 
13 februari 2015. Result semester 7 diumumkan. Tahniah buat semua rakan rakan yang berjaya. Result semester ni paling cuak dan paling banyak bermain emosi sebab kitorang menerima result semasa berada di UiTM Puncak Alam. Selalunya kitorang terima result dekat rumah kampung halaman masing masing. Tapi demi pengorbanan seketol research, kami pasrahkan jua diri ini dalam mengharungi badai sebagai final year student. ewah! Lecturer lecturer merangkap supervisor kami tak kurang kuat betul mengusik. Katanya result semester ni ramai yang drop. Clinic ramai yang fail. Bayangkanlah perasaan kami. Memang meronta ronta ah dalaman ni. 
Alhamdulillah, semua lulus.


Hari yang sama keputusan diumumkan, supervisor kami membuat jamuan kecil kecilan sebagai menghargai pengorbanan anak anak didik dia yang berkorban cuti semester yang boleh dimanfaatkan dengan kelas memasak bersama emak terpaksa tergendala dek kerana seketol research. Ya Allah, memang terharu teramat. Patutnya kitorang la belanja lecturer sebab kitorang ramai, lecturer beberapa je tapi sanggup luang masa bagi tunjuk ajar pada kami. Aku tahu pasal ni pun one day before that day. Tak sempat nak prepare apa apa. Kalau tak boleh la aku tunjuk skill memasak aku. *Poyo lebih. masak pun kelaut. haha. Dengar kabar juadahnya nasi bukhari. Gulp! tertelan air liur sendiri. dap emm. dap emm. 


Meet my sv. baru balik umrah. 



each box consist of different flavour. 

Nasi bukhari

Cheese cake secret resepi. sedapnye masyaAllah.

Antara tenaga pengajar kami. 




Mintak izin blogger VIP kite culik gambar kek sebiji daripada blog ye. hihi. Dan kesimpulannya juadah pada hari itu sememangnya best best. Kenyang sampai ke malam. 
Alhamdulillah. Result dah dapat. Perut pun kenyang terisi berkat dengan ilmu dan juadah daripada tenaga optometri UiTM. 


Terima kasih sir hirzi, sir azmir, sir saiful, madam halillah dan rakan rakan seperjuangan. Mesti bakal rindukan moment moment macam ni bila dah tamat degree nanti. :')


Doakan kejayaan kami, semoga kita semua menjadi optometrist yang success dunia dan akhirat. InsyaAllah. Aameen. 


psst: Cik VIP aka cik fatin pun ada update moment indah dia di sesawang kesayangan dia dekat sini. boleh la usha. dia tu lagi rajin ambil gambar daripada aku. sebab tu femes sampai lecturer pun kenal blog dia. untung la kan. haha


Sekian,